Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« November 2008 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
Entries by Topic
All topics  «
Islam
Qari Mesir
Taranum al Quran
Group One
Angelfire Home
You are not logged in. Log in
Qasidah Blog
Wednesday, 19 July 2006
Taranum al Quran ala Qari Mesir
Topic: Taranum al Quran
TARANUM AL QURAN ALA QARI MESIR

Aku tidak tahu, bilakah agaknya masyarakat melayu islam di Singapura, Malaysia, Indonesia, Berunei atau dimana2 sahaja didunia ini AKAN mula membaca al Quran berlagu cara ala QARI MESIR!

Bila agaknya mereka2 itu akan membaca al Quran berlagu dengan gaya dan cara...
Sheikh Abdul Basit Abdul Samad..?
Sheikh Mustafa Ismael....?
Sheikh Antar Musallam....?
Sheikh Syed Said.....?
Sheikh Rejab Sabaan As Sayyad...?
Sheikh Abdul Mun'am At Tukhi...?
Sheikh Abu Enen As Sheisha...?
Sheikh Raghib Mustafa Ghalwesh...?
DAN....
Macam2 lagi..!!!

Aku tak tahu bilakah masanya ...masyarakat melayu ku akan berubah sikap???
Berubah dari cara mengaji al Quran berlagu yang lapok kepada cara berlagu yang lebih baik ala Qari Mesir!

Berubah dari kaedah dan peraturan undang2 musabaqah tilawah al Quran yang kuno dan membosankan itu ...kepada cara bacaan berlagu qari2 Mesir yang power2 dan legend itu!
Berubah dari ego dan kebodohan kepada berlapang dada lagi tawaduk mencari kemajuan...!!

DAN....
Hanya Tuhan yang maha tahu!

Posted by khl at 6:43 AM JST
Permalink | Share This Post
Thursday, 13 October 2005
Bulan ramadhan dan taranum al Quran.
Topic: Islam
BULAN RAMADHAN DAN TARANUM AL QURAN.

Selamat berpuasa di bulan ramadhan ini!
Semoga dengan kedatangan bulan ramadhan ini akan memberi kita motivasi supaya memperbanyakkan amal kebajikkan didalam hidup kita ini.

Marilah kita memperbanyakkan tilawah la Quran!
Marilah kita banyak2 membaca al Quran di bulan ramadhan ini!
Marilah kita berkumpul beramai2 sesama ahli keluarga, sahabat handai dan kawan2 untuk bersama2 membaca al Quran dan ber taranum al Quran di bulan ramdhan ini!

Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan berpuasa disiang harinya!
Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan ber tilawah al Quran dimalam harinya!
Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan ber taranum al Quran!
Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan banyak2 berzikir...
Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan bersedekah..
Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan banyak2 membuat kebaikkan kepada manusia..

Kita hiasi bulan ramadhan ini dengan berusah semampu mungkin untuk membuang segala sikap2 yang buruk yang ada didalam diri kita dan...cuba mengantikannya dengan segala sikap2 yang baik dan hati jiwa yang mulia yang diredai Tuhan!

Mudah2an segal usaha amal kebaikkan kita yang ikhlas dibulan ramadhan ini diredaai oilh Tuhan.







Posted by khl at 9:28 AM JST
Updated: Thursday, 13 October 2005 9:31 AM JST
Permalink | Share This Post
Saturday, 20 August 2005
Musabaqah Tilawah Al Quran Singapura - Sebuah Harapan
Topic: Islam
MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN SINGAPURA - SEBUAH HARAPAN

Alangkah bagusnya jikalau di Singapura ada banyak kegiatan2 Majlis Ujian Musabaqah Tilawah al Quran..!

Alangkah bagusnya jikalau di Singapura ada banyak kegiatan2 Majlis pertandingan Ujian Musabaqah Tilawah al Quran..!

