Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

NIAT

Membuat sebuah rak buku dengan saiz sederhana

Tujuannya ialah untuk meletakkan buku-buku bersiaz kecil

LAKU

Aturan

1) Sediakan kayu-kayu dengan ketebalan 1cm dan juga kayu lapis.

2) Gergajikan kayu-kayu tersebut mengikut saiz masing-masing.

3) Bagi kayu lapis dengan tanda '1', panjangnya ialah 20cm dan lebarnya 16cm. Dua kayu lapis adalah diperlukan.

4) Kayu dengan tanda '2' mempunyai panjang 20cm dan lebar 10cm manakala kayu dengan tanda '3' mempunyai panjang 16cm dan lebar 10cm.

5) Kayu dengan tanda '4' pula, ia merupakan segiempat tepat iaitu panjangnya ialah 10cm dan lebarnya 6cm.

6) Pakukan kayu-kayu dengan tanda 1, 2, dan 3 bersama terlebih dahulu sebelum kayu lapis.

7) Selepas itu, dua keping kayu lapis dipakukan pada kedua-dua belah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di atas dan dengan itu sebuah rak buku terhasil.

8) Catkan rak buku tersebut dengan syelek untuk mencantikkannya lagi dan juga menjadikannya lebih tahan lama.

HASIL

Rak buku tersebut digunakan untuk meletakan buku-buku bersaiz kecil, Disebabkan saiz rak buku itu kecil, ia dapat ditempatkan pada mana-mana sahaja yang kita inginkan. Selain itu, kos pembuatannya juga amat murah.