Jasa
Agribase Product Enterprise adalah syarikat Bumiputra
yang telah didaftarkan pada 01.Mac.2005 dengan Suruhanjaya
Syarikat
Malaysia
dibawah Akta Perniagaan 1957. Kami mula beroperasi
di Pusat Niaga Batu Caves (bersebelahan Taman
Industri Bolton Batu Caves) sebelum berpindah kealamat
sekarang pada Oktober 2005.
Skop
perniagaan kami merangkumi pembuatan, pembekalan
dan pengedaran barangan berasaskan hasil laut dan
agribase seperti produk-produk berasaskan pertanian.
Buat
masa ini, pengkhususan kami adalah didalam pengeluaran,
pembekalan dan pengedaran keropok lekor. Resepi yang
kami gunakan adalah diasaskan di Kuala Besut, Terengganu
yang berumusan lembut dan krispi serta bernutrient tinggi.
Ini adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Perikanan
Malaysia. Produk kami tidak mempunyai sebarang pengawet
dan dijamin halal.
Bahan
utama seperti isi ikan tamban, sardin, selayang dan
isi ikan campur dsbnya didatangkan terus oleh pembekal-pembekal
kami dari Pantai Remis Perak dan Kuala Kedah, Kedah.
Kami
komited untuk menjadi pengeluar dan pembekal produk
yang berkualiti
bagi memenuhi citarasa
pengguna.
Ucapan
jutaan terima kasih ditujukan kepada Jabatan
Perikanan Malaysia dan MARDI kerana banyak membantu
didalam memberi bimbingan, khidmat nasihat dan kepakaran
didalam membangunkan produk kami.
Jika
ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami seperti
alamat berikut: |