Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ARTIKEL

» Dunia Siber
» Panduan Harian

DUNIA SIBER 
Oleh: Cikgu Ahmad Zuber (Lelabah)

Siri Pertama 


Hari itu dalam sejarah 
Masihkah kau ingat, suatu waktu dulu, komputer adalah satu makhluk hijau (warna skrin la) yang amat digeruni oleh sebilangan ‘makhluk yang boleh berfikir’? Apa dah jadi pada hari ini? ‘Makhluk-makhluk’ yang sama kini berebut-rebut pula hendak memiliki komputer. Sebabnya, ‘nak masuk kat Internet!’. 

Begitulah besarnya pengaruh Internet. Yang takut dulu, tiba-tiba jadi berani kerana takut ketinggalan kapal dan dicop ‘obsolete’ macam komputer XT atau Apple IIe dan yang sezaman dengannya. So, that is the sejarah part of it. 

Anda tak teringin ke nak 'masuk' sama? Kalau nak masuk, jom! 

Ok, apa itu keramat Internet dan www?
Internet merupakan jaringan laluan dalam sarang labah-labah terbesar yang menghubungkan berjuta-juta komputer di serata ceruk dunia. Bermula seawal 1957 untuk kegunaan ketenteraan, kini menjadi milik sesiapa saja (yang ada komputer dan modem la...). Sila buat sedikit rujukan sejarah Internet dalam bahasa Inggeris.. (mungkin satu hari, dapat diterjemahkan sebab saya sendiri tak sempat nak tolong terjemahkan). 
Internet adalah perkampungan global yang dihubungkan oleh lebuhraya-super maklumat (Information Super Highway) yang tidak ada ‘speed-limit’ tak ada ‘Ops Pacak’ ataupun 'Saman Ekor' hatta 'Saman Kepala' sekalipun, dan tidak memerlukan lesen ‘L’ atau ‘P’. Tidak ada undang-undang dan peraturan. Orang jahat dan orang baik, semua boleh lalu. Cuma yang pasti, tol kena bayar. Kadar tol tidak dikira mengikut jauh mana kita merayau, tetapi mengikut lama mana kita melepak dan bergayut pada sarang labah-labah. 

WWW (macam gigi boya...) atau World Wide Web (pernah juga mendapat jolokan 'World Wide Wait' atau 'Wait-Wait-Wait' ) yang dimajukan pada tahun 1989, mengandungi berbilion muka surat web, dipenuhi maklumat yang disimpan di dalam komputer-komputer di seluruh dunia. (Nak tahu di mana WWW ini dilahirkan dan siapa yang menciptanya? Klik kat sini. ) 

Muka surat web dapat memuatkan bukan sahaja teks, tetapi juga imej, audio dan video. Saja nak bagi tau, pada bulan Jun 1993 cuma terdapat 130 tapak world wide web yang menempatkan maklumat. Dan pada bulan Ogos 1999 jumlahlah membiak hingga 7,078,194 tapak. Enam tahun meningkat daripada 130 bait hingga lebih 7Megs. 

Pengguna dapat mencapai halaman web hanya dengan mengklik-klik-klik dan klik, sama ada menggunakan komputer di pejabat, di rumah, di tengah hutan Taman Negara, Puncak Everest ataupun daripada lautan samudera. Ingat Dato' Azhar Jalur Gemilang? 

Ok, ada soalan? 
Soalan: Di mana ada bahan berkaitan dengan www? 
Jawapan: Ada.. ada... klik di sini (dalam bahasa Inggeris lagi...... habis tu, nak buat macam mana?) 
Soalan: Jadi Internet dan World Wide Web tu, dua perkara yang berlainan? 
Jawapan: That’s right, 100% correct. Tak percaya, pi tanya orang lain. Tapi, kalau orang lainpun tak boleh nak jawab, klik saja di sini, habis cerita. 

Soalan: Kalau di Internet dah tidak ada undang-undang, siapa saja boleh masuk dan lakukan ikut suka hati... 
Jawapan: Definitely and 110% correct! 
Anda boleh lakukan apa saja. Atas sifat keterbukaannya, Internet membawa anda ke banyak tapak web yang berfaedah dan tak kurang juga ke tapak yang bermasalah. Selagi penggunanya bernama ‘manusia’.... jadi terpulanglah kepada manusia itu sendiri memilih yang OK atau yang KO. Mouse di tangan anda... to click or not to click, it is your prerogative. Nasihat saya, better not, lainlah kalau nak buat kajian ilmiah. 


