Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

GLOSARI SAINS 
INTERAKTIF KBSM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: Kata-kata Renungan Minggu Ini:
Kenikmatan yang ada di dunia ini berbanding kenikmatan yang ada di akhirat adalah ibarat jari yang dicelupkan ke lautan luas. Maka air yang melekat pada jari itulah ibaratnya nikmat di dunia ini, manakala baki air di lautan itulah ibaratnya nikmat di akhirat (syurga).
 

 

 

 

Anda adalah pengujung yang ke

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Glosari Sains KBSM

 

 

Istilah-istilah dalam glosari ini disusun mengikut urutan abjad.

Sila klik pada abjad di bawah untuk memudahkan pencarian anda.

 

 

 

A B C D E F G H I J K L M N

O P Q R S T U V X Y Z

 

 

Abiosis

Komponen bukan hidup di dalam sesuatu ekosistem. Ini termasuk komponen kimia dan fizik seperti suhu, cahaya, tanah, nutrien dan lain-lain lagi.

Albino

Keadaan pada mamalia di mana pigmen kulit gagal berfungsi.

Ameba

Organisma unisel (satu sel) dalam kumpulan protozoa yang merupakan organisma yang paling ringkas dalam alam haiwan.

Arteri

Salur darah yang membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh dadan pada tekanan rendah.

Aurikel

Bahagian atas jantung yang mempunyai dinding nipis dan menerima darah daripada vena.

 

   Ke atas

 

 

Beri-beri

Penyakit kurang zat pada manusia disebabkan kekurangan vitamin B dalam gizi makanan.

Bolus

Sebarang jisim bulat contohnya bola makanan bergerak ke bawah menerusi esofogus secara peristalsis.

Bronkitis

Radang pada bronkies terutamanya pada mamalia.

Biosfera

Gabungan beberapa ekosistem yang terdiri daripada organisma hidup (komponen biotik) dan benda bukan hidup (komponen abiotik seperti batu, tanah dan udara) yang meliputi seluruh permukaan bumi.

 

     Ke atas

 

 

Cendawan

Cendawan merupakan kulat daripada Thalophyta. Jenis yang tidak beracun yang boleh dimakan adalah daripada famili Agaricaceae. Contoh cendawan yang ditanam adalah cendawan kelabu, cendawan telinga kera, cendawan butang dan cendawan abalone.

Cengkerang

Bahan keras yang terdiri daripada kalsium yang terdapat pada sesetengah haiwan seperti kerang, siput, remis dan lala. Ia digunakan oleh haiwan ini sebagai perlindungan.

Corong Baermann

Alat yang digunakan ntuk mengeluarkan haiwan intervertebrata yang hidup di kawasan lembab seperti haiwan akuatik dan separa akuatik. Contoh-contoh organisma yang dikeluarkan adalah dafnia, paramesium, euglena, amea dan klaidmonas. Sila klik untuk maklumat lanjut.

Corong Tullgren

Digunakan untuk menumpul organisma tanah daratan yang hidup di celah-celah daun, di bawah batang dan dahan reput atau di dalam tanah. Organisma-organisma yang dikeluarkan dengan corong Tullgren ialah larva semut, gonggok, cacing tanah, pacat, labah-labah, kumbang darah, semut dan anai-anai. Sila klik untuk maklumat lanjut.

 

 

     Ke atas

 

 

Darah

Darah terdiri daripada sel-sel darah, nutrien, hormon, bahan kumuh dan sebagainya dalam cecair kuning pucat yang dipanggil plasma.Pada umumnya, darah manusia mempunyai 55% plasma dan 45% sel-sel darah iaitu eritrosit (sel darah merah), leukosit (sel darah putih) dan platlet (sel pembeku)

Disakarida

Unit karbohidrat kompleks dengan 2 unit sakarida atau gula. Ia terhasil daripada perpaduan 2 molekul monosakarida dan kehilangan  satu molekul air iaitu kondensi. Formula kimia molekul ialah C12H22O11.

 

     Ke atas

 

 

Ekologi

Kajian mengenai perhubungan di antara organisma dengan alam sekitarnya serta organisma lain.

