Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

SEJARAH KTNUUM

Sejarah Kolej Tenaga Nasional (UUM) bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan mahir dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini telah mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini telah dikendalikan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Julai 1993.

Sebagai sebuah Institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia teknikal di negara ini telah membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Kolej Tenaga Nasional (UUM) -KTNUUM  pada 12 April 1996, oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.
 

Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi dalam membantu merealisasikan peranan negara sebagai 'globel player' serta kepercayaan dari kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf  KTNUUM  kepada sebuah Universiti di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti tahun 1971 dan dikenali sebagai  Kolej Tenaga Nasional (UUM). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohammad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.
Sebagai sebuah Universiti awam negara yang ke-15, KTNUUM  melangkah ke era baru dengan penuh gemilang dan bersedia memikul tanggungjawab untuk memastikan ianya akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik yang terulung dan disegani di rantau ini selaras dengan misi Universiti, "Untuk Melahir dan Melatih Ahli Teknologi dan Profesional Yang Kreatif, Inovatif, Kompeten dan Bertanggungjawab Serta Mampu Mengaplikasi, Meneroka dan Menerajui Teknologi Baru Melalui Pengajaran dan Penyelidikan Bertaraf Dunia yang Bertunjangkan Konsep Tauhid Untuk Kesejahteraan Sejagat".