Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!



Ikatan perkahwinan dan kehidupan berumatangga bukan sekadar untuk berseronok semata-mata tetapi merupakan suatu komitmen sepanjang hayat yang penuh dengan pelbagai peranan, tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan yang telah sama-sama melafazkan kesetiaan dan perjanjian mereka untuk bersama-sama sehidup semati. 

Dalam usaha melaksanakan pelbagai peranan sebagai ibubapa kepada anak-anak yang di anugerahkan dan
diamanahkan oleh Tuhan kepada insanNya, maka renungkanlah sejenak sejauhmanakah persediaan kita
mengemudi rumahtangga untuk mengharungi kehidupan yang luas terbentang lagi bergelora. 

Peranan Ibubapa 

Mengenalpasti peranan ibubapa dapat membantu ibu bapa melakukan persediaan awal yang bersesuaian menurut keupayaan dan kemampuan diri sendiri 



Tanggungjawab Menyediakan Keperluan Anak-Anak 

Selain melaksanakan pelbagai peranan, setiap pasangan ibu bapa juga mempunyai pelbagai tanggungjawab
terhadap anak-anak yang perlu di pikul secara bersama-sama. Di antaranya termasuklah: 

Tanggungjawab Memberi Kasih Sayang 

Belaian kasih sayang dari kedua ibu bapa amat penting dalam perkembangan emosi dan sahsiah anak-anak.
Dengan wujudnya belaian kasih sayang dalam rumahtangga, anak-anak dapat merasakan bahawa kehadiran mereka dihargai. 

Tanggungjawab Jaminan Keselamatan 

Setiap anak-anak adalah terdedah dengan segala bentuk ancaman dan bahaya baik ketika mereka berada di dalam rumah , di luar rumah, di sekolah dan di tempat-tempat permainan. Keupayaan dan kemampuan ibu bapa menyedarkan setiap anak-anak mengenai perlunya menjaga dan mengutamakan keselamatan diri akan dapat membantu ibu bapa memberi jaminan keselamatan kepada anak-anak 

Penderaan seksual merupakan gejala sosial yang harus dipandang serius oleh ibubapa masa kini, terutama bagi
pasangan ibu bapa yang sama-sama bekerja dan terpaksa meninggalkan anak bersendirian atau diletakkan di bawah pengawasan pengasuh. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjamin keselamatan anak dari penderaan seksual serta lain-lain bentuk gejala sosial. 

Sebagai ibubapa, anda bolehlah; 

Ajar dan jelaskan kepada setiap anak tentang penderaan seksual supaya mereka 

Tanggungjawab Megimbangi Harapan Anak 

Seperti orang dewasa, setiap anak-anak memiliki hati dan perasaan yang mana ianya mudah tersinggung akibat
daripada tindakan orang di sekeliling mereka, terutamanya dari ibu dan bapa mereka. Dalam usaha untuk memenuhi cita-cita, kamahuan dan harapan diri mereka sendiri, mereka perlu juga memenuhi cita-cita, kemahuan dan harapan kedua-dua orang tua mereka. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mengimbangi harapan tersebut dengan cara:- 

Kesimpulannya ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang begitu besar terhadap anak-anak. Begitu juga kasih sayang ibu bapa tidak boleh di tukar ganti dengan orang atau benda lain. Anak-anak di lahirkan dari ikatan perkahwinan yang penuh dengan komitmen dan tanggungjawab.

Dipetik dari Laman Jalinan Keluarga