Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

ANIMASI

        Animasi (animation) berasal dari perkataan latin yang membawa erti dihidupkan. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Secara keseluruhannya, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.

        Animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses menambahkan pergerakan kepada imej statik dengan menggunakan pelbagai kaedah. Animasi juga boleh merujuk kepada set grafik yang dipaparkan dengan pantas dalam bentuk siri bingkai (frame) atau objek mahupun aksara.

        Teknologi internet terus berkembang pesat sehinggakan imej dinamik ataupun animasi juga boleh dimasukkan ke dalamnya tanpa memerlukan masa pindah terima yang terlalu panjang. Terdapat pelbagai keadaan di mana animasi diperlukan penggunaannya di dalam sesebuah halaman web, antaranya ialah bagi menceriakan  sesuatu halaman web, menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas dan menjimatkan ruang storan di dalam sesuatu komputer pelayan (server) bila menggunakan animasi berbanding dengan video bagi menunjukkan peristiwa yang sebenar. Animasi juga digunakan bertujuan untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat diterangkan menggunakan media-media yang lain.

Merupakan teknologi animasi yang terawal  dan agak mudah untuk dihasilkan. Animasi gif sebenarnya merujuk kepada siri imej-imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berturutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik tadi akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan tadi (konsep yang digunakan di dalam pembangunan animasi jenis sel).

Animasi gif ini amat popular digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan menerusi halaman web atau lebih popular dikenali sebagai banner. Ia juga boleh digunakan bagi memaparkan logo atau sekadar membentuk ikon-ikon yang senantiasa berputar atau berkerlipan di halaman web. Antara perisian-perisian yang sering digunakan bagi tujuan pembangunan animasi gif ialah Ulead Gif Animator dan Gif Construction Set.

 

Kelebihan animasi  jenis gif ialah ianya boleh dimainkan di mana-mana komputer yang menggunakan pelayar web tanpa memerlukan perisian tambahan atau plug-in. Kelemahannya ialah  ianya tidak boleh diintegrasikan dengan audio serta tidak mampu berinteraksi dengan pengguna.

 

              Shockwave merupakan suatu piawaian yang amat popular dan mendapat sambutan ramai bagi tujuan persembahan multimedia menerusi internet. Ia bukan sahaja mampu memaparkan animasi malah juga berupaya menghasilkan interktiviti peringkat tinggi. Shockwave telah diterima ramai sebagai pelopor teknologi animasi menerusi internet. Ini kerana kebanyakan animasi berformatkan Shockwave menggunakan teknologi Streaming dan bukannya Downloading. Ini bermakna sesebuah animasi tersebut tidak perlu ditunggu sehingga selesai dipindahterima sebelum boleh dimainkan sebaliknya ia boleh terus dimainkan di skrin komputer disepanjang proses pemindahan terima.

  Teknologi Shockwave ini dipelopori oleh syraikat gergasi dalam bidang multimedia iaitu Macromedi Inc. Terdapat pelbagai jenis Shockwave yang ada antaranya Shockwave Director, Flash, Authorware dan juga Freehand.  Namun, untuk tujuan animasi, Shockwave Director dan Shockwave Flash  merupakan yanga paling utama.

Bagi membolehkan sesebuah sistem komputer memaparkan animasi berformatkan Shockwave ini, perisian pelayar web perlulah dibantu oleh perisian tambahan (plug-in) yang dinamakan Shockwave Player dan ianya boleh didapati secara percuma di http://www.macromedia.com.

 

Teknik-teknik Animasi

Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan menggunakan tangan. Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20 bingkai dan bayangkanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah animasi yang lengkap. Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2 minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional, antaranya :

      Keyframes

      Animasi Sel

      Page Flipping

      Onion Skinning

 

       Animasi Berkomputer  

Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Terdapat pelbagai kaedah di dalam penghasilan animasi berkomputer, iaitu daripada animasi mudah sekadar pergerakan objek secara linear merentasi skrin sehinggalah kepada animasi 3 dimensi yang mengkagumkan.

