Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN & IKLAN

M E D I A

M E D I A

Di dalam industri pengiklanan, ada terdapat beberapa perbezaan dan anda boleh memilih cara yang paling sesuai sekali. Sebagai contoh, cuba kita perhatikan sekali lagi, bentuk iklan yang paling baik ialah yang bersaiz satu muka penuh dan dimuatkan di dalam majalah atau akhbar keusahawanan dan peluang perniagaan. Biarpun begitu masih terdapat banyak cara lagi untuk membuat iklan dengan cara yang mudah. Namun begitu masih terdapat banyak cara lagi untuk membuat iklan dengan cara yang mudah. Namun begitu semua iklan perlulah dicuba untuk mengetahui keberkesanannya. Untuk membelanjakan walaupun cuma RM500 bagi memulakan sesuatu, jika ia mengeciwakan, boleh merendahkan harga diri anda dan juga mengganggu kewangan anda.

Mungkin setelah sekian lama anda berada di dalam perniagaan pesanan pos (mail order), untuk membuat iklan seperti ini tidak pernah terfikir oleh anda sebelumnya. Barangkali ia disebabkan oleh terlalu banyak dan kerapnya anda melihat iklan classified mengenai program atau peluang membina kekayaan melalui mail order. Anda sudah biasa dengan cara seperti itu tetapi tidak terfikir untuk mengubah format atau bentuk iklan anda pula!.

Direct Mail

Sekiranya anda fikir DIRECT MAIL (mengeposkan risalah/katalog terus kepada bakal pelanggan) adalah satu cara untuk anda menunjukkan iklan kepada bakal pelanggan yang berpotensi, anda mesti bersedia untuk keciwa dan menerima hanya beberapa respon sahaja. Jumlah biasa yang diterima daripada 1,000 pucuk surat kempen menggunakan direct mail ialah 8 hingga 10 orang sahaja setiap kali tawaran dibuat. Sekiranya anda sudah berjaya menggunakan kempen melalui direct mail, adakah anda telah memperolehi beberapa ribu ringgit?. Atau anda hampir muflis?. Jika begitu anda tentu tahu, KOS pengirimannya yang tinggi itu sahaja boleh mengikis budget yang besar. Tetapi jika anda sanggup sekalipun ianya begitu merumitkan pada keseluruhannya. Direct Mail memerlukan banyak kerja dan mesti dibuat secara profesional.

Syarikat mail order atau jualan secara pos biasanya membuat kempen diret mail sekurang-kurangnya dengan 5000 pucuk surat setiap kali pengiriman. Dan ada yang mengirimkan sehingga beratus ribu pucuk surat. Secara logiknya bolehlah anda membayangkan betapa tidak efektifnya kempen tersebut jika sekadar mengirimkan 100 pucuk surat. Biasanya keuntungan besar yang diharapkan untuk menutup semula kos tidak boleh diperolehi. Walau bagaimanapun, sebilangan besar dari mereka berharap akan menemui cara yang AJAIB yang boleh menjadi mesin membuat wang!.

Kempen direct mail yang dikendalikan oleh syarikat Mail Order yang sudah stabil dilakukan secara profesional, kosnya juga agak mahal serta menggunakan persembahan berbentuk CLASSIC (Classical format). Contohnya seperti berikut: mengandungi katalog saiz A3 atau A4, muka surat ditaipset dengan kualiti cetakan yang amat bermutu menggunakan "letter head" atau kepala surat syarikat tersebut, sampul surat luar dan sampul surat balasan. Ini diikuti dengan rekaan brosur yang terbaik serta berwarna, biasanya mempunyai gambar dan "artwork" yang menarik. Mungkin di satu hari nanti anda boleh gunakan cara seperti ini apabila anda sudah kukuh dan bersedia untuk mengeluarkan karya atau idea anda sendiri yang dijadikan sebuah buku untuk dijual. Anda perlu berusaha dan bersedia menuju kearah itu.

Classified (Iklanika)

Jika anda memang seorang yang aktif di dalam industri mail marketing atau pemasaran secara pesanan pos (mail order), anda sudah tentu atau mungkin sudah biasa menemui penggunaan iklanika ini di dalam akhbar harian dan akhbar tabloid serta penerbitan bebas di dalam pelbagai bahasa. Penerbitan seperti ini memang menyediakan ruangan khas untuk iklan klasifikasi. Tujuannya ialah selain daripada memperolehi pendapatan melalui tempahan ruang iklan, ianya juga untuk membantu pembaca mengiklankan perniagaan, produk, perkhidmatan, pesanan dan lain-lain lagi. Iklan klasifikasi adalah satu pilihan yang mudah untuk PERINTIS perniagaan pesanan pos (mail order) kerana kosnya tidak begitu mahal. Biasanya dengan kadar bayaran yang bergantung kepada jumlah perkataan yang digunakan ataupun KOLUM (ruang). Kadar bayaran antara RM20 - RM50 sekali iklan. Ada juga yang mencapai hingga RM200, ini bergantung kepada penerbitan yang mempunyai golongan pembaca tertentu.

