Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

Ciri-ciri Muka - Dahi

DAHI SEGIEMPAT SAMA

 
 

Dahi segiempat sama dan dahi luas 

Makna yang baik

-Mempunyai ketinggian intelektualan, kebolehan dan nilai kecemerlangan

-Mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan kesihatan mental yang bagus

Dahi segiempat sederhana tinggi

Makna yang baik

-Individu yang mempunyai dahi segiempat sederhana tinggi ini mempunyai data intelektual yang tinggi dan naluri praktikal yang sempurna

-Selain itu,mempunyai latar belakang yang dan pendidikan yang baik dalam posisi pengurusan.

Dahi segiempat yang tidak luas

Makna yang buruk

-Mengalami kehidupan yang malang.

Makna yang sederhana

-Mempunyai deria rasa yang baik dan perwatakan yang boleh memastikan individu tersebut mencapai pelbagai kebolehan.

 

DAHI YANG BULAT

Dahi tinggi dan bulat tanpa parut

Makna yang baik

-Amat mementingkan keamanan dan merupakan seorang yang peramah. 

Makna yang sederhana

-Datang dari golongan yang mempunyailatar belakang yang baik dan mempunyai zaman kanak-kanak yang yang menyeronokkan.

Makna yang buruk.

-Golongan ini selalunya tidak berminat untuk mencapai kemasyuran

-Mereka ini biasanya lebih berpuas hati dengan apa yang telah dimiliki.

 

Dahi yang bulat dan lebih kurang tinggi

Makna yang sederhana

-Merupakan seorang yang pemaludan mempunyai kehidupan yang sederhana serta tidak cuba berusaha untuk mengubah situasi sejak dari kecil.

-Boleh mencapai kedudukan keselamatan pada masa hadapan.

 

DAHI YANG MENIRUS

Dahi yang menirus

Makna yang sederhana

-Merupakan seorang yang sukakan cabaran.

Makna yang buruk

-Biasanya individu yang mempunyai dahi yang menirus ini merupakan seorang individu yang panas baran atau seorang yang cepat marah.

-Juga merupakan seorang yang kurang daya intelektual.

 

GARISAN KONTUR PADA DAHI

LURUS

Dahi tinggi/luas, garisan lurus dan rata

Makna yang baik

-Jika diperhati dari sebelah sisi, individu yang mempunyai dahi yang bergaris lurus yang luas ke bawahdari garis rambut ke kening menandakan individu tersebut mempunyai perwatakan yang baik dan daya intelektual yang tinggi.

Makna yang buruk

-Memerlukan lebih pemantapan.

Dahi lurus dan rata dan agak rendah

Makna yang sederhana

-Individu ini perlu bekerja keras sejak dari muda lagi.

-Percaya tidak ada benda yang diperolehi secara percuma.

 

KUBAH

Dahi yang berbentuk kubah bulat dan penuh dari pandangan sisi

Makna yang baik

-Merupakan seorang individu yang tabah dan berkebolehan untuk melakukan perubahan atau penyesuaian sekiranya berhadapan dengan kehidupan yang mencabar.

 

CONDONG

Dahi yang berbentuk condong

Makna yang baik

-Merupakan individu yang sukakan cabaran dan tidak menghiraukan kesan dan akibat.

Makna ynag buruk

-Menandakan individu itu seorang yang sentiasa gelisah.

 

BONJOL

Dahi yang berbentuk bonjol dari anak rambut

Makna yang baik

-Merupakan individu yang mempunyai kelebihan dan tahap intelektual yang tinggi serta mempunyai kerjaya yng baik dan boleh mencapai kejayaan setelah berusaha.

 

Top Ciri-ciri Muka


   
 

  Free web templates by MyFreeTemplates.com