PROGRAM DITAWARKAN
Terdapat dua program Pengajian Siswazah yang ditawarkan di Kolej Tenaga Nasional
(UUM) iaitu: - Program Ijazah Sarjana
- Program Ijazah Doktor Falsafah (P.h.D)
Program Ijazah Sarjana
Program ini menawarkan pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan
terutamanya dalam bidang: 1. Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam (Penyelidikan)
2. Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Penyelidikan)
3. Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Penyelidikan)
4. Ijazah Sarjana Penyelidikan Teknik & Vokasional (Penyelidikan)
5. Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam (Kerja Kursus)
6. Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kerja Kursus)
7. Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (Kerja Kursus)
Program Ijazah Doktor Falfasah
Program ini menawarkan pengajian secara penyelidikan sahaja dalam bidang: 1.
Ijazah Doktor Falsafah (P.h.D) Kejuruteraan Awam
2. Ijazah Doktor Falsafah (P.h.D) Kejuruteraan Elekrik
3. Ijazah Doktor Falsafah (P.h.D) Kejuruteraan Mekanikal
4. Ijazah Doktor Falsafah (P.h.D) Pendidikan Teknik dan Vokasional
JENIS PENGAJIAN
Terdapat 2 jenis pengajian yang ditawarkan oleh Kolej Tenaga Nasional (UUM) dan
ia bergantung kepada jabatan yang menawarkannya: - Kerja Kursus Sahaja
- Penyelidikan Sahaja
Pengajian Secara Kerja Kursus Sahaja
Secara keseluruhannya pengajian ini dijalankan melalui kuliah. Seminar dan
Projek Sarjana. Beban kredit bagi setiap matapelajaran adalah di dalam
lingkungan 3 kredit dan kertas projek kajian atau Projek Sarjana (PS) pula tidak
melebihi 6 kredit.
Pengajian Secara Penyelidikan
Pengajian ini adalah berasaskan sepenuhnya kepada penyelidikan. Pada setiap
semester pelajar perlu mendaftar satu matapelajaran utama iaitu penyelidikan di
samping matapelajaran umum universiti dan pra-syarat sekiranya diperlukan.
Pencapaian akademik akan dinilai dalam bentuk laporan kemajuan bagi setiap
semester berkenaan.
SYARAT KEMASUKAN
Program Sarjana
Calon Program Sarjana perlulah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
DENGAN KEPUJIAN BAIK dari Kolej Tenaga Nasional (UUM) ATAU dari mana-mana
institusi pengajian tinggi yang diiktiraf: ATAU kelulusan lain yang setaraf
dengan ijazah Sarjana Muda berserta PENGALAMAN dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh senat KTNUUM
Program Doktor Falfasah
Calon program Doktor Falfasah perlulah memiliki Ijazah Sarjana dari Kolej
Tenaga Nasional (UUM) ATAU dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang
diiktiraf: ATAU kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai
kelayakan lain ATAU pengalaman yang diiktiraf oleh senat; ATAU sedang mengikuti
program Sarjana di Kolej Tenaga Nasional (UUM) dan diperlakukan oleh
Jawatankuasa Pengajian Siswazah Falkuti dengan persetujuan Senat KTNUUM
BENTUK PENDAFTARAN DAN TEMPOH PENGAJIAN
Bagi semua program, pengambilan akan dilakukan sebanyak dua kali, iaitu untuk
kemasukkan Sesi Jun dan November.
Bergantung kepada jenis pengajian, pendaftaran Pengajian Siswazah bolehlah
dibuat dalam bentuk berikut:
* Sepenuh masa atau * Separuh masa
Lain -lain program sedang dipertimbangkan
