
Salam sejahtera. Nama saya Arnita Abdullah, berusia dua puluh lima tahun , dilahirkan di Singapura pada 2 September 1974. Saya adalah yang kedua dari tiga adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan seorang adik. Saya telah mengajar selama dua setengah tahun di sekolah rendah dan di antara mata pelajaran yang saya ajari adalah Ilmu Hisab (gemar sekali!), bahasa Inggeris dan Ilmu Sosial dan juga mata pelajaran am.
Pada waktu lapang,(selalunya cuti sekolah, kerana apabila sekolah tutup, guru pun dapat beristirehat juga!) saya gemar berbual di mIRC, membeli-belah (jika ada fulus), menonton wayang, menghabiskan masa bersama keluarga dan teman rapat, membaca dan juga melancong. Apabila ada kesempatan, saya juga gemar menulis sajak dan juga cerpen.
Gambar di bawah telah dipetik semasa saya berada di Switzerland pada Jun 1998. Pemandangannya mengasyikkan dan saya sempat bercanda di puncak Gunung Titlis bersama kegigilan salji putih. Sejuknya!! Brr! Indah khabar dari rupa!