G
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

Ciri-ciri Muka - Gigi

Bentuk-bentuk gigi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Ia terdiri daripada ‘Jade Teeth’, ‘Leaky Teeth’, ‘Devil’s Teeth’, ‘Outwardly Pointing Teeth’, ‘Dog Teeth’ dan ‘Broad Teeth’. Melalui bentuk-bentuk gigi ini juga kita boleh kategorikannya kepada beberapa kategori iaitu baik, sederhana dan kurang baik.

Gigi dari jenis ‘Jade Teeth’, ‘ Broad Teeth’, dan ‘Outwardly Pointing Teeth’ tergolong dalam kategori mereka yang memiliki sifat-sifat yang baik. Gigi dari jenis ‘Leaky Teeth’ tergolong dalam kategori mereka yang memiliki sifat-sifat yang sederhana. Manakala gigi dari jenis ‘Dog Teeth’ dan ‘Devil’s Teeth’ pula boleh dikategorikan dalam golongan mereka yang memiliki sifat-sifat yang kurang baik.

BENTUK GIGI YANG MAKNA BAIK

Jade Teeth

Jade Teeth’ atau gigi permata diberi jolokan kepada mereka yang memiliki gigi yang  cantik dan putih berseri. Gigi jenis ini juga dilihat sebagai gigi yang tersusun rapi dan rapat antara satu sama lain. Mereka yang memiliki gigi jenis ini dianggap sebagai seseorang yang sangat bertuah kerana mereka disimbolkan sebagai seseorang yang mudah memperolehi kejayaan, kekayaan, dan kesihatan yang baik.

 

Outwardly Pointing Teeth

‘Outwardly Pointing Teeth’ adalah gigi yang meruncing sejak lahir dan terkeluar sedikit dari letak asal pada mulut (jongang). Gigi jenis ini dilambangkan kepada mereka yang mempunyai personaliti yang baik dan mudah bergaul dengan orang ramai. Mereka ini juga dikatakan sebagai seseorang yang boleh mencapai sesuatu kejayaan walaupun berjauhan dari tanah air mereka sendiri.

Seseorang yang memiliki gigi seumpama ini kebiasaannya sangat berjaya dengan usaha mereka sendiri dan seringkali membina keluarga mereka sendiri jauh dari tempat kelahiran mereka. Jika diperhatikan, kebanyakan pelawak yang berjaya memiliki gigi jenis ini, seolah-olah mengisyaratkan bahawa pemiliknya adalah seorang yang cerdas, bijak dan kelakar serta pandai mengambil hati.

 

Broad Teeth

‘Broad Teeah’ adalah gigi yang boleh dikatakan agak lebar di bahagian hadapan gigi sebelah atas. Ia disimbolkan sebagai seorang yang jujur, memiliki tenaga dan kuasa yang agak banyak, memiliki selera yang baik dan mempunyai personaliti yang juga baik dan mudah bergaul dengan orang ramai. Seseorang yang memiliki gigi jenis ini dikatakan memiliki lebih ramai kawan dan sahabat berbanding dengan ‘Leaky Teeth’ atau ‘Devil’s Teeth’.

 

 

BENTUK GIGI YANG MAKNA SEDERHANA

Leaky Teeth

‘Leaky Teeth’ adalah gigi yang kelihatan tidak rapat atau jarang-jarang, serta mempunyai ruang di antara gigi tersebut. Ini menunjukkan kepada ketidakstabilan dalam kewangan dan perhubungan. Ruang yang terlihat juga menandakan mereka akan mempunyai masalah dalam kewangan dan kurang peka kepada maklumat serta kurang mengambil berat tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

 

 

BENTUK GIGI YANG MAKNA KURANG BAIK

Dog Teeth

Seseorang yang memiliki gigi jenis ‘Dog Teeth’ ini digolongkan kepada mereka yang memiliki sepasang gigi taring pada kedua-dua sisi giginya pada baris atas. Jenis gigi ini menandakan seseorang yang membawa kepada tuah yang kurang baik kepada pasangannya yang tersayang.

 

 

 

Devil's Teeth

‘Devil’s Teeth’ adalah gigi yang tidak tersusun dan dikatakan terlalu bersepah. Gigi seumpama ini memberi makna seseorang yang kuat cemburu dan terlalu berkira dalam melakukan sesuatu. Seseorang yang mempunyai gigi seumpama ini selalunya dikatakan mengalami kekecewaan dan kesukaran dalam kewangan serta hal-hal yang berkaitan dengan sesuatu yang romantik. Mereka juga sering mengharapkan walau sekecil pertolongan daripada rakan-rakan dan keluarga di kala mereka di dalam kesusahan.

 

 

Top Ciri-ciri Muka

 
 

  Free web templates by MyFreeTemplates.com