Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN & IKLAN

PENGIKLANAN

PENGIKLANAN

Kaedah Pengiklanan Yang Baik

Saya akan menerangkan jenis iklan yang diperlukan untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi seperti yang kita inginkan. Cara yang TERBAIK ialah, iklan mestilah dibuat dengan saiz satu muka surat penuh 8 1/2" x 12" atau lebih besar lagi dan disertakan juga borang pesanan. Tidak ada sebarang gantinya untuk menggunakan kaedah ini, walaupun kosnya mahal. Iklaneka dan Classified mempunyai ruang yang terhad, ia memang berbeza, kita akan melihatnya nanti, teruskan membaca.

Idea untuk menggunakan "copy writer" atau penulis iklan adalah satu penyelesaian yang terbaik kepada mereka yang berasa gementar sekalipun jika hanya menulis surat yang pendek setahun sekali...itupun jika benar-benar diperlukan.

Orang yang boleh berbicara selama setengah hari dalam kebanyakan perkara, fikiran mereka boleh membeku apabila mahu mencurahkan idea di atas kertas, ini sering kali berlaku. Ia mugnkin disebabkan ada kenangan pahit sewaktu di sekolah dahulu. Tetapi waktu persekolahan dahulu dan keadaan sekarang sudah berbeza. Sekarang sudah tak ada lagi guru yang berdiri di sebelah anda sambil memerhatikan anda yang sedang berpeluh!. Tak ada peperiksaan yang perlu dicemaskan ataupun terlalu banyak pelajaran perlu diingat. Anda hanya perlu menggunakan bahasa dan perkataan yang boleh menarik minat pembaca untuk membacanya...tak lebih tak kurang. Ini tak sama seperti menulis rencana semasa di sekolah dahulu. Anda tidak perlu merasa hairan.

Anda boleh pergi ke kedai buku dan beli beberapa keluaran majalah atau akhbar utama yang mengandungi iklan peluang perniagaan atau menambah pendapatan. Perhatikan cara iklan tersebut dibuat, baca perkataan yang digunakan. Pelajari idea mereka, cuba anda tulis iklan anda pula, tulis beberapa kali. Yang penting buat penapisan ayat, perkataan, panjang atau pendek yang utama supaya bunyinya sedap, tepat dan berkesan. Anda akan mempelajarinya sendiri secara berperingkat-peringkat dengan cara selalu melihat kepada iklan yang digunakan oleh syarikat yang sudah berkembang.

Tajuk

Iklan mestilah mempunyai TAJUK. Ini mungkin bahagian yang paling penting sekali di dalam semua sudut iklan. Kerana hanya iklan yang mempunyai tajuk yang begitu baik dan menarik sahajalah yang boleh membuat setiap mata yang membaca akan berhenti sebentar dan tertumpu kepadanya. Sudah tentulah, kalau boleh anda tak mahu pembaca TERLEPAS atau tak menghiraukan iklan anda. Apapun perkataan yang digunakan ianya mesti mempunyai DAYA TARIKAN yang kuat untuk menarik seramai mungkin mata pembaca, seterusnya membeli produk atau program yang ditawarkan. Setelah memperoleh TAJUK yang sesuai, barulah menerangkan isi iklan anda.

Sekarang kita perlu memperhatikan dua elemen yang kritikal, mari kita lihat maksudnya. Untuk membuat tajuk iklan, biarlah ianya sesuatu yang BARU dan ASLI. Bagaimana cara membuatnya: Anda harus menerokai fikiran (idea) anda terlebih dahulu kemudian buat catatan apa yang harus ditulis. Lepas itu cuba perhatikan iklan-iklan lain tentang cara menambah pendapatan. Buat perbandingan dan gunakan perkataan yang terbaik!.

Tajuk, biasanya pendek sahaja, tetapi cukup panjang untuk merebut hati pembaca. Gunakan KEY WORDS atau KUNCI KATA yang boleh membantu anda, contohnya seperti berikut:

"KAEDAH…", "BARU…", "BAGAIMANA UNTUK…", "TEKNIK TERBARU….", "AKHIRNYA…."

Sekiranya anda tidak suka dengan kunci kata seperti ini, jangan gunakannya. Mungkin lebih baik yang original (dari anda sendiri) daripada gaya yang terlalu formal ini.

