Pelbagai
teknik digunakan untuk catan.Teknik juga bergantung kepada penggunaan alat dan
bahan.Contohnya teknik impasto tidak sesuai dengan menggunakan warna
air,sebaliknya paling sesuai bahan cat minyak.Teknik lutsinar tidak boleh
dilakukan dengan bahan cat minyak,teknik ini sesuai menggunakan cat air.
Teknik-teknik cat air
1. Basah atas basah
Permukaan kertas
dibasahkan dahulu kemudian dicatkan dengan cat air yang telah dibancuh dengan
air.
2. Basah atas kering
Cat air yang telah
dibancuh dengan air disapukan di atas permukaan kertas yang kering.
3. Kering atas basah
Cat air dari tiub
cat terus disapukan pada permukaan kertas yang telah dibasahkan.
