Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

LOKASI-LOKASI MENARIK PENANG


[Home] [Penang]   [Travels] [Destinations]   [Entertainment]   [Shopping] 

[Foods] [Hotels]   [Interesting Picture]         [The Making Of]

[Tips Baiki Komputer]   [Warong Chating]

 

 

TEMPAT MENARIK

 

|MUZIUM PENANG DAN GALERI SENI|

|MASJID KAPITAN KELING|

|MASJID JALAN ACHEEN|

|KUIL SRI MARIAMMAN|

|ST GEORGE’S CHURCH|

|KHOO KONGSI|

|DEWAN BANDARAN|

|MENARA JAM PUSARA KING EDWARD|

|FORT CORNWALLIS|

|MASJID NEGERI|

|RUMAH P.RAMLEE|

|UNIVERSITI SAINS MALAYSIA|

|MUZIUM PERHUTANAN|

|JAMBATAN PULAU PINANG|

|TAMAN RAMA-RAMA|

|BUKIT BENDERA|

|TAMAN BURUNG, SEBERANG JAYA|

 

MUZIUM PENANG DAN GALERI SENI


Dibina pada tahun 1821, di muzium ini terdapat banyak gambar-gambar lama, carta dan barangan tinggalan sejarah. Di sana juga terdapat senjata melayu seperti keris dan juga perabut masyarakat Cina. Terdapat juga patung Francis Light yang terletak di hadapan bangunan tersebut. Ia dibuka pada jam 9.00am hingga 5.00pm pada hari biasa.

MASJID KAPITAN KELING


Dinamakan selepas kematian seorang India Muslim yang juga seorang kapitan. Ia dibina pada awal kurun ke 19. Senibina masjid ini bercirikan masyarakat Moorish. Para pelawat perlu mendapat kebenaran pada pihak masjid untuk membuat lawatan.


MASJID JALAN ACHEEN


Dikenali sebagai Masjid Melayu, masjid ini dibina oleh Syed Syeriff Tengku Syed Hussin Aidid yang berasal dari Aceh.Pada tahun 1820 masjid ini mempunyai senjata meriam di luar pagar. Para pelawat perlu mendapat kebenaran pihak masjid untuk melawat masjid.

KUIL SRI MARIAMMAN


Kuil ini dibina pada tahun 1883. Ia dihiasi dengan patung Dewa Subramaniam. Pada hari Thaipusam patung ini akan diarak diseluruh Pulau Pinang bermula di Jalan Waterfall. Dibuka pada pagi hingga lewat petang.

ST GEORGE’S CHURCH


Bangunan telah dibina pada tahun 1818, Ia merupakan sebuah bangunan yang telah lama didirikan di Pulau Pinang. Senibina bangunan St George's Church ini berunsurkan corak pemerintahan British dan telah dibina oleh Captain Francis Light.

MENARA JAM PUSARA KING EDWARD


Ketinggian Menara Jam King Edward adalah setinggi 60 kaki. Bangunan ini telah dibina ole seorang jutawan cina yang bernama Cheah Chen Eok pada tahun 1897. Bangunan ini dibina untuk Diamond Jublee of Queen Victoria.

FORT CORNWALLIS


Kota ini dibina diatas tempat pendaratan Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786. Tapak asal kota ini yang dibina daripada kayu telah ditukar ganti dengan konkrit atau batu-bata oleh buruh asing. Pada masa kini di kota ini juga telah dibina sebuah "open-air amphitheather", sebuah galeri sejarah serta gerai-gerai kraftangan di kawasan tersebut. Senjata-senjata meriam yang terdapat di Fort Cornwallis ini pada asalnya telahdihadiahkan kepada Sultan Johor. tetapi kemudiannya senjata meriam ini telah dibawa oleh orang Portugis ke Pulau Pinang dan ditempatkan di kota ini. Kota ini dibuka kepada orang ramai pada pukul 8.30am hingga 7.30pm. Bayaran yang dikenakan kepada orang ramai adalah RM1.00untuk seorang.

