Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
19 Nov, 07 > 25 Nov, 07
17 Jul, 06 > 23 Jul, 06
12 Dec, 05 > 18 Dec, 05
17 Oct, 05 > 23 Oct, 05
22 Aug, 05 > 28 Aug, 05
6 Jun, 05 > 12 Jun, 05
9 May, 05 > 15 May, 05
25 Apr, 05 > 1 May, 05
4 Apr, 05 > 10 Apr, 05
28 Mar, 05 > 3 Apr, 05
Entries by Topic
All topics  «
Cerita hidup,luahan rasa
cerpen-puisi
Kritik Islam Singapura
Madah Cinta Puisi Cinta
TOP BEST SINGAPORE - WORLD FREEDOM BLOG
SINGABLOODYPORE
Al Jazeera
Angelfire Home
You are not logged in. Log in
PENULIS PENGARANG CERPEN SINGAPURA BLOG
Friday, 22 April 2005
Cerpen Puisi Terbaik Nazak.
Topic: cerpen-puisi
Anda ingin tahu tentang sebuah CERPEN..?
Ingin membaca sebuah PUISI...?
Anda ingin mendengar sebuah kesah dan satu cerita..

Tentang BAHASA MELAYU diSingapura....?
Tentang CERPEN TERBAIK diSingapura....?
Tentang PUISI TERBAIK diSingapura.....?
Tentang perkembangan SASTERA MELAYU diSingapura....?
Tentang SEKOLAH2 MELAYU diSingapura..?
Tentang perkembangan majilis TILAWAH AL QURAN diSingapura...?

Anda benar2 ingin tahu..?
Tentang itu semua...?
Atau anda hanya ingin berseloka atau bergurau senda?
Barangkali anda maseh belum tahu lagi? Atau hanya berpura-pura tidak tahu?

Wahai kawan, janganlah begitu!
Bukankah jawapannya...ramai yang sudah tahu!
Bukankah kenyataanya, ramai yang sudah arif!

Aaaa..aaahhhh!
Tidak mengapalah!
Biarlah kita jelaskan supaya yang terang bertambah bersuluh. Supaya kita dapat lebeh berjenaka dan dapat lebeh melebarkan bibir senyuman sinis kita!

Jawapannya adalah mudah!
Cuma dengan satu perkataan sahaja dapat menjelaskan segala pertanyaan diatas tadi.
Lihat dan dengar baik2 perkataan dibawah ini!
NAZAK....NAZAK....sudah NAZAK...sudah amat NAZAK!

Dengan lain perkataan..
Cuma menunggu hari kiamat sahaja!
Apa yang anda lihat selama ini....
Adalah kegiatan2 sastera melayu yang cuma tinggal lakonan penyedap mata sahaja! Buat penutup wajah2 yang tidak tahu malu dan pandai berpura-pura!
Kerana disini, diSingapura bukan tempatnya!

Posted by khl at 7:12 AM JST
Updated: Friday, 22 April 2005 7:17 AM JST
Permalink | Share This Post
Friday, 1 April 2005
Cerpen Terbaik Wanita.
Topic: cerpen-puisi
Baru2 ini aku terbaca didalam akhbar berita harian Singapura tentang nasib seorang wanita melayu Islam Singapura yang telah didenda oleh pemerintah Singapura kerana gagal didalam peperiksaan untuk kelayakkan bekerja sebagai seorang guru. Beliau telah mengikat bond dengan kementerian pelajaran Singapura dan telah pun mengetahui syarat2 perjanjian.

Wanita itu telah gagal didalam memenuhi syarat2 perjajian tersebut dan telah didenda supaya membayar berpuluh2 ribu dollar kepada pihak kementerian!

Kesian! ..... Kesian!
Didada akbar tersebut, terpampang gambar wanita itu sedang menangis sambil menutup wajahnya!
Aku merasa terharu dan tumpang merasa sedih.

Bayangkanlah saudara...!
Nasib saorang wanita yang akan menanggung hutang berpuluh2 ribu dollar didalam hidupnya!... semata2 kerana keinginan beliau untuk menjadi seorang guru buat mengajar dan mendidik anak negerinya!

Itulah padahnya!
Harga sebuah kegagalan.
Harga sebuah cita2 dan impian.
Itulah hati budi pemerintah Singapura kepada rakyatnya.
Pembunuh semangat rakyat untuk mengejar kemajuan dan kebaikkan!
Mencari kebencian rakyat!