Any more question? Aha, no more question! 

Baiklah, kita ke tajuk yang seterusnya. 

Internet & www: 
Let jari do the clicking, mata do the reading. 

Seperti yang dinyatakan awal tadi, Internet membawa segala maklumat, grafik, audio dan video halaman web terus ke komputer di hadapan anda. Apa yang dipaparkan di skrin adalah merupakan halaman web yang telah dipindahkan daripada sebuah pelayan web (web server) yang mungkin terletak di satu sudut planet bumi yang tidak pernah anda jejaki seumur hidup anda. 

Memang cukup mudah, jari klik-klik-klik, mata klipok-klipok-klipok - dalam masa beberapa saat, (kalau laluan tak ada trafik jem) anda sudah berada di Perpustakaan University of Entah-Apa-Apa, Amerika Syarikat! Anda bolehlah menjerit sekuat hati, beritahu orang kampung, “AKU DAH SAMPAI KAT AMERIKA!” Anda berasa macam tak percaya, tapi kena percaya! Susah juga nak terangkan secara terperinci bagaimana Internet dapat membawa anda ke Amerika atau ke Bangladesh, tapi lebih kurang beginilah caranya; 

* Kandungan halaman web disimpan di komputer pelayan (server) yang dihubungkan ke seluruh dunia. Ianya dikendalikan oleh organisasi (ataupun individu) yang tidak kedekut untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. 

* Bila kita dapat laluan (access) ke Internet, kita mintalah maklumat yang kita perlukan daripada pelayan yang mungkin berada di IPDA, Jitra atau mungkin berada di Kepulauan Falklands (jauhlah maksudnya tu...) 

* Setelah permintaan diterima oleh pelayan berkenaan, maklumat yang diminta akan dibahagikan kepada beberapa paket. (Paket mengandungi bit-bit maklumat yang anda perlukan dan setiap paket dilabelkan dengan alamat komputer anda.) Paket-paket ini kemudiannya disalurkan berperingkat-peringkat menerusi talian telefon ke pintu masuk utama Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider - ISP) tempatan yang dikendalikan oleh Mimos atau Telekom, sebelum dilonggokkan ke dalam ruang ingatan komputer anda. 

Setelah itu, tibalah giliran komputer anda berhempas-pulas, menyusun semula paket-paket yang dilonggokkan tadi ke dalam bentuk asal bagi membolehkan anda melakukan interaksi yang seterusnya. Eh, mudahnya... 

Mudah? Oh.. tidak... Operasi pemindahan data ini dikendalikan oleh satu protokol yang dikenali sebagai Protokol Pengawal Transmisi/Protokol Internet (Transmission Control Protocol/Internet Protocol - TCP/IP) yang menetapkan piawai bagi membolehkan pelbagai sistem komputer berkomunikasi. Protokol ini membolehkan paket-paket maklumat dihantar melalui laluan yang berlainan sekiranya laluan asal menjadi terlalu sibuk, jem atau tertutup. 

Walaupun paket-paket melalui laluan yang berlainan, tak usah bimbang. Ingat? Setiap paket ada alamat komputer anda (ini yang tak best ni.. tapi dah memang macam tu modus operandinya). Jadi paket-paket berkenaan gerenti tak sesat dan akan sampai ke komputer anda. Lainlah jika anak anda tertekan suiz bekalan elektrik ke komputer anda dan komputer anda terus ‘black-out’ (sebab komputer anda tak guna unit UPS). Kalau terjadi macam tu, seduit pun tak guna. 

Kalau anda 'terra' bahasa Inggeris, boleh juga menjenguk ke Makmal CERN, Switzerland untuk baca penerangan bagaimana Internet & www ini berfungsi. Kalau tak terrapun, bolehlah kalau sekadar nak tengok-tengok gambar. 


OK, ada apa-apa soalan? 

Soalan: Apakah perkakasan atau peranti (hardwares/peripherals) yang diperlukan untuk berkecimpung secara aktif di dalam Internet? 
Jawapan: Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu siri yang akan datang!