Alangkah bagusnya jikalau di Singapura ada banyak kegiatan2 Majlis Uji Lomba bacaan Musabaqah Tilawah al Quran..!

Alangkah bagusnya jikalau di Singapura ada banyak kegiatan2 menambahkan peminat2 dan peserta2 Ujian pertandingan Musabaqah Tilawah al Quran..!

Alangkah bagusnya jikalau di Singapura ada BANYAK acara sukan pertandingan membaca al Quran dan kegiatan Majlis Ujian Musabaqah Tilawah al Quran sepanjang tahun..

Kenapa sudah TIDAK ada banyak lagi kegiatan2 Majlis Ujian Musabaqah Tilawah al Quran di Singapura..??

Kenapa sudah TIDAK ada lagi orang2 yang berminat menganjurkan dan mengalakkan kegiatan2 majlis ujian pertandingan Musabaqah Tilawah al Quran di Singapura..???

Dimanakah orang2 yang MULIA ini di Singapura ...yang sanggup bersusah-payah dan sanggup berkorban wang dollar mereka demi untuk menggalakkan dan memperbanyakkan syiar islam majlis ujian pertandingan musabaqah tilawah al Quran di Singapura..???!

Kenapa orang2 islam Singapura yang pandai berilmu dan mewah wang dollar sudah TIDAK lagi mengambil kesah tentang budaya syiar islam majlis ujian musabaqah tilawah al Quran di Singapura..??!

Kenapa ramai orang2 islam di Singapura terlalu sibuk dan terlalu mementingkan mengejar kejayaan dan kemajuan ekonomi ...sedangkan mereka TIDAK lagi ambil peduli dan ambil kesah tentang berkembangnya kegiatan budaya syiar islam majlis ujian pertandingan musabaqah tilawah al Quran di Singapura..???

Kenapa mereka bersikap begitu?
Kenapa hati dan jiwa mereka begitu?
Kenapa mereka tidak cenderung kepada budaya Majlis kebun shurga Tuhan mereka sendiri?

KENAPA Majlis Ugama Islam Singapura tidak mahu memperbanyakkan kegiatan majlis ujian pertandingan membaca al Quran di Singapura?
APA itu TIDAK pentingkah??

Aku hanya dapat berdoa ...supaya keadaan ini akan berlalu dan berubah di Singapura ku!

Posted by khl at 9:07 PM JST
Updated: Saturday, 20 August 2005 9:08 PM JST
Permalink | Share This Post
Saturday, 28 May 2005
Musabaqah Al Quran 2005 dan Majlis Ugama Islam Singapura.
Aku ingin melahirkan rasa tidak puas hatiku terhadap pihak pengajur majlis ujian musabaqah tilawah al Quran peringkat kebangsaan tahun 2005 di Singapura !

Sebelum aku komplaint...
Aku terangkan sedikit sebanyak tentang diriku..

Aku adalah rakyat Singapura!
Aku adalah orang melayu islam Singapura!
Aku amat minat terhadap seni bacaan al Quran!
Aku amat minat terhadap seni LAGU AL QURAN !
Aku amat minat terhadap seni TARANUM AL QURAN !
Dan aku amat minat dengan majlis ujian musabaqah tilawah al Quran!

Aku ingin komplaint kepada pihak M.U.I.S. ..!!
Aku ingin komplaint kepada Majlis Ugama Islam Singapura...!

Kenapa mereka mengadakan majlis ujian musabaqah tilawah al Quran peringkat kebangsaan diSingapura cuma setakat 2 tahun sekali..??!!
Tidak malukah mereka terhadap negara2 jiran kita yang lain?

Kenapa mereka menghadkan penyertaan penyerta setakat umur 50 tahun kebawah sahaja?
Tidak malukah mereka kepada negara2 jiran kita yang lain?
Inikah caranya mereka mengembangkan syiar budaya islam mereka..???

