Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

Ciri-ciri Muka - Hidung

BENTUK HIDUNG YANG MEMBAWA MAKNA YANG BAIK

HIDUNG NAGA

Bentuk Hidung Naga ialah mempunyai batang hidung yang panjang, tinggi dan lurus. Ia mempunyai banyak daging di hujung dan lubang hidung yang besar. Sungguhpun lubang hidung adalah agak kecil. Hidung jenis ini menunjukkan orang itu mempunyai kekuasaan yang mengagumkan, kekayaan dan dapat menarik perhatian pasangn hidup.

 

 

HIDUNG BADAK SUMBU

Bentuk Hidung Badak Sumbu ialah memanjang terus ke dahi. Batang hidung sangat tinggi, lurus dan juga mempunyai banyak daging, bulat pada hujung hidung. Orang China menganggap bentuk hidung ini membawa tuah. Orang yang mempunyai hidung jenis ini kemungkinan akan menjadi pemimpin dalam bidang politik atau angkatan tentera. Terdapat banyak contoh pemimpin askar yang terkenal mempunyai jenis hidung yang bertuah ini.

 

HIDUNG SINGA

Bentuk Hidung Singa mempunyai batang hidung yang rendah dan bertenaga. Ia mempunyai banyak daging di hujung dan luar lubang hidung. Orang yan mempunyai jenis hidung ini menunjukkan beliau mempunyai kekuatan yang luar biasa, kekayaan dan kejayaan. Tetapi, beliau mesti berusaha lebih kuat berbanding mereka yang mempunyai Hidung Naga dan Hidung Badak Sumbu untuk mencapai kejayaan yang diingini.

 

 

 

HIDUNG HARIMAU

Bentuk Hidung Harimau adalah menyerupai Hidung Badak Sumbu. Kedua-dua mempunyai batang hidung yang tinggi dan lurus hingga ke dahi. Perbezaannya ialah Hidung Harimau mempunyai batang hidung yang lebar dan kecil di luar lubang hidung.orang jenis ini memiliki intuisi, kemahiran, keberanian yang sangat kuat dan harap dapat mencapai kejayaan yang paling baik. Orang ini juga tidak akan berhenti mencabar, mereka mempunyai kemampuan untuk mengambil tindakan terhadap peperangan dan keamanan.

 

 

 

BENTUK HIDUNG YANG MEMBAWA MAKNA YANG SEDERHANA

HIDUNG BAWANG PUTIH

Bentuk Hidung Bawang Putih adalah penuh dengan daging di penghujung dan kecil dan pendek pada lubang hidung. Bentuk jenis hidung ini menyerupai tangkai bawang putih. Bentuk jenis hidung ini sama dengan Hidung Singa, tetapi Hidung Bawang Putih lebih lebar di luar lubang hidung. Hidung jenis ini mewakili kekayaan yang mesti berusaha kuat selepas pertengahan tahun. Ini menyatakan mereka akan dapat mengaut keuntungan dalam bidang perniagaan. Tetapi, dalam Mian Xiang, Hidung Singa adalah lebih baik daripada Hidung Bawang Putih.

 

 

HIDUNG LEMBU

Bentuk Hidung Lembu ialah batang hidung pendek dan bulat di hujung dengan daging yang banyakdi luar dan dalam lubang hidung. Jenis hidung ini membawa keertian kekayaan, kesenian, kerajinan dan kesedaran yang logik. Kebanyak orang jenis ini ialah mencapai kejayaan dengan usaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Kekayaan dan kejayaan mereka datang dengan perlahan-lahan.

 

 

HIDUNG BURUNG HELANG

Hidung Burung Helang mempunyai bentuk yang menyerupai paruh burung helang. Ia adalah tinggi, melengkung dan hujungnya tajam cangkuk manakala lubang hidung berhadap ke bawah. Orang begini lebih licik, pintar dan teguh hati. Mereka dapat menghadapi keadaan sosial yang rumit terutamanya dalam bidang politik dan perniagaan. Mereka tidak akan beragu-ragu terhadap keputusan yang mereka ambil. Mereka akan taat setia kepada mereka punya pasangan hidup dan kawan.

 

 

 

 

BENTUK HIDUNG YANG MEMBAWA MAKNA YANG BURUK

HIDUNG MONYET

Hidung monyet mempuyai sedikit bengkok di atad batang hidung. Mereka yang mempunyai jenis hidung ini akan menghadapi masalah kewangan dan perhubungan terutamanya pada umur 36 – 55. Selain itu, kesihatan mereka juga terjejas dan selalu berseorangan. Mereka mungkin akan bercerai, bankrap, atau menghadapi penyakit ketika pertengahan umur jika mereka tidak cermat.

 

 

 

HIDUNG ANEH

Bentuk Hidung Aneh ialah terdapat sedikit memutarbelit pada batang hidung, dan tulang rangka hidung bengkok. Orang jenis ini adalah tidak jujur dalam motif, pemikiran dan motivasi. Ia juga menunjukkan kegagalan dalam kewangan, perhubungan dan perkerjaan. Jika hujung hidung penuh dengan daging, orang itu akan ambil berat tentang segala benda kecuali wang. Ini juga menunjukkan oportunis tidak akan beragu-ragu dengan mengambil langkah untuk mencapai matlamat.

 

 

 

 

HIDUNG KAMBING

Bentuk jenis Hidung Kambing ialah terdapat daging yang berlebihan dan memisah di hujung dan bergantung pada bawah lubang hidung. Orang jenis ini adalah orang yang gasang dan mementingkan diri. Orang ini bernasib baik ketika berhadapan dengan jantina lain, tetapi tidak membawa tanda atau perhubungan yang baik di antara keluarga. Selain ini, mereka juga selalu menghadapi masalah hubungan percintaan tiga segi.

 

 

 

Top Ciri-ciri Muka

 

 


   
 

  Free web templates by MyFreeTemplates.com