Ekosistem

Satu sistem ekologi yang kompleks yang terdiri daripada komuniti biotik (komponen hidup) dan komuniti abiotik (komponen bukan hidup) yang saling berinteraksi serta berfungsi bersama-sama.

Enzim

Protein yang dihasilkan oleh sel hidup yang merupakan pemangkin organik yang berfungsi mengawal dan mempercepatkan kadar tindakbalas biokimia di dalam organisma hidup. Enzim boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu intrasel dan ekstrasel.

Epifit

Tumbuhan hijau yang tumbuh di atas tumbuhan lain  untuk mendapatkan sokongan serta kedudukan yang lebih baik.

Epizoit

Haiwan yang hidup menumpang pada haiwan lain secara melekatkan dirinya ke permukaan badan perumahnya.

 

 

     Ke atas

 

 

Floem

Terdiri  daripada sel salur tapis, sel rakan, gentian dan parenkima floem.

Fotosintesis

Proses di mana tumbuhan hijau mensintesis karbohidrat daripada karbon dioksida, air dan garam mineral dengan menggunakan tenaga cahaya daripada matahari.

 

 

     Ke atas

 

 

Gizi

Pengetahuan tentang zat-zat makanan yang diperlukan untuk membekalkan tenaga, memperbaiki tisu rosak, membina tisu baru, pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan tubuh. Gizi seimbang adalah gizi yang mengandungi semua kelas makanan dengan nisbah dan kuantiti yang cukup untuk keperluan seseorang.

Ginjal

Terdiri daripada dua organ berbentuk kekacang yang terletak di bahagian dorsal rongga abdomen yang berfungsi sebagai alat perkumuhan dan pengosmokawalan.

Glomerulus

Satu jaringan kapilari darah yang terdapat di dalam rongga kapsul Bowman. Ia wujud pada bahagian korteks ginjal.

 

   Ke atas

 

 

Habitat

Kawasan semulajadi di mana sesuatu organisma itu hidup dan membesar.

Hempedu

Cecair kuning kehijauan yang bersifat alkali yang dihasilkan oleh hati tetapi disimpan dalam pundi hempedu dan disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus hempedu.

Hibernisasi

Keadaan yang tidak aktif bagi sesuatu organisma pada musim sejuk.

Homeostasis

Proses pengekalan persekitaran dalaman yang stabil dan konstan oleh organisma hidup.

Hormon

Sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan  dalam kuantiti yang kecil oleh kelenjar endokrin. Hormon diangkut oleh darah ke bahaian-bahagian badan yang lain bagi membantu mengawalatur aktiviti organ sasaran.

 

     Ke atas

 

 

Ileum

Bahagian ke dua usus kecil yang menjalankan pencernaan dan penyerapan makanan (melengkapkan pencernaan protein, karbohidrat dan lemak).

Interfasa

Dikenali sebagai peringkat rehat di mana dalam peringkat ini kebanyakan sel berada dalam keadaan normal pada setiap masa.

 

     Ke atas

 

 

Jantung

Organ yang berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian badan dan mengekalkan edaran darah dalam salur darah.

 

   Ke atas

 

 

Kambium

Terdiri daripada dua atau tiga lapisan sel berdinding nipis yang terletak di antara tisu xilem dan floem.

Kapilari

Salur darah yang terkecil yang menghubungkan di antara  arteriol dan venul. 

Kapsul Bowman

Mempunyai bentuk cawan berongga dan terdiri daripada sel-sel epitelium leper. 

Kloroplas

Mengandungi klorofil yang menbolehkan tumbuhan mensintesiskan makanan sendiri melalui fotosintesis.

Koloni

Pengkolonian ialah satu proses di mana organisma-organisma hidup (tumbuhan) menyerang dan menduduki sesuatu habitat baru dan seterusnya membiak dalam habitat tersebut.

Kromosom

Mengandungi semua maklumat pewarisan yang dipanggil gen. Aktiviti sel dikawal dan ditentukan oleh kromosom.

 

     Ke atas

 

 

Lemak

Sebatian organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen tapi nisbah hidrogen kepada oksigen adalah lebih tinggi daripada dua nisbah satu. Lemak wujud sebagai pepejal dalam suhu bilik berbanding minyak wujud sebagai cecair dalam suhu bilik.

