Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ARTIKEL

» Dunia Siber
» Panduan Harian

Panduan Harian 


Setiap orang ingin berjaya, dan kejayaan bukannya sesuatu yang mudah untuk dicapai. Banyak buku telah dihasilkan oleh orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang. Sememangnya kejayaan yang diimpikan tidak akan dapat dikecapi jika tiada usaha untuk mencapainya. Di sini ada lapan panduan untuk mencapai kejayaan. 

1. Persediaan Mental 

Kita semestinya menanamkan sikap positif sebelum kita melaksanakan sesuatu kerja untuk memberi kita kekuatan dan rangsangan. Persediaan ini juga akan membantu kita agar menjadi lebih kreatif dan inovatif. 

2. Ketekunan 

Tidak ada istilah TIDAK BOLEH pada kita, berundur dari melaksanakan sesuatu perkara adalah tanda kelemahan seseorang. Ramai pekerja yang gagal dalam kerjaya kerana tidak tekun bekerja. 

3. Bersabar 

Ramai orang ingin mengecapi kejayaan secepat mungkin, tetapi tidak ramai yang sabar dalam menghadapi proses tersebut. Pengorbanan diperlukan dalam situasi sebegini. 

4. Melindungi Diri Sendiri 

Bermaksud bahawa seseorang itu tidak seharusnya menganggap kegagalan yang lalu sebagai penghalang bagi seseorang itu untuk berjaya. Kita harus cuba melupakan kegagalan yang lalu dan mengambil sikap positif untuk terus mencuba tetapi pada masa yang sama belajar dari kesilapan yang lalu. 

5. Keyakinan 

Sentiasa mengawal diri untuk memastikan kita tidak menunjukkan kelemahan diri kepada lawan kita. Ini adalah penting agar lawan kita gagal mengetahui kelemahan kita. Sekiranya pihak lawan berjaya mengetahui kelemahan diri kita, sudah pasti pihak ini akan menggunakannya untuk menewaskan kita. 

6. Bijak Mengurus Masa 

Kita juga seharusnya pandai menguruskan masa, kerana ini akan dapat membantu kita menghadapi kerja seharian. Masa bekerja haruslah ditumpukan kepada pekerjaan akan tetapi apabila tiba masa berehat, kita haruslah berehat dan melupakan sejenak kerja kita. 

7. Iltizam 

Kejayaan kita diukur berdasarkan kesungguhan dan iltizam yang ditunjukkan. Sesungguhnya kita akan memperoleh apa yang kita mahu hasil dari kesungguhan kita sendiri. 

8. Bergembira Dengan Kerja Anda 

Kadangkala seseorang itu puas dengan hasil kerjanya berdasarkan kerja itu sendiri, tekanan yang wujud, dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Jadi kita seharusnya menganggap segala cabaran adalah pendorong dalam mengejar kejayaan dalam kerjaya kita atau setiap apa yang kita lakukan.