Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Brought to you exclusively by :

SMART HERITAGE ENTERPRISE

Peluang Perniagaan Dengan Memiliki Telefon Pintar Awam

  SATU ANJAKAN

PARADIGMA

 

 

 

PL2000               CX 96 

( sesuai untuk talian tetap dan gsm wireless )

 

                    

 Menjana Pendapatan Berterusan

Ke Arah Kebebasan

Kewangan

  Perniagaan Anda Berjalan Dalam Setiap Keadaan

24 Jam Sehari

7 Hari Seminggu

365 Hari Setahun

 

PENGENALAN KEPADA TELEFON AWAM BERBAYAR

Secara umumnya perniagaan telefon awam terbahagi  kepada dua kategori :

1.      PCCB  ( Public Coin Collection Box )

2.      RCCB  ( Rented Coin Collection Box )

1. PCCB

Adalah perniagaan yang perlu mempunyai lesen operasi daripada Jabatan Telekomunikasi dan Multimedia. Lesen diberikan kepada Syarikat-syarikat tertentu dimana syarikat-syarikat ini diberi kebenaran untuk memasang telefon awam ditempat-tempat yang digazetkan sebagai kawasan umum seperti di bahu jalan, padang permainan, dataran. Mereka juga dibenarkan untuk membuat binaan pondok telefon dan membuat pendawaian bawah tanah.

 

2. RCCB

Perniagaan telefon awam jenis RCCB pula disifatkan sebagai perniagaan nilai tambah ( value added business ). Ianya terbuka kepada setiap individu dan juga Syarikat yang berminat. Telefon RCCB hanya dibenarkan dipasang pada primis milik persendirian dan binaan pondok di Bahu Jalan adalah  dilarang sama sekali. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dipasang pada primis milik kerajaan dengan syarat mendapat kebenaran dari “PEMILIK” bangunan, antaranya Hospital kerajaan, Kompleks Majlis Daerah. Perhentian Bas dan IPT. Telefon ini juga boleh dipasang di Kompleks Beli-belah, Kaki lima kedai, Blok Asrama dan tempat yang menjadi tumpuan orang ramai dengan syarat terpenting ialah “MESTI” mendapat kebenaran dari pemilik bangunan untuk memasang telefon  kerana ia melibatkan penebukan lubang dan pendawaian pada dinding bangunan.

 

KEUNTUNGAN PERNIAGAAN TELEFON RCCB.

Syarikat pengendali sistem talian tetap telekomunikasi, menjual tariff telefon pada kadar tertentu. Pemilik telefon RCCB pula akan menentukan kadar tariff yang ingin dijual kepada pelanggan mereka. Penetapan kadar tariff panggilan ini akan diprogramkan pada set telefon. Penetapan kadar tariff sangat penting dibuat dengan teliti dan tepat supaya ia seragam dengan kadar yang dikenakan oleh syarikat pengendalian tetap.

            CTH :   Belian Kadar Tariff  Dari Telco         – 10 sen setiap 120 saat

                   Jualan Kadar Tariff Pada Pelanggan  – 10 sen setiap   60 saat

                                                                            Keuntungan   - 60 saat  

Kelebihan lain yang terdapat pada perniagaan ini ialah ia memberi keuntungan di luar jangkaan dimana baki syiling yang tidak digunakan dikira sebagai keuntungan bersih dan pada kebiasaanya Syarikat Pengendali Talian akan memberikan “DISKAUN” tertentu untuk panggilan sebelah malam atau panggilan hujung minggu. Disini Pemilik mempunyai pilihan samada untuk memberi diskaun atau sebaliknya dengan kadar yang kurang sedikit dari yang diperolehi Syarikat Pengendali Talian.

PENGENALAN TELEFON PL2000 / COMEX CX-96.

Setelah membuat kajian menyeluruh dan mengambil kira beberapa masalah serta kelemahan yang terdapat pada beberapa telefon awam, Syarikat Smart Heritage Enterprise telah membuat keputusan untuk memperkenal serta  memasarkan telefon awam jenama PL2000 dan COMEX CX-96. Telefon  PL2000 dan CX-96 adalah telefon syiling generasi baru yang dikendalikan melalui komputer dan ia menggunakan sistem mekanikal yang minima. Ianya menggabungkan pelbagai sistem bayaran yang dikawal oleh  SISTEM PENGESAHAN SYILING ELEKTRONIK untuk memastikan pemilik  memperolahi keuntungan yang maksima. Telefon ini sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan dan lokasi. Setiap pemilik boleh menggunakan butang nombor untuk memprogramkan tariff panggilan, pengawalan masa, kod PABX, Panggilan percuma, panggilan yang disekat dan sebagainya atau pemilik boleh menggunakan CPMS ( Comex PayPhone Management System ) yang membolehkan pemilik memprogram dan mengawasi telefon menerusi komputer peribadi melalui MODEM ( Perisian CPMS dijual berasingan ).

