Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

TEMPAT BERSEJARAH

 

 

MUZIUM SARAWAK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TUGU PERINGATAN

 

Tugu peringatan dibina dalam bentuk tuang yang menpunyai puncak piramid..Tugu tersebut dibina untuk memperingatkan pahlawan negara.atau penghargaan askar atau orang lain yang terkorban dalam peperangan untuk menpertahankan negara tersendiri.

 Pada 29 november 1990 merupakan tarikh bersejarah atau hari peringatan bagi Sarawak.Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merasmikan pembentukkan tugu peringatan.Pada tahun 1951 ,tugu peringatan pahlawan pertama dibina berdekat bulatan jalan padungan Kuching.Ia dibina untuk mengingatkan orang yang terkorban dalam peperangan pertama iaitu pada masa jajahan japan di Sarawak pada 24 december1941 hingga 11september1945.Tugu peringatan pertama dibuka oleh kerajaan british pertama,Sir Charles Aden-Clarke pada 11november 1951.

Tugu peringatan kedua iaitu masa peperangan kedua dibina di Padang Merdeka Kuching. Ia diisytiharkan oleh kerajaan british keempat,Sir Alexandar Wadde II pada 12 november1961.  Pada 29 november 1990,tugu peringatan ketiga dibina di taman Muzium Kuching.tugu peringatan tersebut diumumkan oleh Bapa Negara.

 

                                                                                                                                                                               

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUBU MARGHERITA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kubu Margherita ini ditubuhkan pada tahun 1878 dan siap dibina pada tahun 1879. Jumlah kos yang digunakan untuk membina kubu ini ialah $8100. Kubu Margherita terletak di daerah Kuching iaitu di atas utara tebing sungai Sarawak. Tempat ini dikelilingi oleh kampung Melayu. Kubu ini dinamakan “Fort Margherita” selepas Ranee Margaret, iaitu isteri kepada Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke. Dengan kedudukan yang strategic, iaitu di atas bukit tebing sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan daripada serangan musuh. Kubu Margherita telah dijadikan muzium polis kerana kubu tersebut mempunyai banyak senjata lama yang ditinggalkan. Contohnya, meriam lama, pistol, pedang dan senjata berat yang digunakan untuk peperangan. Selain itu, muzium polis ini turut mempamerkan senjata polis lama, tempat orang menghisap candu serta cara gantung sampai mati terhadap pesalah-pesalah.

 

Dalam kubu tersebut terdapat tiga tingkat, iaitu termasuk tempat penjagaan kedatangan musuh di tingkat atas. Kubu ini dikelilingi oleh tembok tinggi dengan tingkap yang diperbuat daripada kayu bagi tujuan melancarkan tembakan meriam kepada pihak musuh.

 

 

Muzium ini terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Muzium Sarawak merupakan salah sebuah muzium yang terbaik di Asia Tenggara. Ia didirikan pada tahun 1891 dan muzium ini banyak memparmerkan barangan arkeologi serta kajian etnologi terhadap orang asli di Borneo.  Selain itu, muzium ini turut mengumpulkan bahan artifak yang komprehensif di seluruh Borneo.

Muzium ini mengandungi dua bahagian iaitu muzium yang lama dan yang baru. Muzium baru ini terletak di tebing muzium lama. Muzium yang baru ini agak moden kerana mempunyai penghawa dingin( air-conditioned). Reka bentuk pada bangunan muzium lama adalah mengikut “ Normandy town-house”(reka bentuk orang Norman). Biasanya, muzium ini akan ditutup pada hari Jumaat dan cuti awam.