Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PUSAT RAWATAN ISLAM SDN. BHD.
  
Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) adalah sebuah hospital persendirian yang ditubuhkan pada 10hb Jan 1984 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 
PUSRAWI merupakan Pusat Perubatan untuk berbagai jenis rawatan merangkumi rawatan pesakit luar (outpatient) dan rawatan pesakit dalam (inpatient) termasuk rawatan bersalin. 
 
 
   Tuan Sheikh Mahmod Ali
PENGURUS BESAR
  

Kandungan Utama

 
PUSAT RAWATAN ISLAM SDN BHD
132-138,WISMA BAITULMAL
JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
TEL: 03-4414922
FAX: 03-4414884
Halaman ini di cipta oleh  Anuar Mohamad - Pengurus EDP - 11/07/1997
Anda Adalah Pengunjung Yang Ke 
Email: anuarm@pc.jaring.my



SEJARAH RINGKAS PUSRAWI
Pusat Rawatan Islam ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat pada 10 Januari 1984
dengan modal dibenarkan sebanyak RM2.5 juta dan modal berbayar sebanyak
RM200,000. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pertama yang menaja syarikat ini
adalah seperti berikut:-
Pengerusi
Tuan Hj. Hussein bin Mohd. Rejab
 
Ahli
Dr. Kamaruddin bin Ahmad
Dr. Suhaimi bin Hj. Abd. Halim
Tuan Hj. Fahro Rozi bin Mohdi
Pusat Rawatan Islam telah memulakan perkhidmatan klinik luar dengan membuka
klinik induk di Wisma Baitulmal pada bulan jun 1984. Perkhidmatan wad dibuka
sebulan kemudian dengan 14 katil. Sambutan yang hangat terhadap perkhidmatan
PUSRAWI membuktikan keyakinan umat Islam yang tinggi terhadap projek ini.
Dalam tempoh kurang daripada setahun, 27 katil lagi dibuka pada awal tahun
1985 menjadikan jumlah katil kepada 41 unit.
Pada 25 Januari 1985, Pusat Rawatan Islam telah dibuka dengan rasminya oleh
Y.B. Datuk Sharir bin Abdul Samad, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan
yang juga merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Tahun 1989 merupakan satu peningkatan baru apabila PUSRAWI telah
mentandatangani perjanjian usaha-sama dengan Majlis Agama Islam Negeri
Selangor bagi menubuhkan rangkaian Klinik-klinik Perubatan
Rawatan Islam (MAIS) Sdn. Bhd. Kini klinik dalam rangkaian Pusat Rawatan
Islam (MAIS) berkembang luas dikendalikan berasingan sebagai anak syarikat
Majlis Agama Islam Negeri Selangor.
Dalam tahun 1992, PUSRAWI telah mengambil alih keseluruhan bangunan Wisma
Baitulmal untuk memperluaskan perkhidmatan Wad. Mulai Januari 1997, PUSRAWI
menambah lagi 18 katil di tingkat 3 Bangunan Bank Rakyat Jalan Ipoh.
Dengan pertambahan terbaru ini menjadikan bilangan katil wad PUSRAWI
111 buah.
HALAMAN PERTAMA


OBJEKTIF PUSRAWI
 
  1. Penerapan dakwah dan nilai Islam melalui perkhidmatan perubatan.
  2. Memenuhi kehendak fardhu kifayah
  3. Menggabungkan tenaga doktor Islam di bawah satu bumbung.
  4. Memenuhi matlamat Dasar Ekonomi Baru.
  5. Pembinaan generasi umat Islam yang sempurna rohani dan jasmani.
  6. Merialisasikan penubuhan Hospital Islam.
Objektif-objektif di atas terkandung dalam dasar penubuhan yang dikemukakan kepada Majlis Agama Islam dalam tahun 1983.
 
HALAMAN PERTAMA


MATLAMAT PUSRAWI
 
Keseluruhan konsep pelaksanaan objektif-objektif PUSRAWI sedang menjurus
kepada menjadikan hospital ini sebagai Hospital Umat Islam yang menyediakan
semua jenis perubatan serba lengkap dengan peralatan moden dan canggih yang
dikendalikan oleh barisan pekerja yang mahir dalam bidang kepakaran
masing-masing.
Hospital ini juga akan merealisasikan penubuhan Kolej Kejururawatan Islam
yang ulung di negara ini mengeluarkan kader-kader Jururawat Terlatih.
HALAMAN PERTAMA