Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN & IKLAN

KEWANGAN

KEWANGAN

Sekiranya anda bermula dengan budget atau punca modal yang sedikit, mulakanlah dengan majalah atau akhbar yang mempunyai edaran yang sederhana banyaknya kepada pelanggan, kerana ianya mengenakan kadar yang murah. Jika anda meletakkan harga produk di dalam iklan anda sebanyak RM17.00 termasuk belanja pos dan cuma menerima respon sebanyak 5%, anda secara keseluruhannya akan menerima RM1,275 secara kasar. Jika anda cuma membayar RM30 untuk iklan, keuntungan anda masih begitu besar. Dengan jumlah pulangan yang sebegitu, adalah lebih mudah lagi untuk anda melancarkan kempen yang lebih serius lagi. Sebagai contoh, menerima 5% respon daripada 30,000 pembaca, anda akan memperolehi 1,500 pesanan di dalam peti surat anda. Dan jumlah wang yang anda terima ialah RM25,000.

Ulangi iklan anda beberapa kali untuk memperolehi pesanan setiap hari. Bila anda sanggup membuat iklan di dalam satu penerbitan yang mempunyai edaran sebanyak 80,000 dan dengan respon sebanyak 5% ia akan membawa keuntungan kepada anda sebanyak RM300,000 setahun jika anda mengiklan setiap bulan. Membuat iklan dua kali sebulan boleh menghasilkan RM900,000 setahun, empat kali sebulan pula boleh menghasilkan pendapatan RM1,224,000 setahun melalui kerja sambilan sahaja!.

Dengan wang sebanyak ini, mengapa perlu mengiklan di dalam iklan nasional?, kerana biarpun pasaran agak dingin, dengan mengiklan di dalam sepuluh majalah sekaligus di waktu pasaran agak dingin, seperti yang pernah saya buat, anda boleh memperolehi RM150,000 atau lebih setiap bulan melalui iklan anda itu. Buku panduan ini akan dapat membantu anda untuk melakukannya!. Saya telahpun membuktikannya sendiri berkali-kali. Siapa yang telah memperolehi berjuta ringgit dengan menggunakan cara yang sama tentu mereka tidak akan membantah cara yang dinyatakan ini.

Tanpa penggunaan FORMAT atau BENTUK IKLAN yang sama seperti yang anda beli ini, orang yang tidak memperolehi wang tidak boleh membuktikan anda betul atau salah!.

Berbalik semula kepada cara mengira jumlah peratusan. Ini semua adalah bergantung kepada kekuatan iklan anda sendiri. Sekiranya anda sudah memahami dan mengetahui kelemahan operasi perniagaan pesanan pos (mail order) anda memang patut menggunakan maklumat penerangan dan nasihat yang ada di dalam panduan ini untuk mencipta iklan dengan ayat-ayat yang "power" bagi faedah dan keuntungan diri anda sendiri ataupun perniagaan anda.

Dengan menggunakan maklumat yang anda terima ini, sudah tentulah anda boleh memastikan orang lain dapat menggunakannya juga. Dengan perkataan lain, "jika anda memberi peluang orang lain memperolehi keuntungan, anda juga akan memperolehi keuntungan samada dalam bentuk wang atau material ataupun kepuasan kerana telah melakukan perkara yang betul dengan mengatakan perkara yang betul juga."

Saya berkata begitu, kerana saya tidak menjual ETIKA kerja, tetapi cuma kaedah yang boleh berfungsi dengan baik dan membawa KEJAYAAN 100% pada bila-bila masa. Jadi apa sahaja cara untuk menjadikan iklan anda lebih efektif, terutamanya untuk melakukannya sendiri, anda mesti membuatnya supaya ia akan menghasilkan keuntungan sekaligus kejayaan. Dan anda memang boleh melakukannya setelah diberitahu mengenainya!.

Terus terang saya katakan, "berhenti atau mengalah" selepas membuat percubaan pertama anda, tidak akan memberi keuntungan apa-apa kepada anda. Berusahalah untuk membuat iklan anda dengan lebih sempurna – seperti yang kami semua lakukan dan berjuanglah untuk memperoleh lebih daripada 5% respon dan ganjarannya nanti tentulah hebat. Semua ini hanya boleh dilakukan oleh ANDA!.