Anda haruslah berfikir dengan bijaksana untuk membuat iklan klasifikasi iaitu jangan sekali-kali anda menggunakan perkataan yang meminta wang atau menyuruh pembaca mengirimkan wang kepada anda. Untuk mendapat RESPON yang baik, anda perlu menggunakan cara classic, iaitu dengan mengirimkan brosur atau sirkular iklan anda kepada pembaca yang memberi respon kepada iklan anda.

Kebanyakan penerbitan bebas menawarkan kadar bayaran yang begitu rendah. Ini bertujuan supaya ramai orang boleh menggunakan penerbitan mereka. Iklan klasifikasi yang menggunakan perkataan "untuk keterangan lanjut sila hubungi...." biasanya meminta pembaca mengirimkan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri, ini bagi tujuan menghapuskan kos setem anda dan mengurangkan kerja anda. Anda tidak perlu membeli sampul surat "envelop", menulis alamat dan menampal setem.

Saya dapati keuntungan yang boleh diperolehi melalui cara seperti ini jauh lebih tinggi dan sudah tentulah boleh menutup kos iklan anda, itupun bergantung kepada PROGRAM atau PRODUK anda juga. Untuk memperolehi keuntungan yang "begitu besar" dengan hanya menggunakan iklan klasifikasi ini adalah tidak munasabah. Walaupun begitu ia boleh dijadikan jalan perintis di peringkat permulaan dan sebagai pilihan "tambahan" oleh mereka yang aktif di dalam kaedah pemasaran pos "mail marketing" ini.

Untuk menggunakan iklan klasifikasi di dalam majalah-majalah utama, ia sudah tentulah mempunyai perbezaan, anda memerlukan penggunaan bentuk (format) CLASSIC seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Anda perlu mendapatkan jumlah pembeli yang lebih ramai untuk memperolehi keuntungan dan menampung kos iklan yang mahal. Sekali lagi anda diingatkan supaya tidak membuat iklan yang meminta wang daripada pelanggan (pembaca). Sebaliknya berikan kepada mereka panduan atau sirkular anda, jika ianya menarik dan berlainan daripada yang sering mereka terima, mereka akan membelinya.

Terbitan Co-Op atau Syarikat

Barangkali ini adalah cara yang "paling utama" untuk pengiklan menempah iklan di dalam industri pesanan pos (mail order). Terdapat Syarikat atau Co-op yang menerbitkan akhbar, majalah, newsletter, Buletin mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan untuk ahli-ahli mereka. Mereka ini mengalu-alukan kemasukan iklan untuk semua kategori kerana ia dapat mengurangkan kos pembikinan mereka. Anda pula berpeluang membuat jualan melalui iklan anda. Dicadangkan supaya anda mencari maklumat mengenai PENERBITAN syarikat seperti ini untuk mempertingkatkan lagi pendapatan anda. Pengiklan utama (yang besar) biasanya tidak berapa suka untuk membuat iklan di dalam penerbitan seperti ini kerana mereka berpendapat ianya cuma dibaca oleh segolongan kecil masyarakat.

Membuat iklan di dalam penerbitan BULETIN syarikat atau sesuatu pertubuhan akan memberi PELUANG kepada pengiklan melipat gandakan pendapatan. Ini dapat mencapai sasaran anda tanpa perlu perbelanjaan yang lebih seperti bayaran iklan yang dikenakan di dalam penerbitan utama yang lain. Apa yang anda tidak sanggup lakukan, seperti mengeposkan surat yang banyak sekaligus, boleh dilakukan oleh penerbit "buletin" syarikat dengan cara mencetak iklan anda dalam buletin tersebut. Kemudian tugas mereka untuk mengeposkan terbitan buletin tersebut kepada AHLI atau pelanggan.

Ini adalah alternatif TERBAIK untuk mencari pelanggan yang ramai bagi program anda melalui pemasaran pesanan pos (mail order). Ianya lebih baik daripada mengiklan di dalam penerbitan utama seperti akhbar, majalah dan lain-lain, walaupun pasarannya luas tetapi kosnya tinggi dan kemungkinan sambutannya tidak memuaskan. Seperkara lagi yang perlu diketahui, pelanggan majalah atau akhbar yang melihat iklan yang hampir sama dan banyak akan beranggapan ianya merupakan sejenis SKIM. Ia mungkin tidak boleh menarik minat mereka. Secara KONTRAS hanya orang yang berminat dalam perniagaan pesanan pos (mail order) sahaja yang dapat menerima iklan di dalam penerbitan seperti ini.

Pasaran Masih Terbuka Luas

Sistem yang terkandung dalam buku panduan ini boleh berjaya di dalam sebarang media kerana ianya satu sistem yang BARU, sekalipun kepada mereka yang sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan pesanan pos (mail order) selama bertahun-tahun. Kebanyakan daripada mereka memang tidak mempunyai idea untuk memenangi pertandingan atau menyeberangi sempadan seperti yang didedahkan di dalam buku ini, yang mana sistem ini menyediakan kejayaan untuk anda. Itulah sebabnya mengapa kita perlu menyingkap rahsia kejayaan pengiklan yang telah berjaya membina kekayaan di dalam industri mail order.