Aku harap mereka kan mendengar komplaint ku ini!
Aku harap mereka akan melakukan perubahan kepada ketetapan yang mereka buat itu dengan segera!

Aku harap mereka akan sedar betapa pentingnya nilai budaya musabaqah tilawah al Quran dan peranannya kepada masyarakat islam Singapura terutamanya generasi muda islam Singapura!

Majlis ujian musabaqah tilawah al Quran mesti diteruskan setiap tahun diSingapura!
Ia adalah salah satu lambang syiar dan budaya islam kita!

Jangan matikan budaya Islam kita ini !!!
Jangan matikan budaya musabaqah tilawah kita ini !!

Dan usaha ini mesti diteruskan!
Kita sepatutnya mengalakkan lebeh ramai penyertaan.
Bukan menghadkan penyertaan!
Menghadkan penyertaan adalah satu gejala dan langkah yang tidak baik!

Aku menyeru pihak Majlis Ugama Islam Singapura supaya meneliti perkara ini dengan saksama lagi bijaksana demi kebaikkan seluruh umat islam diSingapura!

Jangan mengambil ringan tentang perkara ini!
Bersegeralah untuk membetulkan perkara ini !
Kesal dahulu pendapatan...
Kesal kemudian tidak berguna..!

Posted by khl at 11:09 PM JST
Permalink | Share This Post
Thursday, 14 April 2005
Qari Mesir - Mengaji Bersama2?
Topic: Qari Mesir
Image hosted by Photobucket.com

Ini kesah di Singapura. Bermacam2 pengalaman telah aku lalui. Bermacam2 orang telah aku temui dan perhatikan. Banyak orang banyak ragam.
Dunia mengaji al Quran dan LAGU AL QURAN memang tidak ramai yang berminat. Bacaan QARI MESIR pon tidak ramai yang tahu.

Kalau kita tanya kepada para2 qari dan pembaca al Quran diSingapura tentang QARI MESIR, tidak ramai yang tahu. Kalau pun yang tahu, mereka akan mengatakan yang QARI MESIR tidak pandai berlagu! QARI2 ARAB hanya tahu membaca al Quran cara TADARUZ.
Begitulah yang pernah aku tempoh dan berbual dengan orang2 yang mengaji diSingapura.

Tentang minat berkumpul untuk menghadiri majlis membaca al Quran bersama2,.... itu lebeh teruk lagi.
Tidak ramai yang berminat!
Tidak ramai yang suka.
Mereka amatlah kurang berminat untuk berkumpul mengaji bersama-sama secara sukarela!

Jika dipelawa untuk mengaji bersama2, mereka akan memberikan berbagai2 alasan.
Saya sibuklah...
Saya kerjalah...
Oh...Saya ada kelas mengajarlah...
Bapa saya sedang sakitlah...
Saya sedang belajar mengajilah...
Saya belum bersedia kerana saya maseh jahat lagilah...
Maaf...belum ada seruanlah..
Dan bermacam2 alasan lagi!

Aku dapati mereka lebeh berminat dan suka kepada lain2 perkara.
Mereka lebeh berminat dan suka kepada..
Berusaha mencari duit!
Berusaha supaya tidak susah bila hari tua.

Berusaha supaya keluarga sentiasa aman damai dan harmonis ( kalau ajak mengaji dia tak mahu )

Berusaha berdakwah tentang agama..( kalau ajak mengaji dia tak mahu )

Sibuk bercerita tentang agama, Iman, Islam dan Tuhan...( tapi kalau ajak mengaji dia tak mahu )

Sibuk bercerita tentang kemajuan dan kemunduran masyarakat Islam dan bagaimana cara2 untuk mengatasi masaalah tersebut...( tapi bila diajak mengaji dia tak mahu )

Sibuk mengkaji isi2 al Quran dan beribadat...( tapi bila diajak mengaji bersama2, dia lari macam takutkan hantu! )

Sibuk menulis article2 tentang islam dan agama dan sibuk bersyarah... ( tapi bila diajak mengaji bersama2, ada sahaja alasannya untuk menolak dan tak mahu )
Dan bermacam2 lagi...

