
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Setiap makmal dilengkapi dengan 21 unit pc Multimedia Hewlett Packard Brio di mana sebuah pc dikhaskan kepada guru/fasilitator untuk tujuan penyeliaan/kawalan rangkaian (remote supervision). Turut dibekalkan ialah sebuah pencetak network laser HP, pencetak warna Lexmark, projektor LCD Panasonic (prototype) , Kamera Digital serta 2 unit Snazzi Digital Video Creator (DVC). Untuk mengakses ke internet, ianya dilengkapi talian ISDN bagi menampung keperluan 42 buah pc secara serentak. Makmal ini berhawa dingin sepenuhnya bagi keselesaan pengguna.
Pengurusan dan pengendalian kedua-dua buah makmal ini akan diserahkan kepada pihak sekolah pada 22 Jun dan dijangka akan mula digunakan pada awal bulan Julai 2000.
Menurut pihak TSS, mereka sedang membangunkan perisian untuk mata-mata pelajaran B.Melayu, B.Inggeris, Sains dan Matematik dan berkemungkinan akan diuji penggunaannya apabila makmal ini mula digunakan nanti.
Selain drp makmal perintis yang terdapat di SMK Changlun (Model C - 42 pc), pihak TSS turut membina makmal berkenaan di SK Binjal, Asun (Model B - 21 pc) dan SK Hj Darus, Wang Tepus (Model A - 11 pc). Bagi sekolah rendah, pihak TSS membina sebuah makmal serta sebuah bilik Guru Penyelia dan bilik server.
Model-model makmal ini akan
dijadikan contoh pembinaan bagi 87 buah makmal seumpamanya di seluruh negara
menjelang tahun 2002.