-->
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Tukar Jantina
Demi Tuntutan Hati

PESONA magazine (Nov 2000)oleh Mohd Taha Yaacob

Sejak kecil lagi Ishak Zainal Abidin merasakan prubahan ketara pada dirinya. Dia gemar bermain dengan kawan-kawan perempuan serta suka memakai pakaian perempuan. Bukan itu saja, suaranya semakin halus diikuti pergerakan badannya semakin lembut.

Pada usia remaja, perubahan pada dirinya semakin menurus kepada perempuan. Setiap kali bebola matanya terpandang baju kebaya pelbagai warna bergantung di butik-butik terkenal, pasti fikirannya melayang mengimpikan betapa cantik dirinya jika dapat memakainya.

Malah, jika dia menatap wajah seorang lelaki kacak atau bertubuh sasa, pastinya hatinya berdebar-debar.

Namun, apabila menilik dirinya, Ishak hampa dan kecewa. Hasratnya menjadi seorang gadis jelita pastinya tidak kesampaian memandangkan hakikat sebenarnya dia adalah seorang remaja lelaki.

Demi tuntutan naluri kewanitaan, mendesak Ishak melakukan pembedahan menukar jantina seorang lelaki menjadi wanita. Pembedahan itu dilakukan di Hospital Universiti Kuala Lumpur (HU) kira-kira 20 tahun lalu. Selepas itu segala-galanya berubah. Namanya turut ditukar. Kini kad pengenalannya tertera nama Liza binti Zainal Abidin, 57. Dia bukan lagi IShak, nama yang diberi sejak lahir.

Ketika kecil, Ishak lebih dikenali sebagai sebagai Atan membuat secara terbuka kepada PESONA mengenai perubahan hidupnya. Sehubungan itu satu pertemuan diatur di rumah Liza di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya mula perasan perubahan pada diri saya ketika berusia sembilan tahun. Waktu itu saya tinggal di Ampang dengan emak saudara, "jelas Liza menceritakan detik-detik perubahan dalam hidupnya.

Tambahnya lagi, sebelum tinggal dengan ibu saudaranya di Kuang, Selangor hingga darjah dua. Manakal di Kuala Lumpur dia belajar di Pasar Road School hingga tamat tingkatan tiga.

Perubahan pada dirinya semakin ketara. Dia mulai tidak gemar lagi berkawan dengan lelaki. Sebaliknya Ishak lebih senang berkawan dengan anak gadis. Begitu juga dengan permainan, dia gemar dengan aktiviti yang digemari kaum wanita.

Selepas berhenti sekolah Ishak membawa diri ke Singapura. Dia ingin mencari pengalaman baru di sana. beberapa tahun disana dia pulang semula ke Kuala Lumpur dengan satui matlamat mencari kerja tetap. Kebetulannya rezekinya murah. Dia diterima bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Hispital Kuala Lumpur (HKL).

Pada usia 18 tahun, lumrahnya seorang remaja lelaki sedang rancak 'mengintai' gadis dijadikan kekasih hati. Namun berbeza dengan Ishak. Dia langsung tidak mempunyai nafsu melihat perempuan. Sebaliknya jantungnya berdegup-degup jika melihat lelaki tampan dan segak.

Justeru itu, dalam curi-curi Ishak mengambil kesempatan memakai pakaian perempuan selepas waktu kerja, terutamanya pada waktu malam. Dia terasa puas serta merasakan dirinya begitu anggun jika berpakaina sebagai wanita.

"Waktu pejabat , saya tetap berpakaian lelaki, tapi selapas itu saya pakai pakaian perempuan pula," cerita Liza.

Ujar Liza lagi, ibu serta adik beradiknya begitu marah dengan perlakuannya. Namun dia terpaksa menerangkan rasa hatinya kerana apa yang berlaku bukan direka-reka tetapi ia berlaku secara semula jadi.

"Saya tidak pinta ia jadi begini. Ia terjadi dengan sendiri sedangkan hakikatnya saya sendiri sukar menerimanya," tegas Liza.

Satu hari pada tahun 1971, Ishak dikejutkan dengan permintaan ibunya yang meminta dia berkahwin dengan gadis pilihan ibunya. Segala urusan perkahwinan termasuk emas kahwin telah ditetapkan.

Ishak yang begitu kecewa dengan permintaan ibunya itu terpaksa berlakon seolah-olah bersetuju dengan rancangan itu. Bagaimanapun pada saat-saat akhir, dia melarikan diri kerana tidak boleh menerima hakikat itu.

Ishak sedar sifatnya lebih kepada seorang perempuan sehingga nafsunya lagsung tidak ada pada seorang perempuan. Dia juga sedar dia tergolong dalam golongan yang sering disebut sebagai mak nyah.

Hari demi hari, hati kecilnya semakin memberontak. Dia terlalu ingin menjadi seperti seorang perempuan yang sentiasa dibelai oleh lelaki. Satu hari dia mendapat maklumat di surat khabar tempatan menyebut pembedahan menukar jantina boleh dilakukan di Malaysia.

Gembira bukan kepalang Ishak membaca berita ini. Dia lantas berpakat dengan rakan karibnya, Rosli yang juga mak nyah pergi mendaftar diri di hospital yang didakwa boleh melakukan penukaran jantina itu.

Usaha menukar jantina itu rupa-rupanya bukan mudah sebagaimana yang disangkakan. Ishak perlu menjalani beberapa proses temuduga terlebih dulu termasuk mengambil sample air liur.