Begitulah hati perot mereka.
Begitulah ketakutan mereka.
Begitulah kecenderungan minat mereka.

Aku bertambah sedar...
Yang mereka tidak suka kepada mengaji!
Mereka tidak minat dan ghairah untuk berkumpul mengaji bersama2 berjemaah melagukan Al Quran kalam Tuhan mereka!

Aku perhatikan yang mereka suka mencari kelemahan orang lain untuk menutup kekurangan diri mereka.

Aku bertambah sedar...kenapa umat Islam semakin berpecah-belah! Ini bolehlah dilihat kepada minat dan kecenderungan hati mereka yang sudah tidak lagi suka kepada berkumpul untuk mengaji bersama2 kerana Allah!

Aku sering memikirkan hal ini dan cuba mencari penyelesaiannya.

Posted by khl at 7:18 AM JST
Permalink | Share This Post
Sunday, 27 March 2005
Qari Mesir Terbaik Sheikh As Sayed Mitwalli.
Topic: Qari Mesir
Image hosted by Photobucket.com

Photo diatas ialah wajah QARI MESIR Sheikh As Sayed Mitwalli.

Aku menyeru kepada semua peminat2 pembacaan Al Quran dan peminat2 seni TARANUM AL QURAN diSingapura supaya menyertai Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura - bersama2 berkumpul membaca Al Quran dan menyebarkan Budaya TILAWAH sehingga menjadi budaya didalam masyarakat Islam diSingapura.

Salah seorang QARI MESIR yang amat aku minati ialah SHEIKH AS SAYED MITWALLI.
Beliau amat pandai melagukan bacaan Al Quran.
Taranum Al Quran yang dibawakan oleh beliau semasa membaca Al Quran amat bersemangat dan begitu menarik.

LAGU AL QURAN yang sering dibawa didalam bacaan beliau ialah LAGU RAST dan LAGU SIKAH.

Sheikh As Sayed Mitwalli mempunyai suara yang agak garau dan bernada sederhana tinggi.
Beliau mempunyai kekuatan daya penafasan yang agak tahan lama dan panjang.

Keistemewaan beliau ialah pandai dan berkebolehan memainkan berbagai2 burdah dan mahatah. Surah yang paling ku gemari yang dibacakan oleh beliau ialah Surah Namli dan Surah Qamar.

Aku sarankan kepada semua peminat2 seni lagu Al Quran... supaya mendapatkan koleksi2 CD atau kaset2 bacaan beliau buat menambahkan pengetahuan didalam bidang seni TARANUM AL QURAN masing2.

Ucapan terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura kerana kiriman2 photo QARI2 MESIR kepada ku.

Posted by khl at 10:55 AM WST
Permalink | Share This Post
Monday, 7 March 2005
Sheikh Abu Eneen Al Sheisha Qari Mesir Legend.
Image hosted by Photobucket.com

Inilag dia salah seorang Qari Mesir yang amat aku minati! Lihat wajahnya diatas...
Itulah photo Sheikh Abu Eneen Al Sheisha!

Peminat seni lagu TARANUM AL QURAN patut tahu tentang seorang lagenda QARI MESIR yang amat terkenal ini. Beliau ialah SHEIKH ABU ENEEN AL SHEISHA.