Bagaimanapun, anda boleh menggunakan perkataan tertentu yang lebih mudah bila anda rasa yakin tentang idea yang mahu anda sampaikan itu. Jika anda mahu menerangkan kedudukan, anda boleh menggunakan perkataan "MENGAPA". Anda boleh berjanji, seperti, "saya menjanjikan itu" kemudian diikuti dengan kaedah yang mudah dan cepat. Kalau boleh jangan gunakan atau cuba elakkan perkataan "mengkagumkan" kerana ianya kelihatan keterlaluan atau berlebihan penggunannya. Anda masih boleh hidup tanpanya!.

Sekiranya anda mahu, boleh gunakan mana-mana bahagian di dalam buku ini sebagai penyelesaian untuk iklan dan membina kekayaan. Saya cadangkan kepada anda supaya menggunakan tajuk anda sendiri yang difikirkan lebih mengancam!. Masih banyak cara lain untuk memperolehi idea bagi digunakan sebagai TEMA yang sama dan cara seperti itu mungkin jauh lebih berjaya seperti yang saya gunakan.

Sekali-kali JANGAN anda merasa cemas dan cuba memaksa diri membuat iklan yang sangat sempurna!. Tajuk dan isi iklan yang terbaik ialah yang boleh menghasilkan jualan. Anda tidak akan mengetahuinya sehinggalah anda mencubanya. Itulah sebabnya anda tidak boleh mengandaikan iklan anda terlalu sempurna, kerana, jika gagal anda akan rasa keciwa. Sebaik-baiknya bersikap sederhana tetapi sentiasa mempelajarinya.

Kata-Kata Penangkap atau Pujuk

Sekarang untuk kata penangkap di dalam iklan ia boleh dibuat satu dua ayat atau lebih, bagi menyampaikan apa yang ada di dalam tajuk dengan lebih jauh lagi. Di sini anda boleh gunakan perkataan "MENGAPA…", "BAGAIMANA UNTUK…" atau sebarang kunci kata lain yang tidak digunakan sebagai tajuk iklan.

Pada peringkat ini jangan menerangkan apa-apa, ini kerana kita mahu mata pembaca meneruskan perhatian kepada iklan secara semulajadi, di mana kita, mahu menerangkannya dengan lebih lanjut selepas itu. Namun demikian KATA PUJUK ini hendaklah berupaya memikat keinginan hati pembaca untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengetahui jawapan seterusnya. Jadikannya seolah-olah satu misteri di dalam iklan anda!.

Kandungan Iklan

Perlukah anda membuatnya panjang atau pendek? Ia terpulang kepada anda, tetapi sebaik-baiknya sentiasa gunakan saiz satu muka penuh. Anda boleh gunakan 1500 patah perkataan dalam bentuk typesetting atau atur huruf.

Dengan 1500 patah perkataan anda boleh becerita tentang banyak perkara. Dengan penerangan yang panjang dalam saiz satu muka surat sahaja ianya kelihatan lebih menjimatkan untuk anda mengiklankannya walau di mana sekalipun.

Perenggan Pertama: Selepas tajuk dan kata pujuk, perkara yang lebih penting ialah anda tak mahu kehilangan pembaca. Di bahagian inilah anda mesti memberitahu apa yang boleh anda lakukan untuk mereka dan bagaimana caranya. Kekalkan tandatanya kepada pembaca. Apa sahaja kebolehan yang anda miliki untuk menulis, gunakannya di sini. Jangan tunjukkan cara yang terlalu pintar, kerana ini adalah satu perniagaan yang serius.

Tulis perenggan ini beberapa kali kemudian biarkan dahulu, kemudian ambil semula. Semak dan betulkan kesilapan dan sebagainya. Ini adalah ISI SEBENAR walaupun anda tidak dapat melihatnya sewaktu menuliskannya. Mungkin di sinilah anda harus menuliskan segala pengalaman anda serta keinginan untuk membina kekayaan, jangan lupa juga pengalaman mengeciwakan yang pernah dialami harus juga diperjelaskan di perenggan ini.

