Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

Ciri-ciri Muka - Pipi

 

Tulang pipi tinggi 

   

Tulang pipi yang berbentuk agak bulat seperti pelindung kepada muka dan hidung. Ianya melambangkan keberanian, kekuatan dan kuasa politik. Manusia yang memiliki tulang pipi seperti ini biasanya terkenal sebagai seorang yang memiliki semangat berperang, aggresif dan suka akyiviti yang lasak. Contohnya Julius Ceasar, Den Xiaoping dan Genghis Khan. Walaupun begitu, manusia yang memiliki tulang pipi seperti ini kadang-kadang terlalu mementingkan kuasa,terlalu aggresif dan pemarah. Ini akan merosakkan imej dan populariti mereka.manusia yang memiliki sifat sebegini biasanya akan lebih ditakuti berbanding disayangi. Pada kebiasaanya sukar berunding dengan orang memiliki tulang pipi seperti ini.Ini menyebabkan ramai lelaki di China lebih suka untuk memilih wanita yang memiliki tulang pipi yang rendah untuk berkahwin. Wanita yang memiliki tulang pipi yang tinggi dikatakan seorang yang suka menyibuk tentang hal orang lain disamping memiliki sifat suka mengawal dan panas baran. Dari perspektif tradisional orang Cina pula, orang seperti ini hanya akan mendatangkan masaalah kepada keluarga. Wanita yang memiliki tulang pipi seperti ini dikatakan tidak akan memiliki keluarga yang bahagia dan akan berkahwin lebih daripada sekali disebabkan penceraian atau kematian suami.

 

 

Tulang pipi bercantum dengan telinga 

       

Tulang pipi seperti ini akan membawa maksud seorang pemimpin yang rakus dan ditakuti. Ini kerana orang yang memiliki tulang pipi seperti ini suka membunuh dan membalas dendam. Apabila kehilangan kuasa atau pengaruh, orang seperti ini akan lebih suka melakukan kemusnahan fizikal

 

 

 

 

 Tulang pipi rendah, melandai

         

Tuan pipi seperti ini melambangkan sifat yang berlawanan daripada sifat orang yang mmemiliki tulang hidung yang tinggi. Orang yang memilki tulang pipi seperti ini lebih suka untuk tidak bersaing kerana mereka mudah berpuas hati dengan status mereka. Mereka juga lebih suka menyelesaikan masaalah dengan cara yang aman. Mereka lebih suka mengikut tetapi kadangkala mampu menewaskan musuh yang lebih kuat kerana mereka lebih konsisten. Ianya akan menjadi kesalahan yang besar jika merendahkan keupayaan mereka untuk jangka masa panjang.

 

 

 

Top Ciri-ciri Muka


   
 

  Free web templates by MyFreeTemplates.com