Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang!

Makan angin atau bercuti di mana mana pun boleh. Tetapi ada keistimewaan di Langkawi yang tidak terdapat di tempat lain. Kalau nak cerita di dalam laman web, macam macam boleh digembar gemburkan. Yang lebih meyakinkan ialah datang sendiri dan alamilah keistimewaannya.

Cuma selalunya yang datang ke Pulau ini seringkali tertipu atau menjadi bingung kerana tidak mengenali suasana dan cara cara orang berniaga. Ada kalanya bilik atau chalet yang murah boleh didapati tetapi oleh kerana ramai yang suka mencari kesempatan , anda mungkin dibawa ketempat yang terlalu mahal atau pun jika anda berkemampuan, tempat yang di syorkan kepada anda itu tidak selesa.

Tujuan laman web ini hanya ingin memberi panduan dan cadangan, mengikut objektif asal anda bercuti. Adakalanya apa yang anda inginkan tidak ada di Pulau ini, jadi kami syorkan anda tidak datang, mungkin ada tempat lain yang lebih sesuai. Bukan senang nak melayan pelancong tempatan kerana banyak benda yang terdapat di negara ini yang menyerupai tempat sendiri. oleh itu kita boleh cadangkan tempat yang sesuai.

Lain lain keistimewaan ada, anda cuma layangkan email kepada kami

home