Perenggan Kedua dan Ketiga: Sebelum anda menerangkan kepada pembaca apakah sebenarnya produk anda, (mungkin buku ini sendiri) anda mesti memberitahu pembaca seolah-olah ia bukan yang ini. Ia hanya diterangkan dengan cara lebih mudah, sebagaimana anda didedahkan kepada buku panduan saya ini. Anda juga boleh senaraikan beberapa jenis benda, program, sistem, panduan dan sebagainya. Ketika itu juga pembaca bersifat lebih ingin mengetahuinya terutama selepas diterangkan yang pelan itu adalah mudah dan tidak mahal.

Perenggan Keempat: Di dalam perenggan ini dan seterusnya bolehlah anda memberitahu cerita anda sendiri. Bagaimana anda telah menemui JAWAPAN untuk memperolehi banyak wang dan bagaimana penemuan ini juga boleh dialami oleh pembaca. Namakan kawan atau orang yang anda kenali yang telah mencuba dan berjaya menggunakan sistem tersebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pembaca. Kisah penemuan sistem anda boleh diceritakan dengan panjang atau pendek, tetapi anda tak perlulah menceritakan semua kisah hidup anda. Kemudian sertakan juga pujukan supaya pembaca membeli atau menyertai program, nyatakan bahawa program tersebut akan memberi hasil kepada pembaca.

Anda perlu mengingatkan bahawa program itu adalah untuk diri mereka bukan untuk diri anda. Anda sudah berjaya, oleh itu pembaca harus ditimbulkan minat dan rasa cemburu di atas kejayaan yang anda perolehi. Sudah tentu mereka mahu mencapainya seperti anda dengan syarat anda membuatnya mudah dan boleh menarik minat mereka.

Untuk mengakhiri iklan anda nyatakan bahawa tawarannya adalah terhad, selepas itu tibalah masanya pula untuk bercakap tentang wang. Di waktu inilah masanya untuk memberitahu berapa harganya yang patut mereka bayar. Dan nyatakan atau terangkan bahawa mereka akan memperolehi wang yang lebih banyak lagi dengan menggunakan program atau sistem anda. Mereka juga harus merasa terkejut selepas mengetahui yang ianya tidak mahal - begitulah caranya!. Mereka tidak menyedari harga yang dicajkan (dikenakan) di dalam iklan membina kekayaan yang terdapat di akhbar nasional atau utama adalah kompetitif iaitu diantara RM20 hingga RM50. Tetapi harga RM50 adalah terlalu mahal sementara harga diantara RM25 hingga RM40 adalah biasa.

Cuba tegaskan lebih daripada sekali yang harganya adalah munasabah, begitulah caranya untuk membuat iklan. Akhirnya kita akan dapat membuat jualan yang sebenar. Di sini juga pembaca harus diberitahu keuntungan yang mereka boleh perolehi hanya melalui pelaburan modal yang kecil!. Nyatakan juga bahawa mereka seolah-olah tidak membuat apa-apa kerana semua telah anda sediakan, sebaliknya mereka memperolehi keuntungan.

Jaminan

Pengiklan yang masih belum begitu faham harus berhenti sebentar dan memikirkan bahawa jika mereka tidak memberi atau menambah jaminan, mereka akan kehilangan peluang untuk menjual. Perkataan DIKEMBALIKAN yang menakutkan itu mesti TERTERA dan jika mereka jujur, mesti menyediakan kemudahan seperti ini.

Sekiranya anda mahu menggunakan maklumat yang terkandungan dalam buku ini, kemudian membuat iklan dengan menggunakan nama anda sendiri atau menggunakannya untuk program anda sendiri, anda pasti boleh bernafas dengan lebih lega.

Sesiapa sahaja yang membaca kandungan buku panduan ini akan mudah memahaminya, kerana teknik ini bukan sahaja telah terbukti, malah mereka akan turut memperolehi keuntungannya. Tetapi perubahan SINGKAT sudah tentulah tidak boleh berlaku. Dan sekiranya ada permintaan supaya WANG mereka dikembalikan oleh orang yang menggunakan maklumat ini, jumlahnya mungkin terlalu sedikit, terlalu kecil bilangannya serta seolah-olah tidak wujud!.

Terima Pesanan

Sekarang anda telah bersedia untuk menerima pesanan, dan anda telahpun menunjukkan jaminan menggunakan program untuk jangkamasa 30 hari atau lebih. Maka, inilah masa yang paling baik atau cara terbaik untuk mendapatkan jualan yang lebih meyakinkan!. Membuat iklan samalah fungsinya seperti BERTANYA dalam bidang jualan, jika anda tidak bertanya, anda tak akan memperoleh jualan.

