Keranamu Malaysia
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KeRaNaMu MaLaYsiA












PENGERTIAN MERDEKA

Kemerdekaan adalah satu kebebasan anugerah Allah kepada satu bangsa dan negara. Kemerdekaan adalah kemenangan bagi sesebuah negara yang terlepas daripada penjajahan yang mana Allah telah menaikkan taraf atau darjat maruah agama, bangsa dan negara itu. Kemerdekaan juga membawa pengertian merdeka jiwa, akal dan fizikal. Merdeka jiwa bermakna kita bebas daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah. Merdeka akal atau fikiran bermakna kita bebas daripada pengaruh anasir yang boleh merosakkan diri kita sementara merdeka fizikal bermakna kita bebas daripada sebarang penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan kita.


SEJARAH KEMERDEKAAN

Tepat jam 12.00 tengah malam, 31 Ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan. Peristiwa bersejarah ini berakhir dengan penurunan bendera penjajah British dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.

Berpuluh ribu menunggu di Melaka untuk menyambut rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj balik dari London bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan; berpuluh ribu menyaksikan bendera penjajah diturunkan dan bendera negara dikibarkan di Padang Kelab Selangor, dan berpuluh ribu juga yang menyahut seruan 'merdeka' di Stadium Merdeka. Mereka datang sendiri, tidak ramai yang berkereta, tetapi ramai yang menaiki bas atau berjalan kaki dan sebagainya. Pendek kata, sambutannya secara spontan, tidak disusun, bersendirian. Semua ini oleh kerana mereka telah merasai pahit-maung hidup dijajah, hidup ditekan, dikongkong, bahkan maruah sebagai individu, golongan atau masyarakat dihina. Apabila kebebasan diisytiharkan, inilah detik dan masa yang paling bermakna bagi mereka. Apatah lagi kebebasan dicapai berkat perjuangan mereka dan berkat semangat yang berkobar yang menusuk jiwa mereka -- semangat kebangsaan atau 'nasionalisme'. Nasionalisme inilah yang melahirkan kemerdekaan negara -- nasionalisme yang tidak angkuh. Sebaliknya nasionalisme yang menjunjung tinggi maruah dan kehormatan bangsa.

Walaupun peristiwa bersejarah ini telah berlaku 42 tahun yang lalu namun ia bagaikan nostalgia baru dalam sejarah tanah air. Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan. Pelbagai halangan terpaksa ditempuh terutama dari kalangan para pemimpin dan rakyat pada masa itu.

Kuasa-kuasa besar yang sering bertelagah telah membawa kesan yang mendalam ke atas sruktur masyarakat. Suasana yang dulunya aman damai bertukar menjadi muram. Keluarga dipisahkan demi memenuhi tenaga buruh dalam pelbagai sektor. Mereka yang engkar akan dibunuh dengan kejam tidak kira sama ada tua atau muda.

Menyedari hakikat ini maka lahirlah pejuan tanah air yang sanggup bangun menentang penjajah demi mendapatkan hak rakyat dan mengembalikan maruah negara yang kian lama dijajah.Barisan pejuang yang berkaliber seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn merupakan antara pemimpin negara yang sanggup berhadapan dengan penjajah dalam usaha membawa negara ke arah kemerdekaan.

Jika diteliti dari zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang telah dihadapi oleh pemimpin-pemimpin yang silih berganti dari semasa ke semasa. Di zaman sebelum kemerdekaan, Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah beliau dan beberapa pemimpin yang lain, maka pada tahun 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah diistiharkan bebas daripada penjajahan. Tarikh sejarah yang keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang telah mengalami susah payah hidup di zaman pemerintahan Jepun dan juga British.

Perjuangan mereka ini bukanlah satu drama peperangan untuk mendapatkan populariti tetapi satu perjuangan ikhlas untuk membebaskan setiap bangsa dari terus patuh terhadap telunjuk penjajah. Mereka sedar untuk membawa kepada negera tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak bumi sendiri. Supaya sekaliannya bangun untuk terus berjuang menegakan keadilan melalui kemerdekaan. Agar Malaysia menjadi sebuah negeri yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Kemerdekaan menjadi impian dan impian menjadi kemerdekaan perlu diusahakan agar kemerdekaan membawa satu pengertian yang besar di kalangan masyarakat merdeka untuk generasi kini dan akan datang.


TOKOH TEMPATAN

Berikut merupakan antara tokoh˛ yang telah membawa Tanah Melayu kepada kemerdekaan....


 Datuk Bahaman    
 Datuk Maharaja Lela  
 Dol Said  
 Mat Kilau  
 Mat Salleh  
 Rantap  
 Tok Gajah  
 Tok Janggut  




GALERI GAMBAR


Bendera Jalur Gemilang berukuran 6m x 12m diarak penuh rapi oleh pasukan beruniform, sementara ribuan orang ramai termasuk para pelancong menyaksikan dengan penuh minat.


Orang ramai dan para tetamu kenamaan berdiri menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku. Tema Hari Merdeka 2001 "Keranamu Malaysia" telah dikekalkan daripada tahun sebelumnya memandangkan ia mudah disebut dan dihayati.



LINKS

Yahoo!
Sinar