Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PENGANGKUTAN DI PULAU PINANG


SELAMAT DATANG SELAMAT DATANG

[Home] [Penang]   [Travels] [Destinations]   [Entertainment]   [Shopping] 

[Foods] [Hotels]   [Interesting Picture]         [The Making Of]

[Tips Baiki Komputer]   [Warong Chating]

 

MELALUI PENGANGKUTAN UDARA

Negeri Pulau Pinang boleh dikunjungi melalui penerbangan dari merata tempat diseluruh dunia.Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) menawarkan penerbangan terus dari bandar utama dunia seperti Singapura, Medan, Xiamen(China), Madras (India) dan sebagainya. Syarikat ini juga menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang lebih daripada 20 kali sehari. Lapangan terbang Pulau Pinang ini hanya terletak lebih kurang 20 kilometer daripada pusat bandar. Perkhidmatan teksi yang menuju lapangan terbangan Bayan Lepas ini mengenakan bayaran secara kupon kerana tambang yang dikenakan adalah tetap. Teksi yang berhawa dingin dan limosin mengenakan tambang yang lebih tinggi daripada teksi biasa. Syarikat Penang Yellow Bus menawarkan perkhidmatan setiap hari diantara lapangan terbang Bayan Lepas dan pengkalan weld diantara 6.00 pagi hingga 10.00 malam, dan bas yang beroperasi ini bernombor 83.

MELALUI JALAN DARAT

Pembukaan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang menawarkan suatu perjalanan yang selesa kepada pengguna Jambatan Pulau Pinang semasa menuju ke kawasan pulau ini.Tambang yang dikenakan kepada semua kelas kenderaan kecuali motosikal adalah sebanyak RM 7.00 di plaza tol Prai yang terdapat di tanah besar. Tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan untuk perjalanan daripada Pulau Pinang ke tanah besar.

MELALUI JALAN LAUT

Melalui jalan laut kita perlu menggunakan perkhidmatan pengangkutan feri daripada Butterworth untuk menuju ke Pulau Pinang selain menggunakan Jambatan Pulau Pinang. Perkhidmatan feri menyediakan perkhidmatan kepada semua penumpang.Tiket feri ini boleh diperolehi di terminal Butterworth untuk perjalanan ke Pulau Pinang.Tambang yang dikenakan bagi orang dewasa adalah RM 0.60 dan kanak-kanak sebanyak RM0.30. Bagi kenderaan yang mempunyai empat tayar dan lebih tambang RM 7.00 dan RM 0.60 dikenakan bagi penumpang persendirian.

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN KERETAPI

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan menggunakan keretapi mengambil masa lebih kurang selama 6 jam perjalanan. Penumpang bagi pengangkutan keretapi bagi kelas pertama dan kedua adalah lebih selesa kerana dilengkapi kocyang dilengkapi penghawa dingin berbanding penumpang kelas sederhana. Menggunakan perkhidmatan keretapi lebih sesuai kerana dapat melihat keindahan alam semulajadi di negara ini. Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd juga menawarkan perkhidmatannya ke Alor Star, Padang Besar, Haadnyai dan Bangkok daripada Butterworth.

KENDERAAN UNTUK BERSIAR-SIAR


Teksi Bandar

Kebanyakkan teksi di bandar ini tidak menggunakan meter bagi peembayaran tambang. Anda perlu memastikan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan bagi perjalanan yang anda lalui. Pemandu teksi biasanya mengenakan bayaran sebanyak diantara RM 3.00 hingga RM 6.00 untuk perjalanan di kawasan persekitaran bandar Pulau Pinang.


Bas Bandaran

Di Pulau Pinang kebanyakkan perkhidmatan bas menggunakan mesin duit syiling untuk mengutip tambang. Terminal bas yang utama di negeri ini adalah di Pengkalan Weld (terminal feri) dan KOMTAR (tingkat bawah). Syarikat bas yang utama adalah Transit Link (merah dan putih), Sri Negara Transport Services (kuning dan biru, Hin Bas (Putih dan Biru) dan Penang Yellow Bus (yellow).


Beca

Perkhidmatan beca merupakan cara terbaik untuk melihat keindahan bandaraya Pulau Pinang. Tidak ada bayaran yang tetap yang dikenakan ke atas penumpang kerana ia mengikut jarak yang kita lalui. setiap penumpang perlu bersetuju bagi setiap harga tambang beca yang dikenakan sebelum penumpang menaiki beca.


©2002,VISITPENANG2002 BY PARADIGMA GROUP
HAKCIPTA TERPELIHARA


Sebarang Pertanyaan Sila emailkan kepada PARADIGMA GROUP