Beliau maseh hidup lagi walaupun sudah begitu lanjut usianya... lebeh kurang 83 tahun. Beliau pernah memberi nasihat dan pendapat kepada pembaca2 dan Qari2 al Quran tentang bagaimana seseorang itu seharusnya membaca al Quran. Qari Mesir itu berkata "Setiap bacaan haruslah dihayati dengan konteksnya. Jika ia mengenai langit, bacalah agar terpapar keindahan langit. Jika ayatnya mengenai bumi, turunkan suara hingga mendasar, membumi .... Bacalah Al-Quran agar anda sendiri rasa terharu". Itulah nasihat mutiara daripada Sheikh Abul Einein Sheisha, 83 tahun. ( Berita Harian - Singapura Nov 12 -2004 )

Walaupun sudah berusia 83 tahun, .... beliau masih kelihatan tampan, segak dan kuat. Keistimewaan beliau begitu terserlah kerana pandai melagukan Al-Quran sehingga menyentuh hati pendengar, lebih2 lagi mereka yang faham makna bacaan Al-Quran itu.

Ramai lagi QARI MESIR yang berkebolehan dan agak lebeh kurang setanding dengan beliau.

Diantaraanya ialah QARI SHEIKH MOHAMMAD RIF'AT, QARI SHEIKH MUSTAFA ISMAEL, QARI SHEIKH SALAMAH dan lain2 lagi... Masing2 mempunyai gaya bacaan yang tersendiri dan berbedza-beza. Ini membantu para2 qari dan peminat2 seni LAGU AL QURAN untuk memilih gaya bacaan yang berbedza2 mengikut cita rasa dan selera masing2.

Lelaman web Sukarelawan Jemaah Iqra ada menyediakan berbagai2 contoh BACAAN AL QURAN BERLAGU dari bermacam2 QARI MESIR sebagai sedikit perbandingan didalam gaya2 bacaan al Quran. Semoga maju jaya kepada semua peminat seni LAGU AL QURAN....

Ucapan terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura kerana kiriman Photo2 Qari Mesir dan bahan2 tulisan kepada ku.

Posted by khl at 9:01 AM WST
Updated: Monday, 7 March 2005 9:04 AM WST
Permalink | Share This Post
Tuesday, 15 February 2005
Photo Qari Mesir
Topic: Islam
Cuba kawan2 renung gambar photo dibawah ini..
Inilah dia wajah QARI MESIR SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD....



Almarhum Sheikh Abdul Basit Abdul Samad memang terkenal di seluruh dunia kerana kehebatan dan kebolehan beliau membaca Al Quran dengan ber Lagu.

Sila klick links yang ada didalam blog ini untuk mendengar bacaan TARANUM AL QURAN dari QARI2 MESIR yang lain2.

Ucapan terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra kerana kiriman photo2 QARI MESIR untuk hiasan blog ini.

Posted by khl at 8:18 AM WST
Updated: Tuesday, 15 February 2005 8:21 AM WST
Permalink | Share This Post
Wednesday, 2 February 2005
Hebatnya Qari Mesir Sheikh As Sayed Said.
Topic: Islam




Salah seorang daripada Qari2 Mesir yang membaca Al Quran dengan cara ber Lagu yang TOP QARI di MESIR ialah Qari Sheikh As Sayed Said. Beliau amat pandai melagukan al Quran.

Beliau sering membawakan lagu Rast dan lagu Sikah didalam bacaan al Quran yang dibacakan oleh beliau. Sheikh As Sayed Said mempunyai nada suara yang tegas, garau dan juga mempunyai kekuatan daya nafas yang tahan lama lagi panjang.

Apa yang menarik dari segi kebolehan membaca beliau ialah... ketika mewakafkan sesuatu bacaan pada hukum mad arid lil sukun.

Ketika itulah beliau akan menggunakan kebolehan beliau memainkan suaranya dengan burdah2 yang menarik lagi memberangsangkan!

Ini bolehlah kita dapati contohnya... pada bacaan beliau didalam surah Yusuf dan surah Al Qassas. Aku amat sekali meminati bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh beliau.

Kalaulah beliau datang ke Singapura... tentunya akulah orang yang pertama sekali yang akan menyambut beliau.

