1. Ahli di bawah Kes I di atas masih boleh menggunakan simpanannya untuk skim
ini setiap tiga bulan sekali sehingga Simpanan Akaun I tersebut meninggalkan baki se kurang -kurangnya RM55,000.00. Ahli di bawah Kes 11 tidak lagi layak menggunakan simpanannya untuk skim ini.
2. Jika ada caruman baru diterima, ia akan diambil kira untuk pelaburan yang seterusnya.
3.Jika ahli tidak menggunakan sepenuhnya simpanan yang boleh dilaburkan, sebagai contoh, bagi Kes 1, amaun yang boleh ahli laburkan ialah
sebanyak RM10,000.00 dan ahli hanya menggunakan sebanyak RM5,000.00 sahaja, baki RM5,000.00 lagi akan diambil kira dalam baki simpanan Akaun I untuk pelaburan berikutnya.
Siapakah Yang Akan Menanggung Risiko Pelaburan Ini?
Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjavvab.
Bolehkah Anda Membeli Saham Terus Dari Pasaran Saham?
Tidak boleh. Semua pelaburan
hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Siapakah Yang Memilih IPD?
Anda sendiri, dengan syarat IPD berkenaan adalah IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Senarai IPD yang
diluluskan boleh didapati daripada KWSP.
Bagaimana Menyemak Amaun Simpanan Yang Boleh Dilaburkan?
Anda hendaklah pergi ke mana-mana Pejabat KWSP dengan membawa Kad Pengenalan anda untuk mendapatkan Penyata Amaun Yang
Boleh Dilaburkan. Semakan melalui telefon tidak akan dilayani. Penyata ini hanya akan diberikan kepada anda apabila anda memenuhi syarat-syarat untuk melabur iaitu:-
i) Anda mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM55,000 di dalam Akaun I
ii)Tarikh penyata diminta adalah sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh pemindahan pertama dibuat.
Berapa Kerapkah Anda Boleh Melabur?
Setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan terakhir dibuat. Dalam hal ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengemukakan permohonan seterusnya iaitu tempoh tiga bulan yang genap dan baki simpanan Akaun I yang
mencukupi (melebihi RM55,000.00).
Bagaimana Memohon?
Anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan Penyata Amaun Yang Boleh Dilaburkan serta Borang KWSP 9F (AHL). Berikutnya, anda hendaklah membuka akaun pelaburan dengan
IPD yang dipilih dengan mengemukakan Penyata Amaun Yang Boleh Dilaburkan serta Kad Pengenalan anda. Anda juga hendaklah menyerahkan Borang KWSP 9F (AHL) yang telah diisi dengan lengkap kepada IPD.
Bagi ruangan amaun yang dipohon,
anda hendaklah mengisinya setelah anda berbincang dengan IPD mengenai amaun yang ingin anda laburkan, dengan syarat amaun ini tidak melebihi jumlah maksimum yang ditentukan.
Pihak IPD akan mengemukakan Borang KWSP 9F (AHL) yang
telah dilengkapkan kepada KWSP untuk diproses.
Bagaimana dan Bila Simpanan Anda Akan Dipindahkan Ke Akaun Pelaburan Anda Dengan IPD?
Setelah permohonan anda diproses, KWSP akan memindahkan simpanan anda yang boleh
dilaburkan terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Adakah Anda Akan Dikenakan Sebarang Bayaran Perkhidmatan Oleh KWSP?
Tiada sebarang bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Bolehkah Anda Menambah Jumlah Simpanan Untuk Dilaburkan Dengan Wang Anda Sendiri?
Tidak boleh.
Bolehkah Pelaburan Dijual dan Dikeluarkan?
Simpanan ini masih merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP anda dan
ia hanya boleh dikeluarkan di bawah skim-skim pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP
Bolehkah Keuntungan Daripada Pelaburan Ini Anda Keluarkan?
Keuntungan pelaburan juga adalah dianggap sebagai simpanan KWSP anda. Oleh
itu, ia juga hanya boleh dikeluarkan di bawah skim-skim pengeluaran yang dibenarkan.
Bolehkah Anda Berhenti Melabur Dengan IPD Tertentu?
Boleh. Anda hendaklah mengisi Borang KWSP 9F (iii) AHL yang memberi notis kepada
IPD untuk mengembalikan pelaburan anda kepada KWSP.
Bolehkah Anda memindahkan Pelaburan Daripada Satu IPD Kepada IPD Yang Lain?
Tidak boleh. Apa yang anda perlu buat ialah menjual pelaburan dengan IPD pertama dan
mengembalikan semula pelaburan tersebut kepada KWSP
Berikutnya dalam tempoh yang dibenarkan anda boleh memindahkan simpanan anda yang telah dikembalikan semula (tertakluk kepada pengiraan amaun baru) dan anda perlu memohon semula
untuk melabur dengan IPD lain.
Adakah Simpanan Anda Yang Dilaburkan Memperolehi Dividen Tahunan KWSP?
Tidak, kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.
Adakah Simpanan Ini Diambil Kira Bagi Pengiraan Bantuan
Kematian dan Bantuan Hilang Keupayaan?
Tidak, kerana simpanan ini tidak berada dengan KWSP.
Bilakah KWSP Akan Melepaskan Kawalan Ke Atas Pelaburan Anda Dengan IPD?
Apabila:
a) Anda telah mengeluarkan kesemua
simpanan anda di KWSP di bawah Skim Pengeluaran Cukup Umur 55 Tahun, (Skim Pengeluaran Bayaran Sekaligus, Skim Pengeluaran Berkala dan Skim Pengeluaran Sebahagian Secara Sekaligus dan Bakinya Secara Berkala), Meninggalkan Negara
dan Hilang Keupayaan. Anda berhak mentadbir akaun anda sendiri selepas pelepasan ini.
b) Ahli meninggal dunia. Pelaburan ini akan dianggap sebagai pesaka si mati dan akan diagihkan kepada yang berhak mengikut undang-undang yang
berkenaan.
Apakah Yang Anda / Waris Ahli Perlu Lakukan Untuk Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan Di IPD?
Anda/waris ahli perlu mengisi borang 9F (V) AHL bagi memberi notis kepada KWSP untuk melepaskan kawalan ke atas
pelaburan anda/ahli yang ada di IPD.
Apa Terjadi Jika IPD Yang Dipilih Terkeluar Daripada Senarai IPD Yang Diluluskan?
Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.
Bila dan Bagaimana Wang Yang Dilaburkan Dengan IPD Boleh Dikembalikan Ke KWSP?
Pada bila-bila masa. Bagaimanapun anda hendaklah berbincang dengan IPD tersebut sama ada anda ingin mengembalikan sepenuhuya pelaburan anda itu
atau sebahagiannya sahaja kepada KWSP
Adakah Amaun Yang Dipindahkan Untuk Pelaburan Dengan IPD Masih Tertakluk Kepada Penamaan Yang Dibuat Oleh Ahli Dengan KWSP?
Tidak. Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk
kepada penamaan yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.
Pertanyaan
Jika anda mempunyai pertanyaan atau kesulitan semasa memohon skim ini, sila hubungi kami di Amanah@Ahmadsmail.com