|
BANTUAN
» Hubungi
» Mengapa Gading?
» Links Pendidikan
»
About
|
Mengapa Gading?
Changlun dalam bahasa Thai membawa maksud 'Gajah Jatuh'. Bersesuaian dengan sejarah nama Changlun, maka lencana SMKChanglun (asal SMChanglun) telah mengabadikan sepasang gading gajah seperti yang tertera di logo.
Nama Gading ini walau bagaimanapun, pertama kalinya telah digunakan sebagai nama majalah sekolah. Disebabkan kos menghasilkan majalah semakin meningkat, SMK Changlun akhirnya terpaksa akur dengan keadaan dan tahun 1991 adalah tahun terakhir majalah Gading diterbitkan.
Bagi memastikan nama Gading kekal dalam ingatan, maka webmaster telah mengambil keputusan untuk menamakan laman web SMKChanglun sebagai Gading.
Tambahan Terbaru:
Makmal Komputer & ICT yang dibina oleh Telekom Smart School dengan usahasama Sapura IT Distributions di bawah projek rintis penswastaan infrastruktur dan fizikal Teknologi Maklumat (Makmal Rintis) turut dikenali sebagai Makmal TSS Gading 1 dan 2.
Kelab siber@gading yang ditubuhkan sejak tahun 1999, kini diperkembangkan lagi bagi mempastikan segala kemudahan ini dapat dimanfaatkan secara yang lebih efektif.
Penghargaan Khas:
Bagi pihak warga SMK Changlun, Webmaster merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru (peserta KSPK IPDA) yang datang membuat latihan (praktikum) di SMK Changlun kerana membantu mengemaskini laman Gading:
1. Encik Mohd Yusof bin Hj. Walat
2. Encik Othman bin Daud
3. Encik Ramlan bin Abd Wahab
Mereka juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan program Komputer Dalam Pendidikan yang diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu sejak awal bulan September yang lalu. Beberapa siri kursus 'in-house' yang melibatkan pendidik dan pelajar telah berjaya mereka kendalikan.
Selain itu, mereka juga merupakan sebahagian daripada tenaga penggerak warga SMKChanglun dalam laman web SMKChanglun di sekolah.com.
Terima kasih semua.
|