Sistem CPMS menyediakan sistem pengawalan otomatik yang membolehkan pemilik telefon mengendalikan dan menyelia perniagaan dari jarak jauh dan ciri-ciri ini amat penting dan perlu ada pada setiap telefon pintar. CPMS juga adalah perisian yang membolehkan pemilik telefon untuk mengawalselia semua telefon PL2000 dan CX-96 yang telah dipasang dan menyediakan cara yang mudah untuk menghantar data telefon, semua transaksi, caj panggilan dan data-data berkenaan dihantar dari pusat kawalan telefon.

CIRI-CIRI BINA PADA TELEFON PL2000 / CX-96

1.      Seluruh Operasi Telefon boleh diawasi dari jarak jauh menerusi komputer peribadi melalui MODEM. 

2.      Memprogram telefon boleh dilakukan dengan tepat, terperinci dan pantas.

3.      Mempunyai sistem penilaian fungsi telefon ( Self Diagnostic Test ) otomatik. Sekiranya pemilik  tidak mempunyai CPMS, ujian keatas telefon boleh dilakukan dengan menggunakan butang  telefon.

4.      Menggunakan sistem pengesahan syiling elektronik. Setiap syiling yang dimasukkan perlu melepasi tiga tahap ujian sebelum sesuatu panggilan dibenarkan.

5.   Boleh diprogramkan untuk membuat panggilan tempatan, STD, IDD dan VOIP ( Voice Over Internet Protocol ) 

6.      Boleh diprogram menggunakan talian biasa atau PABX.

7.     Boleh diprogram sehingga enam ( 6 ) nombor panggilan pantas ( Speed Dialing ) dimana pemilik diberi pilihan untuk mengenakan bayaran atau panggilan percuma. Biasanya digunakan untuk kecemasan sahaja. 

8.      Boleh diprogramkan untuk panggilan percuma( khusus untuk pemilik sahaja).

9.    Boleh diprogramkan untuk Panggilan Yang Disekat. Biasanya Nombor Bebas Tol yang diiklankan atau pemilik diberi pilihan untuk mengenakan bayaran.

10. Memprogramkan nombor peribadi pemilik ( PASSWORD ) untuk mengelakkan pencerobohan pada sistem telefon.

11. Pilihan nada dail… Terus atau Gelombang.

12. Boleh diprogramkan  untuk menerima panggilan masuk atau menghadkan masa panggilan masuk.

13. Boleh menggunakan talian biasa. Ini bermakna pemilik boleh menggunakannya sebagai kemudahan dirumah atau tujuan perniagaan.

14. Memberitahu pemilik jumlah syiling terkumpul semenjak beroperasi.

15. Memberitahu pemilik Tarikh dan masa peti syiling dibuka serta jumlah syiling yang dikeluarkan.

16. Pemilik boleh menetapkan kadar maksima kandungan peti syiling.

17.  Menetapkan kadar minima untuk membuat panggilan.

18.  Boleh diprogramkan untuk memberi diskaun pada pelanggan. Biasanya untuk tujuan Promosi.

19.  Menyimpan setiap rekod panggilan untuk dibandingkan dengan bil terperinci dari Syarikat Pengendali Talian Telekomunikasi. Rekod yang disimpan ialah Tarikh, Masa, Panggilan, Jumlah masa bercakap dan kadar bayaran yang dikenakan.

PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Syarikat Smart Heritage menyediakan satu pasukan khidmat penyelenggaraan untuk mengawasi prestasi telefon yang telah dijual kepada pelanggan. Setiap telefon yang dijual diberi jaminan selama Satu Tahun dari kerosakan sistem operasi. Syarikat juga telah memastikan semua alatganti adalah mencukupi bernula dari gagang telefon, sistem mekanikal dan papan litar elektronik telefon. Pemilik diberi pilihan samada untuk menggunakan khidmat Smart Heritage untuk melakukan pemantauan dan membaiki telefon. Pihak syarikat mengenakan kadar bayaran yang berpatutan untuk tujuan tersebut dan jika pemilik ingin melakukannya sendiri, pihak syarikat bersedia untuk memberi latihan iaitu cara untuk membaik pulih kerosakan kecil pada set telefon. Disini pihak syarikat menyediakan dua Pakej Khidmat Sokongan :

 

 

1.        PEMANTAUAN OPERASI TELEFON

§           Melalui CPMS syarikat akan memaklumkan pada pemilik dari masa ke semasa sekiranya telefon pemilik tidak berfungsi atau peti syiling telah penuh dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk memberitahu pihak syarikat sekiranya lokasi telefon telah dipindahkan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan sistem operasi.

 2.     PEMANTAUAN DAN PENJAGAAN FUNGSI TELEFON

§            Dari masa ke semasa pihak syarikat akan mengawasi fungsi operasi telefon pemilik dan membaikpulih bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan. Segala kos yang melibatkan penukaran alat ganti adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Sebelum penukaran dilakukan mestilah mendapat kebenaran dari pemilik memandangkan KUNCI keselamatan disimpan oleh pemilik.

Nota : Sekiranya unit telefon tidak boleh dibaiki ketika itu, ianya perleu dihantar kepada pembekal untuk dibaik pulih. Jangkamasa baik pulih bergantung kepada kerosakan telefon.

SATU ANJAKAN PARADIGMA.

PERNIAGAAN TELEFON RCCB BERDAYA MAJU

Perniagaan telefon RCCB dikategorikan sebagai perniagaan yang berdayamaju dan mudah untuk dikendalikan. Ia mampu memberikan margin keuntungan dari 40% hingga 60% mengikut kadar tariff yang diprogramkan. Pemilik cuma perlu memasang telefon ini ditempat tumpuan orang ramai dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan tidak tersorok. Ini adalah untuk mengelakkan telefon pemilik dari hilang atau dirosakkan. Antara tempat-tempat terbaik ialah :

§         Perhentian Bas

§         Hospital

§         Depan Restoran 24 Jam

§         Klinik 24 Jam

§         Kompleks Beli-belah

§         Hostel Pekerja

§         Asrama Penuntut

§         Rumah Pangsa / Apartment

Unit telefon ini juga sesuai diletakkan dikawasan kediaman Pemilik supaya pemilik boleh mengawasinya dari masa ke semasa. Modal untuk menjalankan perniagaan ini amat minima dan berpatutan bergantung pada kemampuan pemilik. Yang pasti liana mampu untuk memberikan pulangan yang lumayan bergantung pada jumlah unit telefon yang dimiliki dan ditambah dari masa ke semasa. Malah ianya boleh dijadikan sumber pendapatan yang kedua tanpa mengganggu aktiviti yang sedia ada.

Selain itu bagi pihak syarikat pula, ia boleh dijadikan sumber untuk menjana keuntungan yang cepat bagi menampung kos perbelanjaan/perniagaan yang lain. Melalui pengalaman serta data-data yang diperolehi, pulangan modal perniagaan telefon RCCB boleh diperolehi seawal-awalnya dari EMPAT (4 ) hingga LAPAN ( 8 ) bulan dari tempoh telefon mula beroperasi bergantung pada lokasi telefon yang dipasang. Perniagaan telefon RCCB ini pula tidak melibatkan sistem operasi yang rumit dan ianya tidak memerlukan sistem pemasaran yang berterusan, malah kos tetap bulanan yang diperlukan sangat MINIMA.

             Kos Bulanan

                1.      Penyewaan Talian                            - RM57.00 ( Telco )

                2.      Sistem Pemantauan CPMS oleh SH       - RM20.00 ( Pilihan )

                3.      Penyelenggaraan Telefon Oleh SH        - RM55.00 ( Pilihan )

                    4.      Pencetakan Data Telefon                   - RM20.00 ( Pilihan )

Secara umumnya ia hanya melibatkan sistem kutipan wang, pemantauan dan penyelenggaraan dan pembayaran bil yang teratur. Penggunaan tenaga kerja adalah sangat minima dan hampir tidak perlu sama sekali, malah anda tidak perlu berbelanja besar untuk membayar gaji pekerja. Satu perkara yang menarik dalam perniagaan ini ialah ianya beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu. Dalam lain perkataan ia menjana kutipan 24 jam sehari secara berterusan tanpa henti dan tanpa memerlukan pengawasan yang kerap. Perniagaan ini berpotensi besar untuk berkembang berdasarkan permintaan kepada telefon awam dijangka akan bertambah seiring dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan multimedia disamping pembukaan kawasan kediaman, perumahan, ipt, kompleks beli-belah, sekolah berasrama penuh, hostel kilang yang baru diseluruh negara.

