Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PUSAT MEMBELI BELAH


[Home] [Penang]   [Travels] [Destinations]   [Entertainment]   [Shopping] 

[Foods] [Hotels]   [Interesting Picture]         [The Making Of]

[Tips Baiki Komputer]   [Warong Chating]


SHOPPING

Pulau Pinang mempunyai pelbagai jenis tempat membeli belah.Ia merupakan syurga membeli-belah dengan ratusan peruncit yang terdapat di sekitar bandaraya ini.Kawasan membeli-belah yang utama di Pulau Pinang kebanyakannya terdapat di Jalan Penang,Lebuh Campbell, Lebuh Kapitan Keling,Lebuh Chulia dan Lebuh Pantai.

Salah satu kompleks membeli belah yang terbesar dan terkemuka di bandar ini ialah Kompleks Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai KOMTAR.Kompleks setinggi 65 tingkat ini terletak di tengah bandaraya Georgetown merupakan salah satu tempat membeli belah yang menarik di Pulau Pinang.KOMTAR mengandungi butik yang menjual pakaian,restoran makanan segera dan juga 2 pusat membeli belah yang besar.Kedai bebas cukai yang terdapat di tingkat 3 menawarkan tawaran membeli belah yang bagus dan juga pusat cenderahati yang meupakan tempat untuk mendapatkan barang-barang kenangan Pulau Pinang.Jika anda ingin mendapatkan barangan kemas jadi Lebuh Campbell dan Lebuh Kapitan Keling merupakan tempat yang patut dituju.

Kompleks membeli belah yang lain termasuklah Island Plaza dan Midlands One Stop Shopping Center.Kedai bebas cukai di bandar ini menawarkan kamera,radio dan kelengkapan audio video dan barangan elektrik dengan harga yang berpatutan.Pulau Pinang juga merupakan tempat bagi penggemar barangan antik.Barangan lelong mudah didapati di sepanjang Jalan Dato Keramat atau lebih dikenali Road Walk.Ia menawarkan barangan seperti rantai kunci, lampu syiling lama,barangan kaca dan jam antik.

TIPS UNTUK MEMBELI BELAH


  1. Tawar menawar masih wujud dalam kehidupan masyarakat disini jadi jangan takut untuk meletakkan harga yang rendah.
  2. Pastikan anda dapatkan kad jaminan untuk barangan seperti kamera,jam tangan dan barangan elektrik.


©2002,VISITPENANG2002 BY PARADIGMA GROUP
HAKCIPTA TERPELIHARA


Sebarang Pertanyaan Sila emailkan kepadaPARADIGMA GROUP