Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
JENIS - JENIS PERKHIDMATAN RAWATAN
 

Bayaran Pendaftaran
Kali Pertama
RM 2.00
Kali Kedua
Dan Seterusnya
RM 1.00
 



Kemudahan dan Kelengkapan
 
 Bilik Bersalin 
 Dewan Bedah 
 Rawatan khas bayi 
 Makmal diagnostik 
Tabung darah 
 Perkhidmatan ambulan 24 jam 
 X-Ray 
 Elektrokardiogram (ECG) 
 Ultrasound 
 Cardio Toco Graph (C.T.G) 
 Fisioterapi 
 Hemodialisis 
 Mammografi 
 Elektroencephalogram (E.E.G) 
 Audiogram 
 Stress Test 
 CT Scan 
 
PERHUBUNGAN DENGAN PUSAT RAWATAN ISLAM

 Nombor telefon dan nombor faksimili PUSRAWI
Tempat
Telefon
Faksimili
Wisma Baitulmal Kuala Lumpur 03 - 441 4922 (10 talian) 03-441 4884
Pengurus Besar 03 - 441 4935
Klinik Pakar Dan C.T. Scan 03 - 442 1007
Pengetua Kolej Kejururawatan 03 - 445 3877 
Kolej Kejururawatan 
Perkhidmatan Fisioterapi 
Perkhidmatan Hemodialisis
03 - 445 3876 atau 
03 - 445 6539 atau 
03 - 445 6540 / 41
Perkhidmatan Komputer 03 - 442 8801
Perkhidmatan Makmal Diagnostik 03 - 442 9915
Bahagian Pendaftaran Dan Rekod 03 - 441 4922 samb. 240 / 277 03 - 444 6775
 
 
 PESAKIT LUAR
 PESAKIT DALAM  
 RAWATAN PESAKIT LUAR
RAWATAN PESAKIT DALAM 
 
 PROSEDUR KEMASUKAN KE WAD 
RAWATAN PAKAR 
 JENIS-JENIS RAWATAN PESAKIT DALAM 
TEMPAT DAN WAKTU RAWATAN PESAKIT LUAR 
  PROSEDUR KEMASUKAN KE WAD RAWATAN BERSALIN 
 PANEL PERUBATAN
 PILIHAN KATIL 
SURAT JAMINAN
 CAGARAN 
Kadar-kadar Cagaran 
 
 
 
 RAWATAN PESAKIT LUAR

Rawatan Am - Dikendalikan oleh Pegawai Perubatan untuk rawatan am yang tidak memerlukan rawatan kepakaran.
Klinik Rawatan Am dibuka setiap hari di Klinik Jalan Ipoh dan  cawangan - cawangan berikut :
 

  Halaman Pertama



TEMPAT & WAKTU RAWATAN
 
KLINIK CAWANGAN
ALAMAT
WAKTU
KLINIK INDUK DAN
KEMALANGAN & KECEMASAN
132-138, Wisma Baitulmal,
Jalan Ipoh, 51200 
Kuala Lumpur.
Tel : 4414922
24 JAM
KLINIK TAMAN.PERMATA
Lot 2763, Jln.Changkat Permata, Tmn.Permata 53300 
Kuala Lumpur.
Tel : 4086021
ISNIN-AHAD & CUTI AM
8 pagi - 10 malam
KLINIK AMPANG INDAH
No.3, Jln.Indah, Tmn.Ampang Indah, Ampang 68000 
Selangor Darul Ehsan .
Tel : 49354018
ISNIN-SABTU 8 pagi - 9 malam
AHAD & CUTI AM
8.30 pagi - 12.30 tengahari
5 petang - 9 malam
KLINIK TAMAN. ANGKASA
No.16-0-1, Jln 15/112A, Tmn. Seri Angkasa 59100 
Kuala Lumpur.
Tel : 2820199
ISNIN-SABTU 8 pagi - 9 malam
AHAD & CUTI AM
8.30 pagi - 12.30 tengahari
5 petang - 9 malam
 