Hasil kajian air liur itu, doktor pakar mendapati hanya Ishak yang layak memandagkan ada lebih hormon wanita di dalam tubuhnya. Manakala Rosli pulang dengan hampa kerana dia mengandungi lebih hormon lelaki.

Jelas Liza lagi, arawatan awalnya dia diberi ubat khas untuk mengubah bentuk fizikal tubuhnya. Beberapa jenis ubat diberikan termasuk ubat mengecilkan kemaluan, mencegah pertumbuhan bulu (misai, janggut, bulu betis), menaikkan buah dada dan beberapa ubat lain.

"Proses untuk tukar jantina itu memakan masa lima tahun. Dalam tempoh itu doktor masih memberi peluan gkepada saya agar mengubah fikiran tidak tukar jantina. Bagaimanapun saya sudah nekad taknak ubah lagi," cerita Liza.

Dalam masa lima tahun pelbagai ujian dilakukan oleh doktor bagi memastikan Ishak benar-benar boleh bersifat seperti wanita apabila dibedah nanti.

Pada 5 Mei 1980, tibalah masa menjalani pembedahan. Sebelum itu, Ishak berpesan kepada doktor, sekiranya dia mati skibat pembedahan itu dia minta pihak hospital menguruskan pengebumiannya.

Bermula pada 10.00 pagi, Ishak mula dibedah beberapa doktor pakar berbangsa Melayu dan Cina. Set kelamin lelaki Ishak yang sudah mengecil kesan memakan ubat khas dipotong sepenuhnya. Kira-kira pukul 3.00 petang brulah selesai pembedahan yang menelan belanja RM8000.00 itu.

Setelah sedar Ishak mendapati bahagian kemaluannya berbungkus diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat. Selama satu bulan 21 hari dia terlantar di dalam wad perempuan hospital itu sebelum dia dibenarkan keluar.

Sepanjang berada disitu, sekali lagi jantinanya diubah suai untuk menghasilkan kemaluan perempuan pula. Selesai kerja-kerja itu Ishak begitu gembira dengan kejayaan pembedahan itu. Dia dengan rasminya menjadi seorang wanita.

Dakwa Liza, dia adalah orang kesembilan melakukan pembedahan menukar jantina di hospital itu. Malah, dia juga adalah orang yang terakhir.

Pihak hospital dan mahkamah mengeluarkan dokumen khas mengesahkan Ishak telah bertukar sebagai perempuan. Sehubungan itu Ishak terpaksa meminda beberapa dokumen penting berkaitan dirinya seperti meukar nama dalam kad pengenalan. Bermula detik itu ishak bertukar Liza dan terus menjalani hidup sebagai wanita. Segala pekerjaan harian juga dilakukan atas 'tiket' seorang wanita. Dia ke tandas wanita dan bersalat dalam kelompok jemaah wanita. Niat salat juga dilakukan sebagai wanita.

Malahan, dia besikap lebih sensitif dari wanita sejati seperti lebih cemburu, terlalu penyayang dan gemar mengemas rumah.

Bagi ibunya pula, selepas mendapat tahu mengenai menukaran jantina tiu begitu marah dengan tindakan Liza. Bagaimanapun dia terpaksa akur dengan kehendak anaknya.

Dendam kesumat dalam hati untuk memiliki teman lelaki sebelum ini perlu diusahakan segera. Liza mula mencari pemuda sesuai yang mampu menjadi teman hidupnya untuk bermadu kasih.

"Dalam pencarian itu, saya berjumpa seorang pemuda Melayu dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Pertemuan kami membenih bibit cinta. Dia suka pada saya walaupun dia tahu saya bukan original," cerita Liza lagi.

Tidak lama selepas berkenalan, ternyata lelaki itu bersetuju berkahwin dengannya. Ibu Liza yang diberitahu mengenai hajatnya untuk berkahwin pergi bertanya kepada kadi Kuala Kubu. Dia begitu gembira apabila diberitahu boleh berkahwin dengan pemuda itu mengikut prosedur biasa.

Meskipun begitu Liza dikehendaki hadir ke Hospital Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk mengesahkan jantinanya. Seorang doktor telah memeriksa jantinanya dan melaporkan kepada kadi yang ikut serta ke hospital itu.

Pada 1991 selamatlah Liza diijab kabul dengan pemuda itu di Masjid Kuala Kubu. Bapa saudaranya bertindak sebagai wali yang dinikahkan dengan wali di sana. Apabila selesai majlis itu hiduplah mereka sebagai suami isteri.

Namun perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Suaminya yang lebih muda itu tiba-tiba meninggalkannya dan berkahwin lain dengan perempuan sebenar. Akibatnya Liza dilanda tekanan perasaan hebat memaksa dia memakan ubat untuk mengatasi masaalah itu.

Sejak peristiwa hitam dalam hidupnya. Liza tidak berkahwin lagi. Bagaimanapun perasaan ingin dikasihi oleh lelaki terus membara di sudut hatinya.

Liza bersara daripada HKL pada tahun 1993. Kini dia melakukan beberapa kerja sambilan di Kuala Lumpur demi menampung keperluan hidup harian.

Dalam pada itu Liza sedar apa yang telah dilakukannya selama ini. Dia beserah kepada Allah untuk menentukan nasibnya kelak.

"Apa yang penting kini saya perlu berbuat baik dan beramal sebagai seorang wanita bagi menghabiskan usia ini, "Kata Liza bernada sayu.



.:HoMe:.

Sign My Guestbook Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR View My Guestbook