Beberapa istilah dan proses yang sering terlibat di dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer iaitu :

      Tweening

      Keyframe

 

Kategori-kategori Animasi Berkomputer

         Animasi 2 Dimensi

Animasi dua dimensi juga kadangkala dikenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Beberapa kaedah yang digunakan bagi membangunkan animasi dua dimensi. Antaranya :

#    Animasi Laluan (Path Animation)

#    Animasi Sel (Cel Animation)

#    Animasi Skrin atau Transaksi Objek

#    Animasi Fon dan Ikon

         Animasi 3 Dimensi  

Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi. Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi tiga dimensi. Antaranya :

 #   Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)

#    Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lightning)

#    Pemetaan (Mapping)

#    Rendering dan Animasi

Kesan Khas Animasi

Selain daripada animasi 2D dan 3D, terdapat juga beberapa jenis animasi lain yang ada dan antara yang paling utama ialah kesan khas animasi. Beberapa kesan khas animasi yang utama ialah : 

         Morphing

         Warping

         Virtual Reality

Format Fail Animasi

Format fail animasi yang paling popular antaranya ialah format daripada AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Animasi juga sering disimpan sebagai video klip yang mempunyai format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

 

Perisian-perisian Animasi

Terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh digunakan bagi tujuan penghasialan animasi sama ada dua dimensi, tiga dimensi mahupun bagi tujuan penghasilan animasi kesan khas. Berikut merupakan beberapa perisian animasi yang utama mengikut kategori yang ditetapkan.

Perisian animasi dua dimensi menambahkan pergerakan dan juga pergerakan pada imej yang statik. Perisian ini sama ada menggunakan imej vektor atau bitmap sebagai objek, pergerakan atau animasi akan dicapai melalui siri frame-frame yang tersusun.

  Biasanya animasi 2D yang dihasilkan menggunakan perisian bahasa gubahan yang sememangnya telah sedia menyediakan kemudahan-kemudahan bagi tujuan tersebut. Contohnya perisian Macromedia 5.0 meyediakan 5 pilihan bagi menghasilkan pelbagai bentuk animasi laluan (path animation) yang dikehendaki.

  Animasi 2D digunakan untuk program yang mudah dan didapati kos perisiannya lebih murah berbanding perisian animasi 3D Perisian animasi 2D yang paling popular ialah Macromedia Director dan Macromedia Flash. Perisian ini memrlukan kemahiran sebelum dapat digunakan dengan berkesan. Ia bukan sahaja mampu menghasilkan  animasi laluan malah animasi sel yang berorientasikan konsep keyframe, tweening, onion skinning dan sebagainya juga mampu dihasilkan

 

Perisian animasi 3D membolehkan penghasilan objek 3D dengan animasi yang bersesuaian dibangunkan. Pada peringkat asas, perisian animasi 3D yang mudah, murah dan senang digunakan antaranya ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, Crystal Flying Fonts Pro dan Ray Dream 3D.

  Di peringkat pertengahan, perisian seperti Specular Infini D, Visual Reality, Ray Dream Studio dan Macromedia Extreme 3D merupakan antara pilihan yang bijak.

Di peringkat yang lebih tinggi, perisian 3D yang lebih canggih antara lain ialah 3D Studio Max dari Kinetix, NewTechs Lightware 3D, Maya, Houdini dan juga Microsoft SoftImage. Perisian-perisian seperti ini sering digunakan bagi tujuan penghasilan animasi yang lebih kompleks misalnya dalam industri perfileman.

Perkakasan Bagi Penghasilan Animasi

Animasi berkomputer boleh dihasilkan dengan menggunakan mana-mana sistem komputer multimedia masa kini. Sistem Komputer dengan keupayaan pemproses setinggi 600 Mhz, ingatan utama (RAM) 64 MB dan ruang storan 4.3 GB mampu menghasilkan animasi-animasi yang berkualiti tinggi bagi tujuan pembangunan aplikasi multimedia.

  Namun demikian, bagi penghasilan animasi-animasi yang lebih kompleks serta canggih sepertimana yang sering kita lihat melalui televisyen dan media-media elektronik yang lain, sistem komputer dari kategori stesyenkerja (workstation), Silicon Graphics, Windows NT atau yang lebih canggih dan pantas diperlukan.