Warisan Melayu

`Takkan Melayu Hilang Di Dunia'




Kemaskini :

20/2/99

Sabtu



 Sejarah Ringkas - Asal-usul bangsa dan bahasa `Melayu'

Beberapa kajian telah dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Perkataan `Melayu' masih belum pasti asalnya dan bila ia mula digunakan.

Dalam buku Sejarah Melayu perkataan `Melayu' dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Perhatikan petikan yang berikut ini:

"Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera), Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya".



Warisan Melayu WebRing
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!