Aku ingin sekali belajar LAGU AL QURAN dengan Sheikh tersebut. Kalaulah Qari Mesir Sheikh As Syed Said tinggal di Bedok atau di Jurong atau di mana2 di Singapura ini..tentu beruntung sekali diri aku ini... kerana cukup dekat dan dapatlah selalu aku berulang alik kerumahnya untuk belajat TARANUM AL QURAN!

Buat peminat2 seni Taranum al Quran... Cubalah dapatkan CD atau kaset2 bacaan beliau. Kawan2 juga boleh klick links dilelaman ini untuk mendengar bacaan al Quran berlagu dari Qari2 Mesir.....
Selamat mendengar....

Posted by khl at 2:00 AM WST
Updated: Tuesday, 15 February 2005 8:05 AM WST
Permalink | Share This Post
Sunday, 30 January 2005
Qari Mesir - Sheikh Abdul Basit Abdul Samad.
Topic: Islam
Qari Mesir Sheikh Abdul Basith Abdul Samad telah dilahirkan pada tahun 1927 Masehi.. di sebuah desa yang bernama Al-Maza’izah yang terletak di kota Armant di daerah Qana, Mesir selatan.

Ia lahir di dalam sebuah keluarga yang sangat memberikan perhatian khusus kepada Al Quran, baik dari segi Tajwid maupun penghafalan al Quran. Ayahnya juga adalah salah seorang guru yang faseh menghafal al Quran dan ilmu Tajwid Al Quran.

Ia mempunyai dua saudara.. masing-masing bernama Mahmud dan Abdul Hamid. Mereka pernah belajar menghafal Al Quran di sebuah tempat pendidikan menghafal Al Quran yang bernama Al-Maktab.

Sheikh Abdul Basith sejak kecil lagi bersama2 dengan saudara-saudaranya telah belajar menghafal Al Quran. Ketika itu.. beliau masih berusia 6 tahun.

Gurunya bernama Sheikh Amir telah melihat keistimewaan-keistimewaan yang ada pada diri Sheikh Abdul Basith yang maseh kecil itu yang tidak dimiliki oleh teman-teman sebayanya. Kebolehan beliau menangkap pelajaran dengan cepat, kecerdasan, keinginannya yang kuat untuk meniru gurunya, kejituannya dalam mengucapkan huruf-huruf Arab dan suaranya yang indah.

Sheikh Abdul Basith bercerita mengenai dirinya..

- Usiaku baru 10 tahun ketika aku berjaya menyelesaikan hafalan Al Quran. Ayat-ayat yang keluar dari mulutku bak air sungai yang berjalan tenang.

- Ayahku adalah salah seorang pegawai di kementrian transport dan datukku adalah seorang ulama`. Aku pernah bertanya kepada datukku mengenai aneka gaya bacaan Al Quran.

- Datukku menyarankan kepadaku untuk pergi ke kota Thantha yang terletak di Mesir Utara demi mempelajari aneka gaya bacaan dan Ulumul Quran dari seorang guru yang bernama Sheikh Muhammad Salim. Jarak antara kota Armant yang terletak di Mesir Selatan dan kota Thantha yang terletak di Mesir Utara adalah sangat jauh. Akan tetapi... bila memikirkan tentang masa depanku... akhirnya aku mengambil keputusan untuk bersiap-siap dan pergi.

Sehari sebelum pemergianaku.... aku mendengar berita tentang kedatangan Sheikh Muhammad Salim ke kota Armant. Ia datang dengan tujuan untuk membentuk sebuah latihan pengajaran aneka gaya bacaan Al Quran di sebuah sekolah agama di kota tersebut. Para penduduk desa menyambutnya dengan hangat dan langsung mengelilinginya. Karena mereka tahu siapakah orang tersebut dan memahami kemampuannya dalam ilmu-ilmu Al Quran. Kedatangannya seakan-akan sebuah takdir yang datang kepada kami dalam waktu yang sangat tepat.