Itulah salah satu kesah kehidupan diSingapura!
Itulah dia sistem Singapura.
Tentang rakyatnya dan tentang pemerintahnya.

Dimankah sifat kemanusian? Dimanakah sifat kaseh-sayang? Dimanakah sifat mengambil berat nasib seseorang?.......

Dinegara maju diSingapura dengan segala gerak pantas dan segala perlumbaan.... segala2nya boleh berlaku.

Nasihatku kepada yang lain....
Berhati2lah hidup diSingapura.
Kerana.... rambut sama hitam, hati lain-lain!

Hendaklah kita sedar...
DiSingapura adalah tempat mengejar-menimbun harta dan kekayaan. Sifat mengambil untung dan pentingkan diri sendiri sudah menjadi biasa.
Sifat bermain kata dan berpura-pura adalah pakaian biasa. Sifat menutup aib malu untuk melindungi kepentingan diri sendiri dari dikata orang adalah kepandaian semua!

Berhati2lah kalau bercita2 tinggi diSingapura!
Ramai yang cemburu.

Hidup biarlah sederhana. Rajin menuntut ilmu sepanjang hayat.
Menuntut ilmu dan terus belajar tidak perlu kepada ijazah dan pengiktirafan! Ijazah dan pengiktirafan hanyalah semata2 untuk mendapat pekerjaan!
Tidak perlu dan pantang meminta bantuan kepada yang tidak mengerti!
Percayalah tentang sifat berusaha mencari rezaki. Kerana rezeki Tuhan ada dimana-mana!
Jangan takut susah dan miskin.
Yang perlu ditakuti itu ialah hilang sifat jati diri dan keyakinan - kekuatan beragama.
Inshaallah.....!


Posted by khl at 6:28 AM WST
Permalink | Share This Post
Monday, 28 March 2005
Cerpen Terbaik Seorang Baru.
Topic: cerpen-puisi
Kenapa mesti menulis CERPEN TERBAIK? Kenapa mesti menulis PUISI TERBAIK? Bagaiman kalau kita tidak mampu untuk menulis cerpen terbaik atau puisi terbaik? Tentu kita akan kecewa kerana merasa gagal untuk menghasilkan tulisan atau KARYA SASTERA yang bermutu.

Memang, kebanyakkan penulis bercita2 untuk memenangi SAYEMBARA HADIAH SASTERA atau pertandingan menulis yang dianjurkan mana2 badan penganjur.

Tetapi hendaklah kita sedar, bukan semua PENULIS CERPEN atau PENYAIR PUISI yang mampu menghasilkan cerpen terbaik atau puisi terbaik setiap kali menulis. Menulis itu tentu memerlukan masa dan ketekunan serta kebolehan yang telah dipupuk agak lama juga. Apa yang penting ialah minat menulis. Tanpa minat dan latihan menulis yang lama tentu seseorang itu akan putus ditengah jalan.

Kita hendaklah mempunyai sikap terus menulis.
Tidak kira sama-ada tulisan kita bermutu atau tidak. Yang pentingnya ialah terus dan terus dan terus menulis. Kita berhak untuk melahirkan luahan rasa kita melalui penulisan walaupun kita tidak pandai menulis.

Jangan peduli apa orang lain kata.
Jika kita terlalu mengambil hati terhadap kata2 orang lain yang tidak berapa senang dengan tulisan kita, ini tentu akan menjejas kelakonan kita.
Akhir kata... selamat menulis dan ceria selalau.

Posted by khl at 5:17 PM WST
Updated: Monday, 28 March 2005 5:20 PM WST
Permalink | Share This Post
Sunday, 27 March 2005
Penulis Pengarang Cerpen - Puisi Singapura.
Topic: cerpen-puisi
Ucapan selamat sejahtera kepada semua penulis2 Singapura, pengarang2 Singapura, penulis cerpen terbaik Singapura, penyajak dan penyair puisi terbaik Singapura dan salam hurmat dari ku.

Ku harap dengan adanya tulisanku diblog ini akan semakin bertambahlah penyertaan penulis2 cerpen terbaik Singapura dan juga penyair2 puisi terbaik Singapura yang akan menulis karya2 mereka didalam ruang alam cyber ini.

Manalah tahu, dengan usaha begini.. akan berjaya menambah minat menulis dikalangan orang2 melayu Islam diSingapura untuk menulis cerpen terbaik atau puisi terbaik atau apa2 sahaja asalkan menulis.

Akhir kata, semoga ceria selalu.

Posted by khl at 11:25 AM WST
Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older