Limfa

Sistem limfa terdiri daripada satu sistem salur-salur halus yang bercabang-cabang dan buntu dihujungnya. Fungsi sistem limfa yang utama ialah sebagai pertahanan (menapis bakteria dan zarah-zarah asing) dan pengangkutan (mengangkut air, hormon, garam mineral dan haba daripada darah ke sel-sel badan).

Leukosit

Sel darah putih yang terdapat dalam darah.Terdapat lebih kurang 8000 leukosit di dalam 1mm3 darah. Ia berfungsi sebagai sistem pertahanan untuk menentang penyakit.

 

     Ke atas

 

 

Malnutrisi

Malnutrisi disebabkan oleh kekurangan satu atau lebih zat makanan akibat pengambilan gizi yang tidak seimbang. Contohnya kekurangan Vitamin B1 yang menyebabkan penyakit beri-beri.

Meiosis

Proses pembahagian sel yang untuk menghasilkan gamet yang mempunyai separuh bilangan kromosom(haploid, n) daripada sel induknya yang diploid (2n). Ia berlaku dalam organ-organ pembiakan sahaja iaitu testis dan ovari pada haiwan dan anter dan ovari pada tumbuhan.

Mitokondrion

Mengandungi enzim yang mengawal pembebasan tenaga dalam sel. Bilangan mitokondrion adalah banyak di dalam sel-sel aktif yang menjalankan  proses metabolisme seperti sel otot dan sel kaki.

Mitosis

Proses pembahagian sel yang menghasilkan dua sel anak. Mitosis berlaku dalam semua sel-sel haiwan dan tumbuhan (sel-sel stoma dan sel-sel badan) kecuali kepada sel-sel pembiakan.

Mikroorganisma (Mikrob)

Organisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (kecuali melalui mikroskop cahaya atau mikroskop elektron) yang saiz puratanya adalah kurang daripada 100µm.

 

     Ke atas

 

 

Nukleus

Terdiri daripada benang halus yang dipanggil jasad kromatin dan nukleolus. Semasa nukleus membahagi, jasad kromati kelihatan seperti bebenang yang dilenali sebagai kromosom.  

Nutrisi

Proses membekalkan dan menerima makanan yang berkhasiat (makanan seimbang yang mengandungi semua nutrien)

 

     Ke atas

 

 

Organ

Sekumpulan tisu yang berlainan jenis yang bekerjasama untuk menjalankan satu fungsi yang tertentu.

Osmosis

Pergerakan molekul pelarut (misalnya air) dari larutan kurang pekat (cair) ke larutan yang lebih pekat melalui membran separa telap.

Otak

Organ terpenting dalam sistem saraf pusat yang berfungsi secara am untuk menerima, menganalisis, mengintergrasi dan menyimpan maklumat serta memberi arahan yang seterusnya selepas menerima sesuatu ransangan.

Ovum

Gamet betina  dan ianya dihasilkan oleh ovari.

 

     Ke atas

 

 

Pankreas

Satu kelenjar yang terletak dalam lingkaran duodenum dan bertugas sebagai kelenjar endokrin (hormon) dan kelenjar eksokrin (enzim)

Pencernaan

Proses pemecahan atau penguraian bahan-bahan makanan yang besar dan kompleks kepada butiran-butiran yang ringkas dan kecil untuk digunakan oleh sel-sel badan.

Perut

Bahagian pertama saluran makanan di mana pencernaan berlaku. Ia adalah tempat di mana makanan disimpan untuk sementara waktu supaya jus-jus pencernaan dapat bertindak ke atasnya sebelum di hantar ke duodenum.

Placenta

Tisu tebal yang terdiri daripada lipatan vilus yang banyak. Placenta menghubungi fetus melalui tali pusat yang berbentuk tiub yang mempunyai arteri dan vena untuk pengangkutan serta pertukaran gas dan nutrien.

Populasi

Sekumpulan oganisma-organisma dari sebarang jenis atau spesis yang sama yang mendiami di dalam satu kawasan yang tertentu. Contohnya sebuah belukar terdiri daripada populasi siput, populasi katak dan populasi cacing tanah.

