Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

RAWATAN KANSER PAYUDARA

PENGESANAN AWAL

Kanser payudara boleh dikesan lebih awal dengan menggunakan dua kaedah iaitu :

PEMERIKSAAN DARAH

CA 153

       CA 153 merupakan sebahagian daripada ujian pakej pemeriksaan darah tetapi kaedah ini bukanlah cara yang berkesan untuk mengenalpasti penyakit ini. Ia hanya mampu mengenalpasti 7% daripada mereka yang menghidap kanser pada tahap awal.

       Oleh itu untuk pengesahan awal, pemeriksaan darah tidak begitu memberi manfaat. Kadar CA 153 adalah tinggi di kalangan 90% pesakit tahap empat. Pada tahap ini, pesakit sudah tahu kewujudan penyakit dan keperluan melakukan ujian ini tidak relevan lagi. Walaubagaiamanapun, CA 153 berguna untuk melihat respon pesakit tahap empat terhadap rawatan mereka.



PEMERIKSAAN GENETIK

BRCA1 & BRCA2

       Pemeriksaan serta ujian keada faktor kerosakan genetik (genetic defect) yang dikaitkan dengan penyakit payudara adakalanya berupaya membantu. Tetapi, ada ketikanya ia adalah sebaliknya. Sekiranya hasil pemeriksaan adalah negatif, seseorang itu tidak perlu risau tentang kesihatannya. Namun, sekiranya keputusan adalah positif tidak bermakna seseorang itu akan menghidap penyakit ini secara mutlak.

       Pemeriksaan ini akan dapat membantu supaya individu mengambil sikap berhati-hati serta cuba mengurangkan faktor risiko menghidap penyakit ini. Ia juga membolehkan seseorang yang menghidap mengambil langkah menanganinya di peringkat awal.

       Umum memang mengetahui bahawa kaedah pengujian BRCA tidak berupaya mengesan 20% daripada tabiat keluarbiasaan gen. Ini turut bermakna sesebuah pengujian yang menunjukkan hasil negatif berkemungkinan mempunyai gen mutan. BRCA adalah sebuah gen yang besar serta memerlukan keperluan tenaga manusia yang intensif untuk pengujian sepenuhnya. Setakat ini lebih 50 mutan dilaporkan dan dikenalpasti. Ia juga bermakna kaedah pengujian ini bukanlah kaedah yang mudah dan dapat digunakan pada setiap wanita.







  UTAMA       KANSER PARU-PARU       KANSER PAYUDARA

  KANSER       PENCEGAHAN