Kelebihan memiliki telefon awam.

¨       Merupakan harta yang boleh di wariskan (pusaka).

¨       Suatu bidang yang mampu disertai oleh semua golongan.

¨       Tidak menjejaskan bidang pekerjaan utama.

¨       Membantu dalam menambahkan pendapatan untuk jangka masa panjang.

¨       Pendapatan meningkat dengan penambahan jumlah telefon awam.

¨       Meringankan bebanan masalah kewangan dengan adanya telefon awam.  

 

 

PERBANDINGAN JENIS-JENIS PERNIAGAAN

Berdasarkan pemerhatian pihak kami, kami mendapati bahawa perniagaan telefon awam lebih efisien berbanding bidang perniagaan yang lain. Ianya terbukti sepertimana perbandingan nyata seperti dibawah :

 

Kos

Tel. awam

Restoran

Mini market

Cyber cafe

Bengkel

Lain-lain

Modal

Berpatutan

RM85,000

RM150,000

RM100,000

RM40,000

RM50,000

Kedai

X

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Sewa

RM53

RM2,000

RM2,500

RM2,500

RM2,000

RM3,000

Lesen

X

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Pekerja

X

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Waktu perniagaan

24 jam

15 jam

12 jam

17 jam

12 jam

12 jam

Bill elektrik

X

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Bill air

X

Ö

Ö

Ö

Ö

Ö

Bill telefon

Perlu

Perlu

Perlu

Perlu

Perlu

Perlu

Keadaan Lokasi

Boleh Pindah

X

X

X

X

X

Kemahiran/ilmu

Tak Perlu

Perlu

Perlu

Perlu

Perlu

Perlu

Kebebasan berkerja

Bebas

Terikat

Terikat

Terikat

Terikat

Terikat

 

LOKASI PEMASANGAN

Perniagaan Telefon RCCB sebenarnya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan memandangkan ianya merupakan salah satu alternatif yang praktikal bagi pemilik atas dasar kemampuannya menjana pendapatan secara berterusan. Antara lokasi yang telah dibuat pemasangan unit telefon awam ialah :

 

Harga / TARIFF

Penyelarasan tariff kawasan dan masa yang diprogramkan pada setiap unit telefon awam adalah sangat penting untuk memastikan setiap pemilik telefon awam mendapat keuntungan. MALANGNYA ramai diantara pemilik yang menghadapi masalah kerugian disebabkan salah program. Ini disebabkan kebanyakkan penjual telefon awam tidak mempunyai latarbelakang Telekomunikasi khususnya telefon awam. Berikut adalah tariff yang dibeli dari pengendali talian tetap.

 

1. Panggilan Tempatan - 10 sen setiap 2 minit

 

Jarak

Peak Rate

7.00am - 6.59pm

Discount Rate

7.00pm - 6.59am

Std 1 = 26 km hingga 50 km 10sen / 50 saat 10sen / 60 saat
Std 2 = 51 km hingga 150 km 10sen / 20 saat 10sen / 40 saat
Std 3 = 151 km hingga 550 km 10sen / 7 saat 10sen / 15 saat
Std 4 = lebih 551 km 10sen / 7 saat 10sen / 15 saat

Tariff diatas adalah yang dijual oleh pihak pengendali talian kepada pelanggan dan inilah juga tariff yang dibeli oleh pengusaha telefon awam rccb. Ini bermakna pengusaha telefon awam terpaksa menggandakan tariff untuk mendapat keuntungan. Berikut adalah tariff  RCCB yang dijual kepada pelanggan ( perhatikan masa penggunaan )