KLINIK FELDA
 (Kakitangan FELDA sahaja)
 
Blok G, Tingkat 1,
Anjung Felda, Jalan Maktab,
50400 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2917406
ISNIN-SABTU 8 pagi - 6 Petang
REHAT 1.00 tengahari - 2 Petang
AHAD 9 Pagi - 1.00 tengahari
 
 
KLINIK TV3
  (Kakitangan TV3 sahaja)
 
Sri Pentas, 
No 3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7166333 Fax : 03-7161333
ISNIN-KHAMIS 8.30 pagi - 6 Petang
JUMAAT 8.30 pagi - 12.30 tengahari
                 3.00 Petang - 6.00 Petang
SABTU     8.30 Pagi - 6.00 Petang
* Semua klinik cawangan adalah dikendalikan oleh Pegawai Perubatan.
Hospital induk di Jalan Ipoh merupakan Pusat Rujukan bagi klinik-klinik cawangan Pusrawi.
 
 
Halaman Pertama


RAWATAN PAKAR

Dikendalikan oleh Pakar Perubatan dan Pakar Pembedahan bidang rawatan seperti berikut :
 

NAMA KLINIK PAKAR
DOKTOR DAN BIDANG KEPAKARAN
Pakar Perubatan dan Jantung
 
 Pakar Kanak-kanak
Dr.Hj Kamaruddin Ahmad
MBBS(Mal) MRCP (U.K)
Consultant Paediatrian & Paediatric Cardiologist
Dr.Dr.Ruzini Ab. Ghani
M.D(Mal) M.Med Paed (Mal)
 
 Pakar Bedah Orthopedik
 
Dr. M.Ismail Maulut
MD,MS(Orth) UKM, AM
Dr.Didi Indra
B(Med) Sc MD (UKM) 
Pakar Bedah Kanak-kanak
Dr.Ahmad Zulkiflee Hj. Laidin
MBBS, FRCS(E), AM 
Pakar Perunding Bedah Am dan Vaskular
Dr.Zain Al Rashid Mohd Nor
MBChB Hons.(Cairo) FRCS (Glasgow) 
Pakar Perunding Penyakit Kulit & Perubatan Genitourinari
Dr.Mohd Noh Idris
MB,BS (Mal) MRCP(U.K) FRCPI
Dip Derm (Lond),Dip VEN (Lond) 
Pakar Endokrinologi
Dr.Mazidah Mohd Zin
Consultant Physician
MBBS (Melbourne) MRCP(U.K) 
Pakar Neorologi
Dr.Rahimah S.Shah
MBBS (Mal) MRCP(U.K)
Consultant Neurologist & Physician 
Pakar Jantung
Dr.A Shatar Mohd Dahan
MBBS (Mal) MRCP (U.K)
Dip. Cardiology (U.K)
Pakar Perunding dan Bedah Telinga, 
Hidung & Tekak
Dr.Hj Abdul Hakim Jaafar
MBBCh. (Cairo) MS (ORL) UKM
Dr.M Hafiz Ali
MB BCh. FRCS (Edinburgh)
Pakar Bedah Mata
Dr. Salmahanim Abu Hassan
MBBS (Mal) DO(Ire) FRCS (Ed)
Pakar Haemotologi
Dr. Khalid Hassan 
MRCP(UK) FRCP(Lond.) FRCPATH
Pakar Radiologi
Dato' Dr. Ismail Saad
MBBS (S'pore) DMRM(Lond) FRCK(UK)
Dr. Azizan bt. Dato' Zainal Abidin
MD(UKM) DMRD(Lond)
Pakar Anesthesiologi
Dr. Ainy Md. Aris
MD(Mal) M.MED(Anaes)
Dr. Muhmad Foudzi Ahmad
MBBS(Mal) M.MED(Anaes)
 * Hubungi No Tel : 03-4421007 untuk urusan temujanji.