KOMTAR


KOMTAR atau nama sebenarnya ialah Kompleks Tun Abdul Razak adalah sebuah bangunan yang didalamnya terdapat pejabat,pusat membeli-belah dan restoran. Kompleks ini berketinggian 65 tingkat yang mana di tingkat 55, kita dapat melihat panorama negeri Pulau Pinang khususnya bandaraya Georgetown dan juga Gunung Jerai di negeri Kedah.

MASJID NEGERI


Masjid Negeri merupakan masjid termoden berbanding kebanyakkan masjid yang terdapat di Pulau Pinang. Ia mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan. Masjid ini boleh memuatkan 5000 orang jemaah untuk menunaikan solat dalam satu masa.Para pelawat harus mendapatkan kebenaran untuk melawat masjid negeri dari pihak pentadbir masjid.Pelawat-pelawat dikehendaki berpakaian sopan semasa berada di dalam kawasan masjid.

RUMAH P.RAMLEE


Ia terletak di Jalan P.Ramlee (dahulu dikenali sebagai Jalan Caunterhall Road).Ia merupakan rumah kayu yang baru dibina semula bagi memperingati P.Ramlee iaitu penghibur terkemuka di Malaysia suatu masa dahulu. Ia asalnya dibina oleh bapa dan bapa saudara beliau pada tahun 1926. Rumah ini dibina dengan sempurna sebelum diambil alih oleh Arkib Negara. Masuk adalah percuma.Waktu rumah ini dibuka ialah dari 9.00am hingga 6.00 petang.Ia tutup pada hari Isnin.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Universiti ini memiliki koleksi artifak kebudayaan masyarakat Melayu dan Nyonya, koleksi tekstil,cetakan,barangan kemas tradisional dan senjata seperti keris.Ia dibuka pada jam 10.00pagi hingga 5.00petang dari hari Isnin hingga hari Jumaat.(Ia ditutup pada pukul 12.15tengah hari hingga 12.45tengah hari pada hari Jumaat).Kebenaran untuk melawat harus diajukan kepada pengawal keselamatan di pintu utama.

MUZIUM PERHUTANAN


Ia terletak di hutan yang berkeluasan 100 hektar.Ia dibina menggunakan kayu dan bahan-bahan yang lain dari luar negeri.Muzium ini juga menjadi habitat kepada pelbagai spesis bunga,serangga,burung,rama-rama,ular dan cicak.

JAMBATAN PULAU PINANG


Jambatan Pulau Pinang menghubungkan antara Pulau Pinang dan juga Tanah Besar.Ia dibuka secara rasmi pada 15 September 1988.Jambatan yang indah dan menarik ini adalah sepanjang 13.5 kilometer yang merentasi lautan Selat Melaka dan menawarkan pemandangan lautan yang menarik.

TAMAN RAMA-RAMA


Taman ini berkeluasan 0.8 hektar dan dihuni oleh 3000 spesimen daripada 50 spesis rama-rama pelbagai warna,katak,kala jengking dan lain-lain serangga.(Dibuka pada pukul 9.00pagi hingga 5.00petang).Bayaran RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.RM10.00 umtuk pelancong asing dan RM5.00 untuk kanak-kanak pelancong asing.

BUKIT BENDERA


Merupakan bukit yang pertama mempunyai stesyen keretapi di atasnya.Ia mempunyai ketinggian 830 kaki di atas paras laut.Pelawat dapat naik ke puncak melalui landasan keretapai yang beroperasi sejak tahun 1922.Selain dapat menikmati pemandangan yang menarik,pelawat juga dapat melihat rumah banglo yang menarik,taman bunga yang indah,dan taman burung.Disini juga terdapat rumah banglo yang boleh disewa dan juga hotel untuk sesiapa yang hendak tinggal lebih dari sehari.Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera bermula dari 6.30 pagi hingga 9.00 malam.Bayarannya pula RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.

TAMAN BURUNG, SEBERANG JAYA


Taman ini mengandungi koleksi 800 burung dari seluruh dunia.Ia juga mengandungi landskap yang menarik dan juga terdapat kolam itik dan angsa,serta kolam yang dihiasi dengan bunga lili.Bayaran masuk ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.Ia dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam.


©2002,VISITPENANG2002 BY PARADIGMA GROUP
HAKCIPTA TERPELIHARA


Sebarang Pertanyaan Sila emailkan kepada PARADIGMA GROUP