TOKOH
SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
Pada Oktober
1991 sekolah ini telah diberi nama
rasmi yang baru iaitu Sekolah Menengah
Dato Abdul Rahman Yassin bersempena dengan nama seorang
negarawan Johor, Dato Abdul Rahman bin Mohamad Yassin
Beliau dilahirkan
di Muar, Johor dan bergiat
dalam UMNO bersama-sama Tuanku Abdul Rahman Putera. Pada awal tahun
1946, beliau bangun menentang dasar Malayan Union
yang diasaskan oleh Inggeris. Beliau juga bergiat dalam Persatuan Melayu Johor dan
telah memimpin Kumpulan Orang Ketujuh yang amat terkenal pada zamannya.
Dato Abdul Rahman
Yassin adalah seorang Negarawan Johor yang mahsyur dalam politik Johor. Setelah Tanah
Melayu merdeka, beliau dilantik sebagai Speaker Parlimen yang pertama. Keluarga beliau aktif dalam bidang pelajaran
dan politik, antaranya ialah Dr. Ismail dan Dato
Sulaiman.
Dalam perjuangannya,
beliau amat mementingkan pelajaran di samping mempunyai
wawasan yang amat jauh. Beliau banyak memberi
sumbangan fikiran bagi kemajuan dan
pembangunan negeri Johor khasnya.