Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

aku menulis bukan kerna nama

Mood untuk menulis membuak- buak. Impak maksima dari otak yang mahu apa ada dalam hati diturunkan kesini.

silalah akui, aku memang seorang manusia yang cepat bosan dan tidak setia pada satu. Dont be pretend*

Bab setia menyetia ni belum wujud dalam kamus hidup aku. Bagi aku sebelum nikah dilafazkan,buatlah apa yang hati suka. Tapi kadang-kadang tindak tanduk yang agak melampau membuat orang lain tercalar. Kata mak, jangan suka sakitkan hati orang. Syukur, sifar sabar yang turun dari abah nampaknya menyelinap dalam diri aku, jadilah orang diam + sabar + suka berfikir+ jangan kacau orang + buat kerja tak payah pandang kiri kanan.

Aku bukan skema. Tapi keadaan memaksa aku berkawan sekadarnya. Tak perlu berbaik- baik sangat dengan orang2 putih itu. Kalau Fir kata college dia ada 30 orang melayu jer. Tolong gariskan perkataan jer disitu, maaf aku takde pembaris :)(: . Disini aku mahu mengabarkan college aku pulak ada sorang saja malay- aku le tu. So aku dapat rasakan dari perbualan aku dan Qilah, seandainya Fir ke sini, dialah orang pertama yang akan angkat tangan dan surender. Anyway Fir, beli ticket MAS dulu sebelum enroll.

Aku sengaja mencari gaduh. Aku lemas kalau dia senang hati. Nanti ada lah benda yang dibuat tu. Baik tak aku sebagai seorang yang prihatin terhadap orang lain?. Aku baru bermula untuk kenal dia. Semuanya aku rasa baru dan aku tak mahu meletakan 100 % harapan dan aku juga tak mahu dia mengharap aku 101 %. Bukankah aku orang tak setia. Be carefull. Apapun, aku sudah jahat dengan dia, kadang-kadang aku pergi kawan dengan orang lain. Kadang-kadang aku ajar dia ponteng class dan sila dating dengan aku. Aku membawa dia ke alam aku. Aku masih budak-budak. err..19 tahun budak ke?. Sedangkan dia meniti tahun-tahun akhir di university. Hampir kepada tugas-tugas lebih berat. dihujani assignment yang menimbun. Aku pulak?. masih boleh enjoy sana, enjoy sini. Enjoy situ. Haus tu dak la, tapi dahaga ja..- sudutan filem soal siapa?.

Kadang-kadang masih ada jurang antara aku dan dia. Dia tak pernah marah aku. Seingat aku hanya sekali sahaja dia marah pada aku. Sedangkan aku marah dia hampir seratus kali. Aku rasa dia tak sayang aku sebab marah tanda sayang. Entahlah, mak aku yang cakap macam tu sebab mak aku suka marah aku masa kecik dulu, mak kata sebab mak sayang. Aku pun sayang mak aku tapi takde lah pi marah mak. Mungkin sesetangah pendapat marah tanda sayang. tapi bagi aku lain. Aku tak suka kena marah dan dimarah. hidup kena heppi2. aku marah dia sebab aku nak gaduh. Aku dah serik bercinta tak gaduh. Tiba2 bila gaduh sekali cam hampeh jerk. kalau boleh aku tak mahu pisang berbuah 2 kali, biarlah bebuah lapan belas kali sebab afiras danish dengan adeena emilly suka makan pisang.

gerobok