Bertanya tidaklah bermakna seperti "meminta-minta" umpamanya dengan berkata "Tolong beli...". Bertanya seperti ini kurang sesuai. Cara yang sesuai ialah dengan berkata "Jadi mengapa tidak ambil tawaran ini...." ataupun "Biar saya buktikan kepada anda yang ....". Jangan membuat rayuan "demand" kecuali dengan cara yang sopan, contohnya seperti ini, "Beli sekarang, anda akan melihat hasilnya nanti...". Anda boleh memandu dan memimpin pembaca supaya bertindak, seperti dengan mengatakan "Jangan menunggu di lain masa....".

Anda juga boleh menggunakan TEKNIK beri dan ambil semula, umpamanya: "Tawaran Terhad", "Sekarang harganya murah", "Esok akan dinaikkan", "Hari ini masih ada stok", "esok mungkin kehabisan" dan lain-lain. Anda juga boleh menawarkan kepada pembaca samada untuk terus menjadi miskin atau mahu menjadi kaya. Cuba bawa diri mereka ke dalam gambaran apabila mempunyai wang yang banyak, bagaimana rasanya...terangkan keindahannya dan lain-lain.

Borang Pesanan

Idea yang tak patut diketepikan untuk mendapatkan jualan yang baik ialah dengan menyediakan BORANG PESANAN supaya mudah bagi mereka membuat pesanan. Beri pembaca membuat pilihan dan keputusan setelah anda mempersembahkan penekanan tentang kebaikan program anda. Ini semua maklumat untuk mempercepatkan jualan. Tawarkan penghantaran pada hari yang sama ataupun dihantar SEKARANG. Sebaliknya, jika tidak, mereka tentu akan merasa bimbang pesanan mereka akan lambat sampai. Ingat apabila mereka berfikir begitu mereka akan melupakan tawaran anda sebaliknya akan menerima tawaran lain yang lebih baik lagi!.

NOTA: Tawaran terhad boleh digunakan jika memang ianya diperlukan, kerana jika tidak ia hanya akan membuang masa sahaja. Umpamanya apa yang anda tawarkan sekarang mungkin tidak akan diperolehi di waktu yang lain. Anda juga boleh mengubah atau membuat iklan yang baru atau memberi tawaran lain, seperti menggunakan teknik yang telah diterangkan. Contohnya: "Anda patut mendapatkan sekarang, bukan esok….", ataupun "Harganya mungkin akan meningkat…". Dalam masa yang sama cuba tekankan jika pembaca tidak membeli sekarang mereka akan hilang peluang seumur hidup. Anda boleh mengingatkan kepada pembaca sekali atau lebih di dalam iklan anda, gunakan pendekatan secara halus.

Kebanyakan teknik ini telah digunakan setiap hari di dalam iklan membina kekayaan, mereka terus membina dan memperolehi keuntungan. Sekarang anda telah menjadi semakin arif berbanding sebelum ini. Apabila teknik ini digunakan secara bijak, ia tidak kelihatan asing. Pembaca secara keseluruhannya akan mendapat mesej yang ingin anda sampaikan....dan mereka mempunyai keinginan untuk mendapatkan wang yang banyak ataupun menjadi kaya!. KEINGINAN mereka akan terbit setelah mendapat gambaran yang cantik tentang program anda. Hasilnya anda akan memperolehi dan memenangi jualan. Cara seperti ini tidak difahami oleh mereka yang kurang arif, di dalam pengiklanan, lebih-lebih lagi untuk perniagaan mail order. Apa yang diterangkan di sini adalah sesuatu yang unik dan tidak ketinggalan zaman.

Sekarang anda sudah mengetahui...bagaimana untuk menggunakan idea dan teknik secara betul, anda cubalah. Lakukannya berkali-kali sehingga anda merasa WOW!!!, mereka dengan tidak ragu-ragu akan membeli program yang telah digambarkan itu.

