|
ANATOMI
DAN FISIOLOGI JANTUNG |
||
|
|
||
Fungsi utama jantung adalah
untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh bahagian tubuh. Tugas ini
dilakukan dengan menguncup sebanyak 60 hingga 90 kali bagi setiap minit.
dengan setiap penguncupan ruang jantung akan mengepam darah samada ke
venrikel atau salur darah arteri. dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut
lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu
batu di dalam sistem saluran darah. CARA JANTUNG BEKERJA:
Pusingan jantung bermula dibahagian kanan jantung. Salur darah vena[vena kava
bawah] menyalurkan semula aliran darah yang rendah kandungan oksigen ke dalam
ruang atrium kanan. Aliran darah tadi akan mengalir dari atrium kanan ke
dalam ventrikel kanan di mana ia kanan dipam ke dalam sistem saluran darah
paru-paru melalui arteri pulmonari di mana ia akan menyerap oksigen dan
melepaskan karbon dioksida. Darah yang tinggi kandungan oksigen ini akan
memasuki jantung semula dimana ia akan mengalir ke dalam atrium kiri melalui
dua pasang vena pulmonari setiap pasang dari paru-paru kanan dan kiri.
Daripada atrium kiri darah tadi akan memasuki ventrikel kiri dan dipam keluar
ke dalam aorta untuk penyaluran kesetiap bahagian badan manusia. INJAP-INJAP JANTUNG: Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh
bahagian yang membentuk injap-injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi
aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran
sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang
aliran balik. Di bahagian kanan jantung,
darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di antara atrium kanan
dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di sebelah
kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri
melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid
kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak. Bagi membolehkan darah
mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-injap tadi mestilah
terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam setiap
ruang tadi. Injap juga terdapat di
antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan darah keluar
daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang memisahkan
ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula darah
mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta. JANTUNG BERDENYUT:
Jantung anda mempunyai sistem arus elektrik yang meransang jantung untuk
menguncup atau berdenyut. Setiap denyutan bermula dengan ransangan elektrik
yang berasal dari bahagian khas di dalam atrium kanan yang dipanggil odus
sinoatrial ataupun nodus SA. Nodus SA ini merupakan pencetus atau suis
semulajadi jantung. Ia menerima maklumat daripada otak dan pusat-pusat
kawalan lain di dalam sistem saraf yang mengarahkannya menyesuaikan kadar
denyutan jantung yang optima bergantung keppada keperluan badan manusia.
Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus SA ia akan mengalir kepada
atrium-atrium yang menyebabkan mereka menguncup dan mengepam darah masuk ke
dalam ventrikel di bawah. Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu
kumpulan sel khusus yang dikenali sebagai nodus atrioventrikular atau nodus
AV. Dari sini ransangan tadi akan mengalir laju keseluruh bahagian jantung
melalui rangkaian His, cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah sistem aliran
rangsangan elektrik jantung]. Otot-otot jantung menguncup dan jantung
berdenyut akibat daripada ransangan-ransangan ini. Selepas setiap denyutan,
otot-otot jantung menguncup dan jantung berdebyut akibat daripada
ransangan-ransangan tadi dan ALIRAN DARAH KORONARI: Jantung juga mempunyai sistem aliran darahnya sendiri
yang berfungsi memberikan bekalan darah kepada otot-otot jantung. Ianya
terdiri daripada arteri koronari kanan dan kiri. Arteri koronari kanan muncul
daripada aorta dan mengelilingi bahagian kanan lekukan atrioventrikular dan
menyalurkan darah kepada atrium kanan dan ventrikel kanan dan sebahagian
pembahagi[septa] belakang. Arteri koronari kiri juga muncul daripada aorta.
Bahagian permulaannya arteri kiri koronari utama dan menjadi arteri kiri
bawah dan arteri sirkumfleks. Kesemuanya menyalurkan darah bahagian atrium
kiri dan ventrikel kiri dan sebahagian pembahagi depan. |