Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

Apa itu Mian Xiang?

Mian Xiang ialah suatu kemahiran yang membaca nasib dan sikap seseorang melalui fizikal yang wujud. Dalam Mian Xiang, setiap raut wajah akan dibaca dengan teliti lalu membuat satu kesimpulan dalam bahasa yang tentang nasib tuan punya muka tersebut.

Dalam Mian Xiang, raut wajah seseorang boleh bertukar mengikut permikiran dan hatinya. Wajah kita akan berubah mengikut peningkatan umur kita dan inilah keadaan yang normal. Wajah kita mencerminkan harapan depan kita dalam cara yang berbeza iaitu perbuatan yang baik dan niat yang mulia akan membawa perubahan positif kepada takdir yang dicerminkan oleh wajah kita manakala perbuatan yang jahat dan niat jahat akan menyebabkan perubahan negatif kepada takdir kita.

Mian Xiang biasanya digalakkan bagi dikenalkan kepada sesiapa yang dilindungi oleh nasib yang baik atau tidak mempunyai raut wajah yang baik, mereka akan dinasihatkan bertukarkan kelihatan mereka dengan membuat perbuatan baik yang banyak. Sekiranya kamu yang dilahirkan dengan raut wajah yang baik dan mempunyai nasib yang baik juga dinasihatkan untuk menyimpankan principle tersebut dalam permikiran kamu iaitu nasib baik yang paling sedikit pun tidak akan kekal selama-lamanya.

Oleh sebab wajah kita mencerminkan sikap dan perbuatan kita, jadi kemahiran Mian Xiang akan mendedahkan masa kini dan masa hadapan kita yang tersembuyi. Dengan menguasai kemahiran Mian Xiang, kita boleh membaca raut muka seseorang seperti membaca sebuah buku.

 

 

 


 

 

 

  Free web templates by MyFreeTemplates.com