Cari Masa Yang Sesuai

Sekarang anda sudahpun tahu di mana anda mahu dan patut meletakkan iklan anda. Mari kita lihat pula bilakah masanya yang paling sesuai. "Semua perkara mempunyai musimnya yang tersendiri", seperti yang sering diperkatakan, di dalam industri pengiklanan juga ianya adalah benar. Kebenaran ini terutamanya di dalam pengiklanan nasional (umum, akhbar, majalah-majalah utama) secara relatif ia berlaku juga di dalam penerbitan majalah syarikat koperasi atau co-op yang telah diterangkan di awal Bab ini. Ianya dikukuhkan lagi melalui pengalaman, jadi maklumat ini adalah sesuatu yang kritikal sebelum anda melaburkan wang yang banyak di dalam sebarang saiz iklan yang hendak ditempah. Untuk pulangan yang lebih baik daripada pelaburan wang anda, bulan-bulan yang paling sesuai (mengikut keutamaan) untuk mengiklan adalah seperti berikut:

1. Januari 7. Disember

2. Februari 8. March

3. Oktober 9. April

4. Ogos 10. Mei

5. November 11. Julai

6. September 12. Jun

Ini bermakna, anda mempunyai kekosongan masa selama lapan bulan bagi masa mengiklan yang SESUAI (1. hingga 8.), manakala baki masa empat bulan yang ada itu bolehlah anda tumpukan kepada perkara-perkara lain, perniagaan lain, pekerjaan lain atau juga pergi bercuti di pantai-pantai menarik di negara ini atau di pantai Hawaii ataupun juga melancong ke Eropah.

Sekiranya, sewaktu percutian, anda "bimbang" kerana tidak membuat iklan, beritahu atau buat tempahan awal-awal kepada penerbit bebas yang biasa anda telah mengiklan supaya mengiklankannya. Ini supaya bila anda pulang nanti, surat-surat pesanan masih terus melimpahi peti surat anda. Untuk iklan di akhbar dan majalah nasional, anda tak seharusnya mengiklankan di dalam penerbitan yang sama melebihi tiga kali berturut-turut di dalam jangkamasa tiga bulan kerana ini boleh menyebabkan pengurangan keuntungan sebanyak 25% berbanding iklan yang pertama anda buat. Cara untuk mengelakkan masaalah ini ialah dengan memilih bulan yang paling baik, kemudian masukkan iklan di dalam beberapa penerbitan besar yang utama secara serentak.

Cara Menguruskan Respon

Anda telah memiliki maklumat yang cukup untuk sebuah buku kecil, tetapi bentuk seperti itu tidak begitu membantu anda. Jika anda mahu menggunakan bahan-bahan ini untuk diri anda, bentuk buku seperti ini tidak mudah untuk dikeluarkan semula. Apa yang perlu anda lakukan ialah, cari kedai mencetak (fotostat) yang baik, yang menyediakan salinan fotostat bermutu dengan kos lebih kurang satu ringgit setiap satu set. Pada peringkat permulaan ianya agak mahal jika menggunakan cetakan "offset", tetapi jika anda mencetak dengan jumlah yang lebih banyak, harganya akan berkurangan. Anda tak perlu terburu-buru mencetak dan memesan ratusan naskah. Paling mudah ialah tunggu sehingga pesanan yang diterima agak banyak, contohnya 50 atau 100 naskah. Saya yakin akan mendapat pesanan yang lebih banyak nanti, jika anda mengiklan dengan menggunakan FORMAT yang telah diberitahu seperti yang terkandung di dalam buku ini.

Ini bermakna, anda tak perlulah melaburkan wang anda dahulu untuk mencetak buku ini. Ini juga adalah salah satu peraturan di dalam buku panduan ini: tak perlu mengeluarkan belanja banyak dahulu. Kebanyakan program lain tidak begitu memikirkan sangat kos yang terlibat!. Ianya boleh dianggap sebagai satu panduan perniagaan yang teruk. Menggunakan panduan di dalam buku ini akan memberikan anda jaminan kewangan seumur hidup anda.

Pengiklanan Nasional (Kebangsaan)

Untuk membuat iklan nasional ini, pertama sekali anda perlu mendapatkan "MEDIA KIT" dari pihak terbitan itu sendiri, yang mana ia akan memberi kepada anda segala maklumat tentang penerbitan itu sendiri bagi membolehkan anda membuat iklan di dalamnya. Ini bukanlah satu tempat untuk anda membuat experimen dengan cara biasa dan mudah, seperti anda boleh menanggalkan pakaian anda. Apabila anda telah benar-benar boleh atau sanggup membuat iklan di peringkat nasional ini, saya mencadangkan kepada anda supaya menggunakan perkhidmatan agensi pengiklanan profesional yang mana mereka memang ahli atau pakar dalam bidang ini. Sebagai tambahan, jika anda mahu menembusi pasaran yang besar dengan lebih cepat lagi, saya cadangkan anda gunakan perkhidmatan "copy writer" professional untuk membuat iklan. Mereka akan merasa gembira untuk menulis iklan anda dan mengenakan bayaran diantara RM1,000 hingga RM3,000.

Itu dia!. Sekarang anda sudah memiliki alat untuk memperolehi pendapatan seumur hidup. Mulakanlah dengan membuat iklan yang "first class" atau bermutu tinggi. Anda akan mulai menerima respon atau balasan dalam masa beberapa hari setelah iklan anda berada di pasaran!. Sebelum penghujung bulan tiba, anda sudah boleh menghimpun banyak wang seperti yang anda impikan selama ini!.

KA LAMAN SETERUSNYA....

KLIK DI SINI