 Klinik Pakar Perbidanan & Sakit Puan
 
DOKTOR DAN BIDANG KEPAKARAN
WAKTU
Dr. Hj Salleh B. Mohd Yatim 
MBBS (Mal) MRCOG (UK) 
Consultant Obstetrician & Gynasecologist
 ISNIN, SELASA, KHAMIS, JUMAAT 
9 Pagi - 5 Petang 
 
RABU & SABTU
9 Pagi - 1 Petang
 
Dr.Marlik B. Abu 
MBBS (Australia) MRCOG (UK) 
Consultant Obstetrician & Gynasecologist
-- Sama seperti di atas -- 
Dr. Habibah Bt. Abd Ghani 
M.D (UKM) MOG (UKM) 
Consultant Obstetrician & Gynasecologist
-- Sama seperti di atas --
Dr.Mohd Daud B. Yahya 
M.D (UKM) 
Registrar Obstetric & Gynasecology
-- Sama seperti di atas --
Dr.Norkedah Bt.Rahani 
M.D(UKM) 
Registrar Obstetric & Gynasecology
 -- Sama seperti di atas --
 

Halaman Pertama


RAWATAN PESAKIT DALAM (WAD)
 

Pusat Rawatan Islam mempunyai kemudahan untuk rawatan pesakit dalam dikendalikan oleh pakar-pakar perubatan. Kemudahan wad terletak di Wisma Baitulmal, Jalan Ipoh , Kuala Lumpur.

 
 
Halaman Pertama


PROSEDUR KEMASUKAN WAD

Bagaimana anda boleh mendapat rawatan wad ?

 Pesakit boleh diterima untuk rawatan wad apabila dirujuk oleh pegawai perubatan atau dimasukkan atas arahan pakar-pakar perubatan. Semasa waktu pejabat, Kerani Pendaftaran kemasukan wad akan menguruskan dokumentasi penting serta mengiringi pesakit ke wad.
Perkara-perkara utama termasuklah:-

  1. Kad temujanji
  2. Resit Cagaran bagi pesakit yang membayar tunai
  3. Surat jaminan daripada majikan yang melantik PUSRAWI sebagai panel perubatan.         Untuk kemudahan mengeluarkan surat jaminan boleh gunakan fax nombor 03-4446775
Kerani Pendaftaran Kemasukan Wad akan menjelaskan kepada anda apa-apa
kemusykilan mengenai tatacara memasuki wad .
Halaman Pertama


JENIS-JENIS RAWATAN PESAKIT DALAM
 
RAWATAN KANAK-KANAK 
Rawatan wad untuk bayi dan kanak-kanak boleh ditemani oleh ibu jika diperlukan. Bapa kanak-kanak bolehlah melawat sebelah pagi semasa Pakar kanak-kanak membuat pemeriksaan pesakit bagi mendapatkan perundingan dengan Pakar berkenaan mengenai 
pengurusan rawatan kanak-kanak tersebut. 

Kanak-kanak yang dimasukkan ke Wad kanak-kanak boleh menggunakan pakaian sendiri, keperluan mandian sendiri dan botol susu sendiri malah termasuk barang-barang mainan kegemaran kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, ibu kanak-kanak boleh mendapatkan kerjasama kakitangan Wad untuk menyediakan makanan dan minuman kanak-kanak. 

RAWATAN SAKIT BIASA 
Kemasukan ke Wad PUSRAWI hendaklah melalui Pakar Perubatan Am. Pakar yang berkenaan perlu mempastikan anda ada katil yang sesuai di mana anda boleh ditemani dan dibantu oleh waris anda yang terdekat.Pada kebiasaannya sakit-sakit biasa ini adalah daripada jenis penyakit jantung, penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit gastrik, penyakit endokrinalogi dan lain-lain. PUSRAWI menyediakan pakar yang berpengalaman dalam bidang rawatan berkenaan. 
RAWATAN PEMBEDAHAN 
Apabila rawatan anda memerlukan pembedahan, Doktor akan mengaturkan tarikh dan masa untuk anda dimasukkan ke Wad. Sesetengah pesakit perlu menjalani pembedahan dalam keadaan kecemasan demi menyelamatkan jiwa pesakit atau anak dalam kandungan. 