1. Panggilan Tempatan - 10 sen setiap 1 minit

Jarak

Peak Rate

7.00am - 6.59pm

Discount Rate

7.00pm - 6.59am

Std 1 = 26 km hingga 50 km 10sen / 25 saat 10sen / 30 saat
Std 2 = 51 km hingga 150 km 10sen / 10 saat 10sen / 20 saat
Std 3 = 151 km hingga 550 km 10sen / 3 saat 10sen / 7 saat
Std 4 = lebih 551 km 10sen / 3 saat 10sen / 7 saat

Walaubagaimanapun perniagaan ini tetap mendapat sambutan dari pelanggan kerana masalah yang dihadapi oleh telefon berbayar yang lain seperti panggilan kecemasan, sedang dikemaskini, rosak dan lain-lain. Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya tariff telefon awam pelbagai model yang ada dipasaran lebih mahal selain dari yang dipasang oleh pengendali talian tetap.

KELEBIHAN GSM WIRELESS

Penggunaan telefon awam yang berkonsepkan wireless adalah jauh lebih baik dan lebih efektif berbanding telefon yang menggunakan talian tetap. berikut adalah perbandingan antara payphone  talian tetap, Talian telefon bergerak dan wireless GSM berdasarkan panggilan satu minit ( perhatikan GSM )

 

Jarak Payphone Talian Tetap Talian Telefon Bergerak GSM Payphone
Panggilan tempatan RM0.04 + RM0.04 RM0.30 RM0.20
Std 1 = 26 km hingga 50 km RM0.15 RM0.30 RM0.20
Std 2 = 51 km hingga 150 km RM0.30 RM0.30 RM0.20
Std 3 = 151 km hingga 550 km RM0.90 RM0.80 RM0.20
Std 4 = lebih 551 km RM0.90 RM1.50 RM0.20

Perbezaan Kadar RCCB berbanding GSM

Kadar RCCB

Jenis Panggilan

Kadar Yg Dibeli 

( 1 minit )

Kadar Yg Dijual

 ( 1 minit )

Keuntungan Kasar

 ( 1 minit )

Panggilan tempatan RM0.08 ( 2 minit ) RM0.20 ( 2 minit ) RM0.10
Std 1 = 26 km hingga 50 km RM0.15 RM0.30 RM0.15
Std 2 = 51 km hingga 150 km RM0.30 RM0.60 RM0.30
Std 3 = 151 km hingga 550 km RM0.90 RM1.80 RM0.90
Std 4 = lebih 551 km RM0.90 RM1.80 RM0.90

Ini bermakna telefon RCCB yang menggunakan perkhidmatan pengendali talian tetap lebih mahal dan membebankan pengguna. Kerana itu tidak hairanlah sekiranya didapati kebanyakkan telefon awam pelbagai model di pasaran mengenakan caj panggilan yang mahal malah ada diantaranya setiap panggillan yang dibuat dimulakan dengan syiling 20sen. 

Kadar GSM  ( Keuntungan PASTI 60% )

Jenis Panggilan

Kadar Yg Dibeli 

( 1 minit )

Kadar Yg Dijual

 ( 1 minit )

Keuntungan Kasar

 ( 1 minit )

Panggilan tempatan RM0.20 RM0.30 RM0.10
Std 1 = 26 km hingga 50 km RM0.20 RM0.40 RM0.20
Std 2 = 51 km hingga 150 km RM0.20 RM0.50 RM0.30
Std 3 = 151 km hingga 550 km RM0.20 RM0.90 RM0.70
Std 4 = lebih 551 km RM0.20 RM0.90 RM0.70

Ini bermakna penggunaan wireless GSM lebih praktikal, efektif dan menguntungkan.

UNJURAN POTENSI PENDAPATAN ( Petunjuk :  Talian Tetap / GSM )

Berdasarkan Kutipan sehari RM20.00

Bilangan Telefon

1

3

5

7

10

Jumlah Kutipan Sehari

RM20

RM60

RM100

RM140

RM200

Jumlah Kutipan Sebulan

RM600

RM1,800

RM3,000

RM4,200

RM6,000

Tolak Bill Telco (55%)

-RM330

-RM990

-RM1,650

-RM5,775

-RM8,250

Keuntungan Sebulan

RM270

RM2,025

RM3,375

RM2,310

RM2,700

Keuntungan Setahun

RM3,240

RM9,720

RM16,200

RM22,680

RM32,400

Tolak Bill GSM (40%)  