Sebenarnya pasaran di dalam industri pesanan pos (mail order) adalah terbuka luas bila-bila masa pun. Potensi keuntungannya sahaja boleh memeranjatkan atau menyebabkan anda sukar bernafas jika mengetahuinya.

Jika anda mengetahui yang anda sedang berdiri di atas sebuah lombong emas, anda pasti akan menggalinya secepat mungkin, tidakkah begitu?. Dengan begitu banyak sumber kekayaan yang terdapat dan tersedia di atas muka bumi ini yang cuma dikongsi oleh BEBERAPA orang sahaja, tidaklah sukar bagi anda membayangkan berapa cepatnya anda boleh menemui alat untuk menggalinya. Ramai orang mengetahui keuntungan yang boleh diperolehi di tempat lain. Tetapi cuma beberapa orang sahaja yang mengetahui terutamanya daripada pembaca iklan di dalam buletin terbitan syarikat atau co-op bulletin, mengenai peralatan bagaimanakah yang patut digunakan untuk menggali lombong emas... begitulah istilahnya!.

Bentuk iklan yang mempunyai persamaan dengan yang terkandung dalam buku panduan ini memang ada digunakan di dalam iklan yang terdapat di penerbitan utama tetapi tidak ramai yang menyedarinya. Sekarang ini dengan menggunakan buku panduan ini sebagai alat yang telah dibuktikan boleh mengukuhkan kewangan anda, ia seperti anda sudah mempunyai peralatan untuk menggali lombong emas anda!. Mungkin anda tidak tahu malah tidak menyedarinya sebelum ini.

Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan mengenai iklan di dalam buletin syarikat atau pertubuhan ialah setiap syarikat dan pertubuhan mempunyai senarai nama ahli yang terbuka. Ini menyebabkan tiada had untuk mencapai sasaran kepada orang yang berbeza setiap kali anda membuat iklan. Yang jelasnya di dalam penerbitan utama (majalah, akhbar), pembaca mungkin telah melihat iklan anda berkali-kali tetapi pembaca bulletin syarikat (co-op) mungkin cuma melihatnya sekali sahja. Apabila iklan anda muncul di dalam penerbitan utama beberapa kali dalam bentuk yang sama, keberkesanannya akan berkurangan 25% setiap kali muncul tetapi di dalam pengiklanan bulletin syarikat (co-op) kesannya tetap segar ataupun baik. Setelah anda mencuba kaedah iklan yang murah ini anda akan mempunyai peluang luarbiasa, yang cuma diketahui oleh beberapa orang sahaja sebelum ini.

Peratusan (%)

Di dalam pengiklanan utama, PULANGAN yang boleh diperolehi adalah bergantung kepada kos iklan itu sendiri. PULANGAN yang paling baik ialah sekurang-kurangnya 3.5 kali daripada kos iklan yang dibuat, dan iklan yang memberi pulangan sebanyak 4 hingga 5 kali lebih dari kos iklan itu sendiri adalah merupakan satu kemenangan yang besar. Sebagai contoh: iklan yang kosnya RM2,000 akan memberi pulangan RM10,000 pada kadar 5 kali kos iklan, ditolak perbelanjaan yang mana biasanya dikeluarkan untuk mencetak buku dan lain-lain, masih boleh memperolehi keuntungan yang solid.

Perbandingan diantara pengiklanan co-op (syarikat) dan Direct Mail adalah diukur melalui perbezaan nilainya. Melalui cara ini tahap respon (yang bertindak balas) adalah dikira berdasarkan berapa banyakkah sebenarnya yang menerima tawaran melalui Direct Mail - 5% adalah pertimbangan yang paling baik. Banyak pembaca langsung tidak memperdulikan iklan yang muncul di dalam penerbitan, lebih-lebih lagi yang menampilkan konsep yang sama berulang kali.

Dengan menggunakan Kunci Kata yang tersembunyi untuk iklan seperti di dalam program ini sendiri, anda akan mendapati orang akan lebih ramai datang meminta untuk mengetahui apakah yang anda miliki.

Di dalam sebarang PENGELUARAN, keuntungan adalah bergantung kepada jumlah pembeli (jualan) yang mana bermakna lebih ramai orang melihat iklan anda, ada kemungkinan lebih besar pula untuk anda MEMPEROLEHI KEKAYAAN yang menakjubkan dan dalam masa yang lebih cepat pula. Dan ini bermakna akan menghasilkan pendapatan yang kukuh untuk selama mana anda mahu menggunakan kaedah ini. Keadaan yang lebih ideal ialah menggunakan keuntungan pertama untuk membuat iklan yang lebih banyak di dalam penerbitan syarikat (co-op), seperti majalah syarikat yang dilanggan oleh ahli-ahli. Banyak Syarikat, Koprasi, menerbitkan majalah bulanan atau tahunan seperti ini.

KA LAMAN SETERUSNYA....

KLIK DI SINI