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu anda perlu mematuhi arahan seperti berikut :- 

  1. Waris perlu mengisi borang memberi keizinan untuk pembedahan, setelah mendapat keterangan daripada doktor Pakar Pembedahan.
  2. Dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya ENAM JAM (6) sebelum pembedahan.
  3. Sebelum atau sesudah dilakukan pembedahan, pesakit mestilah mematuhi arahan daripada Doktor Pakar dan Jururawat yang bertugas.
* Bayaran pembedahan adalah :- 
  • Perundingan Pakar
  • Pembedahan
  • Bius
  • Bayaran Bilik Bedah
  • Bayaran persewaan alat-alat bilik bedah.
 
Halaman Pertama


PROSEDUR MASUK WAD RAWATAN BERSALIN
 

Pesakit boleh diterima untuk rawatan bersalin adalah seperti berikut :-

  1. Dirujuk oleh Pegawai Perubatan PUSRAWI.
  2. Arahan daripada Doktor Pakar PUSRAWI
  3. Sekurang-kurangnya mendapat 2 atau 3 kali pemeriksaan mengandung di PUSRAWI termasuk pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali oleh  Doktor Pakar Perbidanan PUSRAWI
Halaman Pertama


 KEPERLUAN YANG HARUS DIBAWA UNTUK MEMASUKI  WAD BERSALIN
 
Penting juga diingatkan bahawa apabila masuk wad anda hendaklah memastikan tidak memakai barang- barang kemas atau membawa wang tunai yang berlebihan. 
PUSRAWI tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barang- barang yang berkenaan. 
 
OLEH IBU
Kad Pengenalan,Kad Klinik, Ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, sikat, bedak, selipar, baju, seluar, tuala wanita dan tuala mandi.
OLEH BAPA 
 Surat Rujukan, Jika ada, Surat jaminan daripada majikan, insuran atau wang cagaran yang cukup. 
UNTUK BAYI
Sepasang Pakaian, lampin, diapers, sarung kaki dan tangan untuk keluar wad. 
 
Halaman Pertama

SELEPAS BERSALIN

Anda akan berihat sekurang-kurangnya 24 jam yang pertama di wad sebelum dilepaskan
untuk pulang. Anda akan diberikan waktu untuk menyusukan bayi anda. Sementara itu
bayi akan diletak dibawah jagaan kakitangan nurseri. Pada masa yang sama bayi anda
akan diberikan suntikan imunisasi BCG. Jika anda dikurniakan bayi lelaki anda boleh memohon
untuk dikhatankan melalui kaedah "plastibell" yang dikendalikan oleh Pakar Bedah. Jururawat Terlatih di wad anda boleh memberikan maklumat lanjut mengenainya.
 

Halaman Pertama


 MENDAFTAR KELAHIRAN BAYI

Semasa dirawat di wad, anda akan diberikan borang Pemaklum Kelahiran dari Jabatan
Pendaftaran Negara untuk dilengkapkan. Suami anda boleh mengemukakan borang ini kepada
Kerani Pendaftaran Kelahiran di Bahagian Pentabiran Tingkat 2.
Pendaftaran Surat beranak dibuka sepanjang waktu pejabat termasuk makan tengahari.
Suami anda dikehendaki membawa kad pengenalan atau salinan fotostat kedua suami
isteri dan sijil nikah yang asal semasa mendaftar.

Halaman Pertama


PILIHAN KATIL
 
JENIS KATIL
KEMUDAHAN
HARGA (RM)/HARI
DELUXE
HAWA DINGIN, BILIK MANDI, PETI SEJUK, TV,SET SOFA
TELEFON
200.00 
1 KATIL
HAWA DINGIN, BILIK MANDI, TELEFON, TV 
130.00 
2 KATIL
HAWA DINGIN,BILIK MANDI, TV 
85.00 
3 KATIL
HAWA DINGIN, BILIK MANDI, TV 
75.00 
4/5 KATIL
HAWA DINGIN, BILIK MANDI, TV 
50.00 
 
 
*** Semua wad dilengkapi dengan sistem komunikasi untuk menghubungi jururawat serta disalurkan siaran melalui Sistem Pengumuman Am.
 
