Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PERWARNAAN DAUN

Perwarnaan daun secara tradisional

1.Bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India, dan daun mengkudu digunakan sebagai pewarna asli pada zaman dahulu.
2.Kunyit ditumbuk halus dan dicelur didalam air mendidih untuk mendapatkan warna kuning.
3.Buah kesumba India menghasilkan warna jingga dan merah.
4.Daun mengkudu digunakan untuk mendapatkan warna biru dan biru tua.
5.Buah pokok arang digunakan untuk mendapatkan warna hitam.
6.Untuk mendapatkan warna yang lebih cerah, kapur digunakan. Contohnya, warna kuning pinang masak didapati daripada buah kesumba India dicampur dengan kapur sirih.
7.Warna hijau didapati daripada daun bemban.

Pewarna cara moden

1.Pewrna moden menggunakan bahan mencelup dyestuff dan campuran bahan kimia lain.
2. bahan pewarna biasanya berbentuk hablur atau serbuk.

Proses mencelup daun

1.Air bersih dipanaskan sehinga mendidih didalan sebuah periuk.
2.Bahan pewarna kemudian dimasukan ke dalam didihan air.
3.Daun diikat dalam bentuk tongkol-tongkol kecildan dimaksukkan ke dalam cecair pewarna.
4.Tongkol-tongkol daun kemudian dikeluarkan selepas setengah jam.
5.Daun dicuci dengan air bersih.
6.Ikatkan daun dibuka dan dijemur ditempat jauh sehigga kering.
7.Daun diurut sekali lagi sehinga lembut dan sedia untuk dianyam.

BACK NEXT