Akhirnya penduduk desa membentuk sebuah kumpulan yang siap untuk menghafalkan Al Quran. Sheikh Muhammad Salim mengajarkan Ulumul Quran, aneka gaya bacaan dan hafalan Al Quran kepada kumpulan tersebut.

- Aku sendiri datang ke sana dan mengulangi hafalan Al Quran di hadapannya. Aku juga berhasil menghafal kitab Asy-Syaathibiyah yang memuat al-qiraa`aatus sab’ah - tujuh macam cara membaca Al Quran.

Setelah Sheikh Abdul Basith berusia 12 tahun, ia sering mendapat undangan dari desa dan kota-kota yang berada di daerah Qana, khususnya dari kumpulan di atas.. untuk mengisi acara-acara pembacaan al Quran yang dianjurkan di kota dan desa-desa tersebut. Hal ini berkat pujian-pujian yang diucapkan oleh Sheikh Muhammad Salim berkenaan dengan dirinya.

Pada tahun 1950 Masehi... Sheikh Abdul Basit telah dapat berkenalan dengan para2 qari kelas dunia yang aktif yang sering mengisi acara-acara di radio, seperti Sheikh Abdul Fattah Asy-Sya’sya’i, Sheikh Mustafa Ismael, Sheikh Abdul Athim Zahir, Sheikh Abul Eneen As Sheisha dan lain-lainnya.

Sejak itulah namanya mula tersebar luas dinegara Mesir sehinggalah keseluruh dunia. Sheikh Abdul Basit Abdul Samad mempunyai nada suara yang nyaring lagi tajam. Beliau gemar membawakan lagu Saba didalam pembacaan berlagu al Quran yang dibacakannya.
Suara bacaan Quran Sheikh Abdul Basith banyak dirakam di kaset dan amat populer di kalangan para pemerhati Quran.

Sheikh Abdul Basith Meninggal Dunia pada 30 November 1988.
Semoga Tuhan mencucurkan rahmat dan ampunan keatas ruh beliau...Amin.


Posted by khl at 4:34 AM WST
Permalink | Share This Post
Tuesday, 25 January 2005
Qari Mesir - Sheikh Antar Musallam.
Topic: Islam
Salah seorang Qari Mesir yang begitu uniqe dan sering menjadi bahan perbualan dan kajian peminat2 Taranum al Quran di Mesir ialah Qari Sheikh Antar Musallam.

Para2 ahli qiraat dan Taranum al Quran di Mesir sering memberi berbagai2 pendapat yang berbedza-bedza tentang cara bacaan Sheikh Antar Musallam. Ada yang menyokong dan ada pula yang tidak berapa bersetuju dengan cara dan gaya bacaan al Quran yang dibacakan oleh beliau.

Almarhum Qari Sheikh Antar Musallam memang mempunyai ramai peminat!

Aku adalah salah seorang peminat beliau! Aku amat mengila mendengar bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh beliau. Aku sendiri memang mempunyai banyak koleksi kaset2 bacaan al Quran yang dibacakan oleh beliau. Diantara surah2 al Quran yang begitu menarik yang telah dibacakan oleh Sheikh Antar Musallam secara 'live' ialah surah At Tahrim.

Kita dapat mendengar bagaimana Sheikha Antar Musallam menghayati dan mengalunkan suaranya yang nyaring itu dengan berbagai2 gaya burdah yang menarik lagi berbisa ketika membaca surah At Tahrim itu.

Mashaallah... begitu hebat dan menawan sekali sehingga membuatkan aku terpegun sambil mengenangkan kebesaran Tuhan setiap kali mendengar bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh Sheikh Antar Musallam.

Aku memang bercita2 agar dapat membaca al Quran seperti beliau!

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruh beliau...Amin.