Halaman Pertama


CAGARAN

Beberapa pesanan bagi pesakit yang membayar tunai
 

  1. Pastikan cagaran dibayar sebelum kemasukan ke wad.
  2. Sekiranya cagaran tidak dibayar dalam masa 24 jam, pesakit akan diberi surat peringatan.
Andainya cagaran yang telah dibayar melebihi jumlah kos rawatan, PUSRAWI akan
mengembalikan bayaran tersebut semasa anda keluar wad.

*** PENTING ***

  1. Pastikan anda  mendapat maklumat daripada Doktor Pakar yang memasukkan anda ke wad, mengenai anggaran kasar perbelanjaan rawatan wad keseluruhan yang akan dikenakan, serta berapa lama jangkaan masa yang terlibat. Ini penting kerana anda atau pihak waris anda akan diminta untuk menambah jumlah cagaran dari semasa ke semasa.
  2. Rundingan dengan pihak Pakar juga penting untuk mengelakkan sebarang salah faham mengenai caj rawatan yang akhirnya dikenakan.
Halaman Pertama


KADAR-KADAR CAGARAN
 
 
JENIS BILIK       | <-------------------    B E R S A L  I  N   ------------------> |       MEDIKAL
 
BIASA (RM)
FORCEP/VACUUM
KEMBAR (RM)
PEMBEDAHAN (RM)
 (RM)
DELUXE
2000.00
2000.00
3000.00
2000.00
1 KATIL
1500.00
1500.00
2500.00
1500.00
2 KATIL
1500.00
1500.00
2000.00
1500.00
3 KATIL
1000.00
1000.00
2000.00
1000.00
4/5 KATIL
1000.00
1000.00
2000.00
1000.00
 
Kadar cagaran untuk pembedahan bergantung kepada kos yang akan ditentukan oleh Doktor Bedah.

*** PENTING ***

  1. Jumlah bil akan bertambah sekiranya pesakit lama di dalam wad dan juga kepada jenis rawatan.
  2. Senarai di atas adalah sebagai bayaran asas sahaja.
  3. Bayaran cagaran mesti dijelaskan sebelum kemasukan ke wad.
Sekiranya ingin maklumat yang jelas sila hubungi Penyelia Pendaftaran. (Sambungan 240/277)
 
 Halaman Pertama 
PERKHIDMATAN AMBULAN (24 JAM)
 
 
 
Halaman Pertama


PELAWAT

Waktu lawatan dihadkan kepada pukul 10 malam sahaja. Jangan bawa kanak-kanak di bawah umur 5 tahun kerana risiko jangkitan.
 
 

Halaman Pertama


PANEL PERUBATAN

Sekiranya organisasi atau syarikat anda berminat untuk melantik PUSRAWI sebagai panel perubatan, anda bolehlah menghubungi Penyelia Kewangan ( Sambungan 263 ) untuk mendapatkan risalah serta maklumat lanjut mengenai syarat-syarat pendaftaran atau menulis surat kepada :-

Pengurus Besar,
Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd,
132-138 Wisma Baitulmal,
Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.
 
Halaman Pertama


SURAT JAMINAN

Jika organisasi atau syarikat tuan perlu mengemukakan SURAT JAMINAN segera bagi menanggung rawatan kakitangan tuan, sila faxkan surat jaminan itu kepada no. berikut :-

Fax : 03-4446775
 
Halaman Pertama

PERKHIDMATAN FISIOTERAPI PUSRAWI

Perkhidmatan Fisioterapi dikendalikan di Tingkat 2 Bangunan Tabung Haji Wilayah Persekutuan, 148 Jalan Ipoh. Pesakit perlu mendapatkan rawatan dan nasihat Pakar Otopedik PUSRAWI untuk menjalani perawatan fisioterapi. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ahli Fisioterapi  :- Tel : 03-4456539 atau 03-4456540
 

Halaman Pertama