Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
VISI

Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat.

 

MISI

Untuk melahir dan melatih ahli teknologi dan profesional yang kreatif, inovatif, kompeten dan bertanggungjawab serta mampu mengaplikasi, meneroka dan meneraju teknologi baru melalui pengajaran dan penyelidikan bertaraf dunia yang bertunjangkan konsep tauhid untuk kesejahteraan sejagat.

 

OBJEKTIF
1. Menjalankan program akademik diperingkat Diploma Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang-bidang Pendidikan dan Kejuruteraan.


2. Melahirkan tenaga profesional dan separa profesional yang terlatih dalam bidang kejuruteraan dan pendidikan serta berdaya saing dan berhemah tinggi selaras dengan keperluan negara.


3. Memastikan mutu pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan sentiasa berada di tahap yang tinggi.


4. Menganjur dan menjalankan seminar, kursus pendek dan persidangan.

5. Melaksanakan usaha penyelidikan dan perundingan.

6. Memberi khidmat masyarakat.

7. Membantu industri ke arah peningkatan dan perkembangan profesionalisme sumber manusia.

8. Menyebarkan maklumat melalui penerbitan.