Posted by khl at 7:00 AM WST
Permalink | Share This Post
Friday, 7 January 2005
Majlis Ujian Tilawah Al Quran Di Singapura
Topic: Islam
Pada tahun 2005 ini, aku dan kawan2 ku di Singapura akan berusaha lebeh giat lagi didalam bidang dunia seni Taranum al Quran. Kami akan memperbaiki bacaan berlagu al Quran kami. Ini termasuklah memahirkan lagi lagu2 al Quran yang telah kami hafal dan kuasai.

Walaupun di Singapura sudah semakin kurangnya Majlis ujian Tilawah diadakan... ini tidaklah menjadi sebab untuk mematahkan semangat belajar dan membaca al Quran kami.

Kami akan cuba menghidupkan kembali sukan Ujian Tilawah Al Quran di Singapura semampu mungkin. Kami sering berfikir dan mencari jalan supaya Sukan Ujian Tilawah al Quran di Singapura hidup dan cergas kembali seperti tahun2 60an dan 70an dulu.

Kami kadang2 merasa cemburu dengan negara2 jiran seperti negara Malaysia dan Indonesia. Kami dapati, negara Malaysia dan Indonesia serta negara Brunei Darussalam maseh penuh dan hangat dengan berbagai2 kegiatan dan program2 Majlis ujian Tilawah al Quran! Tidak sepeti di Singapura... kegiatan majlis ujian Tilawah al Quran sudah semakin berkurangan dan semakin tidak diutamakan lagi!

Kami amat sedeh dan risau sekali. Tetapi.. apakan daya... kami cuma rakyat biasa sahaja.

Kami sentiasa berdoa... semoga keadaan di Singapura akan berubah. Semoga syiar Majlis Ujian Tilawah di Singapura semakin hidup dan rancak kembali sepanjang tahun.




Posted by khl at 12:20 PM WST
Permalink | Share This Post
Thursday, 23 December 2004
Egyptian Qari's Was The Best
Topic: Islam
The world best qari's...Egyptian Qari's.
Qari yang terbaik didalam dunia ialah Qari Mesir! Cuba periksa di Links didalam bolg ini!

Diantara nama2 Qari Timur Tengah yang amat mashyur itu ialah Qari Sheikh Mustafa Ismail, Qari Sheikh Mahmoud Ali Al Bana, Qari Sheikh Mohammad Rif'at, Qari Sheikh Mohammad Basyoune, Qari Sheikh Antar sayed Musallam, Qari Sheikh Abul Enin Al Sheisha dan banyak lagi....

Kalau seorang yang minat kepada dunia seni lagu al Quran atau Taranum al Quran tidak tahu pasal nama2 ini... itu bermakna dia kurang mendengar dan kurang menyelidiki! Oleh itu... kita patut menolong dan memberitahu kepada mereka supaya mereka dapat menambahkan pengetahuan mereka didalam bidang dunia Taranum Tahsin al Quran.

Aku akan cuba mendapatkan berbagai2 informasi tentang Qari2 Arab dan bahan2 bacaan al Quran yang pernah dibacakan oleh mereka untuk... disiarkan kepada masyarakat supaya dapat membantu menambahkan minat mereka.

Posted by khl at 9:35 PM WST
Updated: Friday, 7 January 2005 12:22 PM WST
Permalink | Share This Post
Wednesday, 22 December 2004
Lagu Qasidah Dan Taranum Al Quran
Blog ini aku reka khas untuk ahli keluargaku dan kawan2ku serta peminat lagu irama padang pasir atau apa yang dipanggil lagu2 Qasidah.

Kenapa dan mengapa atau sebab2 yang telah membuatkan diri ini tertarik kepada bidang lagu al Quran dan lagu2 Qasidah ini... akan aku ceritakkan dimasa akan datang. Apa yang pentingnya ialah, aku dapat berkongsi pengalaman hidup dan selera ini kepada orang lain didalam ruang blog ciber ini.

Ucap selamat dan salam dari ku kepada semua...

Posted by khl at 6:49 AM WST
Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older