-RM240

-RM720

-RM1,200

-RM1,680

-RM2,400

Keuntungan Sebulan

RM360

RM1,080

RM1,800

RM2,520

RM3,600

Keuntungan Setahun

RM4,320

RM12,960

RM21,600

RM30,240

RM43,200

Berdasarkan Kutipan sehari RM30.00

Bilangan Telefon

1

3

5

7

10

Jumlah Kutipan Sehari

RM30

RM90

RM150

RM210

RM300

Jumlah Kutipan Sebulan

RM900

RM2,700

RM4,500

RM5,600

RM9,000

Tolak Bill Telco (55%)

-RM495

-RM1,485

-RM2,475

RM3,465

RM4,950

Keuntungan Sebulan

RM405

RM1,215

RM2,025

RM2,835

RM4,050

Keuntungan Setahun

RM4,680

RM14,040

RM23,400

RM32,760

RM46,800

Tolak Bill GSM (40%)  

-RM360

-RM720

-RM1,200

-RM1,680

-RM2,400

Keuntungan Sebulan

RM540

RM1,620

RM2,700

RM3,780

RM5,400

Keuntungan Setahun

RM6,840

RM20,520

RM34,200

RM47,880

RM68,400

Berdasarkan Kutipan sehari RM50.00

Bilangan Telefon

1

3

5

7

10

Jumlah Kutipan Sehari

RM50

RM150

RM250

RM350

RM500

Jumlah Kutipan Sebulan

RM1,500

RM4,500

RM7,500

RM10,500

RM15,000

Tolak Bill Telco (55%)

-RM825

-RM2,475

-RM4,125

RM5,775

RM8,250

Keuntungan Sebulan

RM675

RM2,025

RM3,375

RM4,725

RM6,750

Keuntungan Setahun

RM8,100

RM24,300

RM40,500

RM56,700

RM81,000

Tolak Bill GSM (40%)  

-RM600

-RM1,800

-RM3,000

-RM4,200

-RM6,000

Keuntungan Sebulan

RM900

RM2,700

RM4,500

RM5,600

RM9,000

Keuntungan Setahun

RM10,800

RM32,400

RM54,000

RM75,600

RM108,000

Nota :  Jumlah kutipan diatas adalah jumlah kutipan berdasarkan pengalaman. Ini adalah kerana LOKASI memainkan peranan penting untuk mencipta KEUNTUNGAN disamping mendapatkan kembali MODAL. Walau bagaimanapun ada lokasi yang mampu mencapai melebihi RM70 sehari.  

Kepelbagaian

1. CAJ BULANAN (Pilihan)

-         Penyelenggaraan Telefon                                   RM55.00

-         Pemantauan Telefon ( CPMS )                                   RM20.00

Nota :   CPMS ( Comex Power Management System ) bertujuan untuk memaklumkan pada pemilik tentang status Telefonnya dari masa ke semasa seperti peti duit penuh, set tidak berfungsi dan pelbagai lagi.  

2. WANG CAGARAN

-         Persendirian                                                    RM330.00

-        Syarikat Enterprise                                           RM430.00

-        Syarikat Sdn. Bhd.                                           RM530.00

Nota :  cagaran utk pengendali talian.  

 

 

3. LOKASI.

Pulangan pendapatan Telefon RCCB adalah bergantung pada Lokasi. Bakal pembeli dinasihatkan  untuk mencari Lokasi yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Lokasi pemasangan serta memohon kebenaran adalah menjadi tanggungjawab pembeli. 

 

 
4. TEMPOH JAMINAN

 

   5.  PESANAN, PENGHANTARAN & PEMBAYARAN

 

6. PENYELENGGARAAN & PEMANTAUAN TELEFON

 

7. PERMOHONAN GSM WIRELESS ( Syarikat sahaja. Enterprise atau Sdn Bhd )

 

1. Salinan IC ( Pengarah syarikat )

2. Salinan Sijil Perniagaan ( Borang D )

3. Salinan Maklumat Perniagaan

4. Salinan Borang 24 dan 49 ( Sdn Bhd )

5. Salinan Bil Telefon 3 bln ( Atas nama sykt atau nama pengarah )

Nota : Proses permohonan 2 minggu bekerja. Permohonan minima ialah 2 unit.

 

 

Sebarang Keterangan lanjut sila hubungi :

 

SMART HERITAGE ENTERPRISE

019 - 373 6707 (  Sham )

smartbiz@hotmail.com

 

PL2000

"MENJANA PENDAPATAN BERTERUSAN"