Persatuan Belia Bekok sedang
menganjurkan pertandingan bolasepak LIGA BEKOK yang mana
disertai oleh penduduk yang berasal dari Bekok dan juga
penduduk luar yang bekerja di Bekok.
Objektif pertandingan ini antara lain untuk mencungkil
bakat-bakat terpendam dikalangan penduduk Bekok bagi
memudahkan pihak penganjur memilih pemain-pemain yang bakal
mewakili pasukan bolasepak Bekok bagi
pertandingan-pertandingan luar yang bakal disertai oleh
pasukan tersebut.
Selain daripada itu pertandingan ini juga dijalankan bagi
memenuhi aktiviti riadah disamping mengeratkan silaturrahim
dikalangan penduduk Bekok.
Sekian.
Sekretariat
Pertandingan
Liga Bolasepak
Bekok |