Selepas anda membuat iklan satu atau dua kali, eloklah anda melihat beberapa iklan yang muncul atau dipaparkan di dalam majalah atau akhbar tempatan. Contohnya di dalam penerbitan berbentuk keusahawanan dan peluang menambah pendapatan. Mata anda tentu akan terbuka luas - tidak diragui lagi!. Dan anda boleh membuat penyelarasan dengan lebih baik lagi tanpa perlu merasa keliru. Sekarang anda bolehlah mula mengira pendapatan anda yang baru, kerana semua yang telah diberitahukan kepada anda di dalam buku panduan ini, telah membantu meningkat atau menyelak TABIR RAHSIA yang mampu memberi kegembiraan, kekayaan kepada anda seumur hidup!.

PENTING!. Renungkan penampilan iklan seperti itu dan juga iklan untuk buku panduan ini, yang mana telah menyebabkan anda memberi respon dan membelinya. Cubalah membuat sedikit ulasan dan jika perlu buat pindaan serta tampilkan sesuatu imej yang lebih baik untuk menambahkan daya tarikan iklan anda. Tetapi anda tak perlulah memasukkan gambar anda. Tumpuan hendaklah diberikan lebih bagi tujuan perniagaan dan ini bermakna tiada had atau sempadan untuk membuat "artwork" atau pengubahsuaian di dalam sebarang bentuk.

Yang penting sekali, titik beratkan kepada TAJUK yang boleh membuka mata dan menarik perhatian, cara pujukan yang kuat dan halus, persembahan yang menarik, gabungkannya dengan kaedah "menyelesaikan masaalah kewangan" yang mengkagumkan, diikuti dengan harga yang munasabah dan mampu dibayar dan jaminan wang dikembalikan dengan cara yang lebih menarik, di mana pembeli akan berasa lebih selamat. Dengan semua teknik dan perkara yang disebutkan ini, siapakah yang akan memberitahu anda yang iklan anda tidak sempurna dan bukan satu kaedah yang baik?

Apabila anda sudah siap menulis iklan, hantarkan kepada typesetter untuk dibuat atur huruf ataupun "typesetting" supaya ia kelihatan lebih kemas dan profesional. Perkhidmatan typeset boleh didapati di kedai cetak atau individu yang menjalankan perniagaan khas typesetting. Jika anda mempunyai komputer sendiri anda boleh membuat typeset sendiri dengan menggunakan perisian "page maker", microsoft publisher, Claris Works, Quarkpress dan lain-lain.

Baca Berulang Kali

Baca semula iklan anda berulangkali atau sekurang-kurangnya dua kali bagi mengesan kesilapan. Anda mesti membuat salinan yang baik dan ibaratkan suatu benda yang boleh mengeluarkan CAHAYA apabila anda melihatnya setiap kali iklan anda itu disiarkan di dalam akhbar. Orang lain akan melihatnya sebagai sesuatu yang boleh memberikan harapan, kebahagiaan dan akan cuba membelinya daripada anda. Pastikan juga anda telah menyemak ejaannya dan ayatnya untuk mempastikan ianya betul. Jika anda masih ragu-ragu, mintalah pencetak anda menyemaknya. Kebanyakan daripada mereka suka melakukannya untuk anda sebelum mencetaknya.

Huruf jenis Helvetica dengan saiz "8 point" akan membolehkan anda menulis hampir 1500 perkataan di atas satu muka surat. Saiz "20 point" bold pula untuk digunakan menulis tajuk, saiz "14 point" untuk digunakan di bawah tajuk atau sebagai kata penangkap. Simpan salinan asal atau "master copy" dalam keadaan yang sempurna dan gunakannya untuk membuat camera ready copy. Jangan dilipat kerana anda perlu menghantarnya kepada pihak pencetak untuk diterbitkan di dalam majalah atau akhbar mereka.

Alternatif Lain

Agenda kita seterusnya ialah mengenai media. Jika anda merasa risau dan bingung mengenai bayaran yang terpaksa anda keluarkan untuk semua itu, nasihat saya ialah supaya anda bersabar dan bawa bertenang dahulu!. Ketika penerbitan besar mengenakan bayaran yang begitu tinggi untuk membuat iklan satu muka penuh (yang mana anda tak perlu terperanjat) kita akan cuba mencari alternatif lain pula.

Saya percaya anda tentu lebih tertarik untuk belajar membuat iklan dengan budget yang lebih rendah, hampir semua orang mampu membuat iklan seperti yang disebutkan dan masih boleh mendapat hasil yang menakjubkan!

 

KA LAMAN SETERUSNYA....

KLIK DI SINI