Protoplasma

Terdiri daripada sitoplasma dan nukleus.

Protein

Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Sesetengahnya mengandungi unsur sulfur dan fosforus. Unit asas protein adalah asid amino. Protein haiwan adalah protein kelas pertama manakala protein tumbuhan adalah protein kelas kedua.

 

     Ke atas

 

 

 

     Ke atas

 

 

Resapan

Pergerakan molekul yang rawak bagi sesuatu cecair atau gas daripada kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah. Pergerakan ini akan terus berlaku sehingga molekul tersebut tersebar dengan sekata iaitu apabila keseimbangan tercapai.

Respirasi

Pernafasan organisma yang berlaku pada bahagian luar badan. Satu proses di mana bahan-bahan organik (makanan) dioksidakan untuk menghasilkan tenaga.

Rumen

Ruang perut yang pertama untuk menerima makanan yang telah ditelan tanpa dikunyah.

 

     Ke atas

 

Saraf

Sistem saraf manusia terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir. Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang, manakala sistem saraf pinggir terdiri daripada saraf kranium yang menganjur dari otak dan saraf spina yang menganjur dari saraf tunjang.

Sel

Unit asas bagi organisma hidup samada tumbuhan atau haiwan.

Sistem

Sistem terdiri daripada sekumpulan organ yang bekerjasama untuk menjalankan fungsi yang tertentu.

Sitoplasma

Berbentuk jeli  dan tidak berwarna. Terdapat banyak organel-organel sel seperti nukleus, kromosom dan mitokondrion di dalamnya.

 

     Ke atas

 

Tisu

Sekumpulan sel yang serupa dari segi struktur dan menjalankan satu fungsi tertentu. Ia terdiri daripada sel-sel yang telah menjalani proses pengkhususan.

Translokasi

Proses pengangkutan bahan-bahan organik seperti asid amino dan gula dalam floem dari daun ke bahagian-bahagian lain tumbuhan seperti akar dan batang.

Transpirasi

Proses kehilangan wap air berlebihan kepada atmosfera secara sejatan melalui bahagian-bahagian tertentu tumbuhan.

 

     Ke atas

 

 

 

Ureter

Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Air kencing seterusnya keluar melalui salur kencing  yang dipanggil ureta.

 

     Ke atas

 

 

Variasi

Merupakan perbezaan sifat yang terdapat antara individu-individu dalam satu spesis yang sama. Perbezaan ini termasuk sifat-sifat struktur, genetik, kelakuan dan sosiologi. Contohnya – ketinggian, berat, warna mata, rambut, bentuk muka, bahasa, kepintaran dan sebagainya.

Vena

Salur  darah yang membawa darah terdeoksigen masuk ke dalam jantung dari seluruh badan pada tekanan rendah.

Vitamin

Sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti kecil untuk pemeliharaan aktiviti-aktiviti normal dan kesihatan badan. Kekurangan vitamin boleh mengakibatkan penyakit, kelebihannya pula boleh membawa kepada ketoksidan kepada badan.

 

     Ke atas

 

 

 

     Ke atas

 

Xilem

Terdiri daripada salur xilem, trakeid, gentian xilem dan parenkima xilem.

 

     Ke atas

 

 

Yis

Sejenis kulat yang berbentuk bulat dan bersel tunggal. Ia digunakan oleh manusia sebagai ibu roti atau bahan penaik dalam bahan masakan.

 

     Ke atas

 

 

Zigot

Hanya satu sperma yang boleh mempersenyawakan ovum . Hasil persenyawaan ini dinamakan zigot. Zigot mengambil masa kira-kira seminggu untuk bergerak ke uterus.

 

 

     Ke atas

 

 

 

Terima kasih kerana sudi melayari laman web ini.

Laman ini akan lebih baik jika menggunakan perisian peluncur seperti Microsoft Internet Explorer

4.0 dan ke atas. Segala cadangan atau maklum balas tentang laman ini, sila hubungi saya di zaihim63@yahoo.com. Segala cadangan dan maklumbalas yang diberi terlebih dahulu diucapkan

jutaan terima kasih. Hak cipta terpelihara.

 

Kemaskini pada :  12 Februari 2004.